2010-03-16

Dari Kuala Lumpur ke Ipoh

Alamak..lama jugak aku tak update blog dengan entry baru kan? Ok kali ni nak cerita pasal eksplorasi Bandaraya Ipoh pulak. Erk bukankah itu kampung ku? Ni yang nak cerita nih.

Minggu lepas, aku dan Deennasour telah menjejakkan kaki ke Bandaraya Ipoh. Tujuan asal adalah untuk bertugas sebagai penembak tepat di majlis perkahwinan sepupu aku Kak Ijan. Kami bertolak dari Kuala Lumpur masa tu dah dekat pukul 1 tengahari. Agak lewat jugak sebab sebelum tu, Incik Deennasour telah pergi merembat battery grib untuk kamera Canon EOS 500D dia kat Plaza low Yat. Majlis pernikahan pulak dijadualkan berlangsung jam 3.00 petang. Alamak!!! Sempat ke nak sampai?

Akhirnya dengan berkepantasan 150km/jam (tak laju ker? bagi aku dah laju sangat dah tu sebab aku tak pernah bawak selaju itu) akhirnya kami tiba di bandaraya Ipoh, jam 3.30 petang. Syukur majlis tak mula lagi..hahah biasalah janji Melayu. Sempat la kerja-kerja menembak dijalankan. Kalau tak sure aku kena potong gaji!!!!

Suasana di surau tempat pernikahan berlangsung sangat damai, maklumlah baru lepas hujan. Selepas acara pernikahan selesai, aku, dennasour dan seorang sepupu aku (Apit) berlegar-legar di Bandaraya Ipoh. Tujuannya nak bawak deennasour mengenali Ipoh, maklumlah beliau tak pernah ke Ipoh katanyer!.

Tak banyak tempat yang sempat kami singgah. Kebanyakannya hanya lalu sahaja sambil bercerita di dalam kereta. Sempat juga kami singgah di Setesen Keretapi Ipoh dan menembak di sana. Almaklumlah, kalau dah kemera-kemera Canon bergabung, maka aktiviti wajib itu kena dilakukanlah!. Selesai di Setesen Keretapi Ipoh, kami terus meronda-ronda lagi ke Bandar Sunway dan sekitar Pekan Tambun.

Perjalan petang tu tak lama, kami pulang ke rumah pon dah nak malam. Kiranya tak nak over-over sangat pada hari pertama sebab esok ada acara menembak secara ekstreme untuk dilakukan, so kenalah berehat. Tapi sebelah malam tu sempat jugak pegi merayau kat Gerbang Malam! hahaha.

PEACE!


Tahniah kepada Kak Izan dan abang Hamdan yang telah selamat diijabkabulkan pada 13 Mac yang lalu.

Stesen Keretapi Ipoh, Perak


Mahkamah








2010-03-09

Poskad Dari LONDON?

Sebenarnya dah dua tiga kali jugak la aku pikir, nak cuba ke tak? nak cuba ke tak?? nak cuba ke tak nak? Akhirnya aku mengambil keputusan untuk membuat segmen puji-pujian untuk Inche Long Haffiz yang ketika ini mungkin sedang merengkot di bawah selimut...MEMBUTA!(la kot~)

Bukan apa, aku ni kalau bab-bab peraduan ni memang suka sangat nak join, sebagai bukti ..tu ha entry makan limau yang lepas! Walaupon tak menang tapi aku dapat hadiah saguhati! (itu yang penting) Tapi contest budak ni ada dapat hadiah saguhati ke tak yer???

Memandangkan hadiah dia adalah mendapat kiriman poskad dari LONDON (tempat yang aku nak pegi sesangat..tengah berusaha mintak sedekah di Jalan Chow Kit setiap petang untuk membeli tiket) maka aku akan berusaha segigih mungkin untuk memikat Inchik Long Hafiz itu. Ahaks ... Al-maklumlah bukan senang nak dapat surat @ poskad @ hadiah @ kad raya @ kad besday, sebab semua tu dah hampir pupus dalam hidup aku. Kalo la aku dapat poskad tu, sure aku framekan dan gantung kat ruang tamu rumah aku!!! wakakaka~ Jangan Cabar!

Walaupon aku bukan kenal sangat dengan mamat nih, tapi aku suka singgah blog dia untuk menyebok-nyebok dan menyampuk-nyampuk dalam segala macam entry pasal LONDON yang dia post. Baru la nampak happening blog mamat tuh kan? hahaaha.

Oklah..mengikut syarat-syarat peraduan seperti yang boleh dibaca di Coretan Perantau, aku kena lengkapkan ayat berikut. Jadi beginilah hasilnya:-

Dimulakan dengan Bismillah...

