2010-05-25

Sarawak: Ekspedisi Kuching - Jejak Pertama

Salamualaik!.

Seminggu dua kebelakangan ni, satu opis sibuk dengan aura 5S. Apa tu? Kalau siapa-siapa tak tahu, 5S tu adalah satu program pihak pentadbiran dalam usaha memantapkan lagi kualiti penjawat awam. Huh yer ker? rasanya banyak pembaziran lagi ada. 5S(Susun, Sisih, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dalam usaha ke arah 5S tu, aku tengok macam-macam hal berlaku, ada baik dan ada jugak buruknya. Aghh malas la nak citer pasal 5S, lari tema pulak. Sebenarnya nak cerita pasal percutian aku dan keluarga ke Kuching, Sarawak! Ya Sarawak!!!Itu merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Sarawak. Excited tu memang tahap dewa la, tak boleh disangkal lagi.

Sebenarnya perancangan percutian keluarga ke Sarawak dah dibuat sejak tahun lepas lagi, masa tu ada salah seorang dari sepupu aku yang rajin membelek laman web syarikat penerbangan tambang murah ni memberitahu yang syarikat penerbangan tu ada tambang murah untuk ke Sarawak. Dari situlah timbulnya idea untuk ke sana.Kebetulan pulak aku ada seorang pakcik yang dah menetap kat Kuching tu berpuluh tahun, so kami ke sana sekaligus untuk melawat dia ler.

Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 5pm dan pernerbangan ke Kuching mengambil masa 1 jam 40 minit. Tiba di Kuching jam 6.45pm dan di sana, pakcik aku dan isteri setra beberapa orang kawannya sudah sedia menunggu menyambut ketibaan kami di airport.

Memandangkan kebanyakkan daripada ahli keluarga aku tidak pernah menjejakkan kaki ke Sarawak, maka kami mengikut kemana saja yang pakcik aku bawa. Malam tu tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, lepas makan, check-in di hotel dan berehat.

Oh ya, semua sekali ahli keluarga aku yang berombongan ke sarawak ni adalah 18 orang. Itu pon ada 8 orang yang cancel last minit. Kira burn la tiket diorang tu.

Berdasarkan pemerhatian aku, sebagi seorang yang belum pernah ke Kuching, Bandaraya Kuching sangat tenang, indah dan tak sesak macam KL. Paling best adalah di sepanjang Sungai Sarawak (Water Front) sebab pemandangan kat situ best dan santai. Apa yang tak bestnya adalah, kedai-kedai kat Bandaraya Kuching ni kebanyakannya dah tutup pada jam 5 petang. Adoi nak cari kedai runcit yang masih beroperasi selepas jam 5 di tengah-tengah bandar tu sangatlah susah. Kalau tak ada kenderaan memang agak menyusahkan juga. Mujur ada ada 2 buah kenderaan yang kami sewa di sana, memudahkan pergerakan ke mana-mana saja. Aku rasa sepanjang memandu di Bandaraya Kuching, dah berpuluh kali kot pusing-pusing lalu depan Water Front tu (tetiber teringat kat River View Singapore haha), sebab banyak jalan kat area situ sehala. Kira kalau duduk situ sebulan, kompom ko dah expert jalan kat Bandaraya Kuching tu. Hahaha.

Selain menghabiskan masa ka Bandaraya Kuching, kami jugak sempat ke Serikin, sempadan Malaysia dan Indonesia. Apa yang menariknya di Serikin, kebanyakan peniaga adalah dari Indonesia, dan mereka dibenarkan berniaga di situ tanpa perlu mendapatkan permit sehingga tengahari sahaja. So kalau nak ke pasar Serikin tu, datang la awal pagi. Banyak barangan yang dijual di situ antaranya adalah baju, telekung, dan barangan-barangan keperluan yang lain. Harga pon boleh runding. Perjalanan dari Kuching ke Serikin mengambil masa 2 jam.

Kami juga berpeluang melawat ke Santubong di mana terletaknya Kampung Budaya Sarawak, dan pantai-pantai yang menarik. Perjalanan dari Kuching ke Santubong mengambil masa 30 minit.

Di Kuching, juga terdapat beberapa buah Muzium yang boleh dilawati antaranya Muzium Kucing dan Muzium Seni.

Sepanjang 5 hari di Kuching, rasa tak puas sebab banyak lagi tempat yang aku tak pergi. kalau boleh, kat Sarawak ni aku teringin nak pergi ke Gua Niah, Taman Negara dan banyak lagi la, tapi tu semua memakan masa yang panjang. So maybe next time, perhaps.

Ok la, jom layan gambar pulak..

PEACE!


Lawa pulak sunset ni dari atas awan. Layan~

Masjid Wilayah Tengah Kuching, dekat je dari hotel.

India Street, tapi mana Indianya???

Bangunan Mahkamah lama...ada orang buat majlis kawin kat depan bangunan ni hari tu.

Muzium

Muzium lagi...

Muzium...lagi..lagi...



Pemandangan di Sungai Sarawak

Sungai Sarawak airnya tenang...tapi jangan sangka tiada buaya! Haha

Nasik lemak?

Kuching Water Front



Masjid di celah-celah deretan kedai..Unik!

Bangunan DUN, Kuching

Astana

Penumpang nak naik sampan ke seberang

Pasar Satok (Paku Midin)

Pasar Satok

Kalau dah ke Kuching memang wajib amek gambar kat sini.

Pasar Serikin.




Mamat ni kata baju yang aku pakai lawa! Hahaha sedia untuk membater kan baju aku dengan cincin-cincin dia..



Pantai Santubong.

Kampung Budaya Sarawak


Muzium Kuching




Bandaraya Kuching.