"Inche Long Haffiz kena hantar poskad London kepada saya sebab saya tak pernah dapat poskad dari LONDON. Agaknya best ke tak yer bile dapat poskad dari LONDON ni? Mesti rasa dia macam dapat kek coklat strawberry berkrim mustard!!! Please, please, please dah 2 hari saya tak makan benda tuh...."


Berikut merupakan poskad yang bakal melayang ke kaki bukit Janggel tak berapa lama lagi... Nantikan kemunculannya. (nampak tak betapa besarnya aku post kan gambau nih??? Begitu jugalah besarnya harapanku....Kalo boleh aku nak poskad yang tengah-tengah atas sekali tuh hahaha memilih pulak kan! Kondifen sungguh!)

Erk 1: boleh pakai ker ayat tu Inchik Long Haffiz??? Itu jer yang terlintas difikiranku ketika ini... (nampak tak mata aku yang bersinar-sinar penuh pengharapan?)

Erk 2:
Hmmm korang rasa "puji-pujian" di atas tu cukup tak untuk aku memenangi peraduan ini???


Erk 3:
Agak-agak aku boleh dapat hadiah saguhati tak? Ade ker hadiah saguhati? sebab sepanjang idop aku, tak pernah menang masuk peraduan..asyik dapat hadiah saguhati jer....:(


Erk 4
: Nak sambung mintak sedekah kat Chow Kit sebab kalau aku tak dapat poskad nih, aku nak pegi LONDON dan sekeh Incik Long Haffiz dengan tangan sendiri... (bilakah?)


Erk 5: dan seminggu aku asyik merepek meraban dalam blog aku..Maafkan aku penunggu gua, maafkan kami penunggu gua...(tetiber teringat filem P.Ramlee - Nujum Pak Belalang)

PEACE!


2010-03-08

Soalan

Setelah sekian lama aku mengabaikan TAG-TAG dari blogger , akhirnya kali ni aku rasa macam nak buat pulak TAG yang datang dari ketua Hantu Jembalang Purba Tiga Sebelah iaitu incik NICK IRFAN. Sebenarnya sejak akhir-akhir ni jer aku rajin tinjau-tinjau blog dia sebab aku suka baca kisah dia ngan hantu-hantu dia yang kiut macam cakcibor. Oklah aku buat apa yang patut saja:-

Bold the statements that ARE true to you. Italicize the statements that you WISH were true. Leave the fibs alone. Then, tag 5 people to do the same test.

Memandangkan aku ni pencinta alam sekitar so aku HIJO kan mana yang betol ye!

  • 170 cm tall (termasuk gak dalam golongan ini)
  • I don’t know what I want at the moment. (aku tau apa aku nak...cuma susah sikit nak capai..kena usaha lebih)
  • I’m not happy (aku rasa aku ni jenis happy person)
  • I hate my friends.(never sebab bukan senang nak dapat kawan!!!)
  • I hate my life.(kadangkala pernah, tapi kebanyakkannya suka hidup!)
  • I hate my grades.(tak pernah pon sebab selalu membanggakan)
  • I can drive (semestinya la, kalo tak caner nak pegi kejer)
  • I’m bored of driving (tak pernah boring, sebab sentiasa ada lagu-lagu best)
  • I have a white handbag (tak pernah pulak pakai handbag)
  • I love dancing (yup satu senaman yang bagus! Aku suka nonton SYTYCD!!!)
  • I go clubbing every week.(takde lah...hahahaha)
  • Shopping is bullshit (Hish mana lak bullshit, aku suka, cuma window shopping je)
  • I have a tattoo of a star.(Orang Islam takleh ada tatu)
  • I got my navel pierced.(huhuh tak pernah terfikir nak buat...sakit!!!)
  • I have friends that take drugs.(Rasanya takde kot...hmm tak tau la kalo ada yang tak bagitau)
  • 90% of my friends smoke.(Nope, kawan perokok ku boleh dibilang dengan jari sebelah tangan)
  • I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.(why not???)
  • I’m studying Fashion.(tak pernah plak cuba)
  • I have a business running.(Family business)
  • I hate cartoons (giler ke apa nak membenci kartun!!!)
  • I hate someone.(Not only someone, but some two, some three...spme four... yang obviously bukan kawan aku)
  • I have 10 Lollipops handbags.(erkkk tak de keje nak berlolipop)
  • I buy CLEO every month.(Majalah lain ada la aku beli)
  • My parents don’t know about my blog.(Yup sebab parents aku tak tau bukak internet)
  • I have an iPod.(berharap kalo ada orang nak bagi present)
  • I don’t have faith in the current “one”.(Percaya pada Allah sahaja)
  • My school mates know about my blog (tapi bukan semua).
  • I wanted to be a fashion designer.(lebih kepada tukang masak kot)
  • I love rock emo bands.(yup sangat suka!!!)
  • I hate it when people cancel last minute meet ups (benda ni paling aku pantang sekali!)
  • I’m a rebel.(no comment)
  • I don’t believe in love (still percaya walaupun ianya menyakitkan)
  • High school's filled with drama.(tak jugak, kadangkala rasa macam dalam penjara)
  • My parents have faith in me.(hmmm...)
  • I’ve bought shoes this month.(tak der nyer...tengah kompol duit nak beli tiket fly)
  • A blogger bitched about me before.(Entah..rasanya takde)
  • I hate sports.(giler ke apa..aku suka sukan la!)
  • I heart Italian food (kurengggg ..aku suka masakan Melayu)
  • I hate meeting new people. (ish aku suka jumpa member baru)
  • I hate nail polish (Tak pernah buat pon)
  • The mother bear gives me hugs. (Mother bear mana plak nih???)
  • People should start appreciating me ( i hope so)
  • High school was the worst time of my life (memang betol!)
  • I have red hair.(erkkk aku bukan Bree Van De Camp)
  • One Utama is my second home.(sejak akhir-akhir ni laaaa)
  • I’m a guy (memang ler...)
  • I’m scared of my Biology result exam which I’m going to face someday tomorrow (takde kene mengena langsung)
  • I hate vacations.(OMG benda nih laaaaaaaa yang paling aku soka!)
  • We’ll last (tak nak)
  • I believe in long distance relationships (yup..macam sekarang nih hahahaha)
  • I’m going to get high and smoke weed one day soon.(no way!!!)
  • I’ve robbed an old lady.(no way!!!)
  • I’m starting to like applying make-up.(no way!!!)
  • I was a tomboy.(no comment)
  • At times I think I still am a tomboy.(no comment)
  • I love bitching about people behind their backs (tak laaaaaaa aku suka depan-depan wakakaka)
  • I still have a best friend (yup...and i making more!)
  • I have a cat. (leceh)
  • I hate surprise parties (aku suka...i like partayyyyyyy)
  • I hate planning parties.(aku suka...i like partayyyyyyy)
  • I’m hot. ..(tak kot)
  • I’m a sinner (no comment)
  • I’ve got a DS light. (tarakkkk)
  • I have a Wii.(tak mampu nak beli)
  • I cant live without music (betol kot)
  • Video games are a waste of time.(yup agree)
  • I miss the father bear.(erk)
  • I love being in love. (mungkin)
  • I know how to cook.(yup betol)
  • I have 100% freedom.(not really)
  • Boys are assholes.(nooo la)
  • I hate Math (agak membenci la)
  • I’m happy with what I have (ok la)
  • I love horror films.(tak sangat)
  • I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid.(hmmmm)
  • My old friends keep in touch with me.(almost every day)
  • I don’t read newspapers (giler ke apa)
  • The news is such a waste of time.(giler ke apa)
  • Blogging is a waste of time.(giler ke apa)
  • I hate animals (ish taklah).
  • I can’t live without make-up.(erk??)
  • I curse like a pirate.(erk???)
  • I’m happy with my 11 year old car.(belum sampai 11 tahun lg)
  • I hate people that are smart. (takder ah)
  • I love Orange juice.(yup! aku suka)
  • I can’t drink for nuts.(erk??)
  • I believe that everyone in their teens have lost their virginity.(hahaha no komen)
  • I’ve got a new phone(sangat berharap)
  • I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month.(tak kot)
  • I love swimming.
  • I haven’t worked out since March.(ada gak benda extreme aku buat)
  • I think I’m fat (yup..)
  • I love my friends and family(yup!! ni semestinya!!!!!)
OK aku dah buat mana yang patut.. ada 28 yang agak kena la dengan hidup aku. Saja untuk suka-suka kan. Memenuhi permintaan rakan-rakan blogger. Aku kan sayang kawan-kawan hahahaha. Tapi macam biasa aku tak mau TAG sape-sape... sorry.

PEACE!

2010-03-07

Pertandingan Makan Limau!