2010-05-13

Singapore Escapades - Universal Studio Singapore (USS)

Tak sabar pulak aku nak cerita pasal USS. Hmm ape pulak USS tu? Sebenarnya aku berkesempatan ke Universal Studio Singapore!!! Ala yang baru bukak dua bulan lepas tuh. Memang dah lama dah aku dan rakan-rakan bercadang nak ke USS, since tahun lepas lagi. Masa tu pon, USS masih dalam pembinaan. Akhirnya termakbul juga hajat nak meredah Holywood Street,The Storm, The Mummy Adventure, Jurrasic Park, The Far Far Away Castle, Water World, Madagascar dan banyak lagi!

Kami bergerak dari rumah Adie [kawan yang aku pernah cerita dari entry-entry yang lepas] seawal 8 pagi kot. Dari Simei ke Pulau Sentosa mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan menaiki kereta. Alhamdulillah perjalanan ke Pulau Sentosa sangat lancar. Mungkin sebab cuti umum dan orang masih banyak yang membuta. Setibanya di Pulau Sentosa, dari jauh dah dapat lihat USS. Tak sabar dah masa tu nak masuk. Selesai urusan memakir kenderaan, kami semua bergerak menuju ke entrance. Fuh memang excited tak ingat dah masa tu. Ramai pulak rupanya pengunjung USS, maklumla cuti.

Setelah puas berposing dan menggedik di depan arca utama, kami pon melepasi kaunter tiket USS. Makkk aiii ramai betol orang! Sesak juga dalam tu. Kami melalui Holywood Street dengan penuh kagum. Maklumlah ni first time aku pergi tempat-tempat macam nih. Member-member aku yang lain dah biasa pergi Disneyland la, Lego land la dan macam-macam lagi. Sepanjang Hollywood Street, aku mengintai-ngintai jugak kalau-kalau ternampak Merelyn Monroe ke, Charlie Chaplin ker...tapi hampeh diorang belom keluar lagi!. Kami terus menuju ke tarikan pertama iaitu The Storm punya lokasi penggambaran. Fuh memang real la diorang buat ribut! Setelah selesai ke The Storm, kami melihat beberapa orang street boy menari di tepi jalan, memang happening!!!

Destinasi seterusnya kami masuk ke dunia The Mummy, nak masuk dalam pyramid tu kena tinggalkan barang-barang yang mudah tercicir di dalam sebuah loker (bayar SGD4). Aku memang tak tau apa ada dalam pyramid tu, main ikot je orang ramai masuk. Beratur punya lah lama, dekat setengah jam akhirnya baru aku tau rupanya semua tu tunggu nak naik roller coaster! Hahahha best tuh! Memang happening roller coaster dalam pyramid tu, dah la gelap, laju nak mampos pulak tu!

Habis menjerit dalam pyramid, kami menuju ke Jurrasic Park, kali ni berator lagi lama! Dekat sejam, akhirnya dapatlah kami menaiki pelampong yang akan membawa kami mengembara ke dunia dinasor! Melalui sungai buatan sehingga masuk ke dalam sebuah makmal yang dah dimasuki T-Rex! Seram jugak, bila pelampong kami menjunam masuk dalam air, apa lagi basah kuyup la semua orang! Hampeh aku memang 100% basah!

Lepas meneroka The Mummy, kami ke Far Far Away Castle pulak. Nak jumpa Shrek dan Princess Fiona la katakan. Di Far-Far Away Castle ada banyak event yang berlangsung, paling aku suka adalah 4D Shrek movie! Memang best dan element air dan angin yang digunakan membuatkan penonton seperti berada di dalam filem itu sendiri!

Banyak lagi tempat yang kami pergi, ada la 2-3 roller coaster yang kami naik. Sempat juga menonton persembahan Water World yang penuh dengan elemen letupan dan percikan air! Walaupun ada beberapa venue yang belum siap sepenuhnya, aku puas sebab tak pernah merasai pengalaman macam tu. Nak cerita pon dah tak reti dah. Tengok gambar je lah yer!

Kami bertolak pulang pada jam 9 malam. Haaa hambek ko! Sehari suntuk kami duduk dalam USS tu. Bayaran tiket adalah sebanyak SGD 72 pada hari cuti umum dan SGD 66 pada hari-hari biasa. Disamping itu, kita akan dapat voucher bernilai SGD5 untuk membeli cenderamata dan Voucher bernilai SGD10 untuk makanan. So memang berbaloi la.

Cuma, bagi aku, kalau ada sesiapa yang berminat nak ke USS lepas ni, tunggulah ia siap sepenuhnya dulu, dan sebaik baiknya pergi pada hari hari biasa (working days) sebab tak payah la nak beratur panjang untuk satu-satu permainan. Kan dah jimat masa! yer dak?

Ok lah ..layan je la gambar..

PEACE!


Dari jauh dah nampak Far Far Away Castle melambai-lambai ke arah kami.



Macam UFO lak kan tangga nih?


Bumbung berbentuk daun..unik!


Mercu tanda Universal Studio!


Sebelum masuk, posing dulu!


Beratur untuk check ticket


Keadaan di Hollywood Street...sesak.


Pondok-pondok cenderamata banyak terdapat dalam USS




Keter polis ni banyak kiter dapat tengok dalam filem Hollywood dulu-dulu kan?


Gotham City!


Street Boys Dancer
The Pharaoh
T-Rex - Botol air berharga SGD 22.50...Mahal gile. Hhahaha


Giler basah kuyup aku lepas scene nih!!!



Cute Taxi


Far Far Away




Far Far Away Castle


Puss in Boots!

 
Madagascar!



POPULAR POSTS