Kali ni aku nak cerita sikit pasal satu pertandingan yang sempat aku sertai sebaik saja turun dari Bukit Tabur hari tuh. Wah sempat lagi nih masuk pertandingan!!! Bukan apa, hari tu lepas penat mendaki, kami pon berjalan-jalan di Wangsa Walk, Wangsa Maju memandangkan semua daripada kami tak pernah lagi menjejakkan kaki ke sana. Nak dijadikan cerita, tengah berlegar-legar kat Wangsa Walk tu, kami terdengarlah DJ Wangsa Walk buat pengumuman di tengah luang legar. DJ tu siap panggil kami untuk sertai pertandingan tu, hmm mungkin sebab tak ramai yang join kot. Lagipon dengan attire kami yang baru balik dari mendaki tu, nampak sesuai benar lah dengan pertandingan tersebut. Pertandingan apakah???

PERTANDINGAN MAKAN BUAH LIMAU!!!

Mangan yok! Mangan! Hahaha ni sempena Tahun Baru Cina la nih. Kami pon, dengan niat nak makan free teruslah daftarkan diri. Hahahha. Syarat pertandingan dia mudah je, sesiapa yang dapat makan limau dengan jumlah yang banyak dalam masa lima minit dikira pemenang!!! Senang kan???

Jumlah peserta ada la dalam sepuluh orang termasuklah makcik-makcik dan adik-adik yang excited giler. Kami terpaksa dipisahkan mengikut meja yang berlainan, kengkononnya takut kami berpakat menipu hahaha. Hampeh. Takper tak kisah. Aku dan Kaki Jalan dok satu meja, manakala Mud dok meja depan. Pertandingan pon bermula, aduiii pantas dan pelahap sungguh kami, ehhh aku jugak yang bersopan santun mengupas limau sambil buang bijik hahahaha ...aku tengok, ada sorang awek depan aku tu bukan main pelahap, hilang tatasusila sebagai seorang gadis ayu wakakak. Meja depan tak tau la macamana gayanya. Ada jugak terkena limau masam..terpaksa ku telan jua, kalau tak habiskan sebijik limau dikira batal!

Akhirnya lima minit berlalu. Dan juri pon sibuk mengira plastik-plastik limau yang telah dimakan oleh setiap peserta. Aku dapat makan 6 bijik limau, manakala Kaki Jalan 5 bijik. Yang best si Mud adalah satu-satunya wakil kami yang dapat hadiah no 3!!!! Dia dapat makan 9 bijik limau!! Makkkk aiii tu makan ke telan???

Kiranya ada lagi yang lebih dahsyat boleh makan lebih banyak dari Mud!!! Ada sorang auntie ngan sorang pakcik ni dapat seri makan 11 bijik limau!!!, terpaksa pulak buat pertandingan pemutus seri. Kali ni diorang kena habiskan sebijik limau dalam masa seminit! Siapa habis dulu dia menang.. Hah ni yang aku nak citer nih. Gaya aunti tu makan makkkkkkkkkkk aihhhh kopek je limau terus sumbat semua dalam mulut!!!! Macam Jin Tanah dah (erk NICK IRFAN kalo baca ni...aku pinjam Jin ko yer) Padanlah depa boleh makan sampai 11 bijik limau. Aku pasrah je laa.. Akhirnya auntie tu menang nombor satu, dan pakcik tu nombor dua.

Ha tu la kisahnya pertandingan makan limau yang tak pernah-pernah aku masuk. Best dan happening! Walaupon sekadar dapat hadiah saguhati jer, tapi aku rasa syok habes walaupon penat mendaki masih ada. Hahaha.

PEACE!



Limau-limau sudah sedia untuk ditelan!


Muka-muka tak sabar nak makan limau!


Bersedia~!


Tu dia juara dan naik juara!




2010-03-02

Bukit Tabur - Ulu Klang (Eksplorasi Sendat)

Satu lagi aktiviti extreme yang mencabar kekuatan fizikal aku telah berjaya dilakukan minggu lepas. Ekspedisi Bukit Tabur. Selalunya, bila hendak pulang ke kampung di Perak, seringkali aku akan melalui lebuhraya MRR2 dan bila tiba di area Taman Melati, Gombak pemandangan Bukit Tabur menggamit dari jauh. Tak pernah terfikir pulak yang aku akan berada di puncak bukit tersebut. Akhirnya tanggal 27 Februari 2010, aku dan beberapa oarang rakan telah berjaya berada di puncak! Fuh memang puas walaupun kepenatannya berada ditahap paling maksimum.

Kami bergerak dari kaki Bukit Tabur pada jam 8.25 pagi. Sebelum tu sempat juga breakfast di kedai mamak berhampiran kawasan tersebut. Baru 15 minit mendaki, kami sudah disajikan dengan pemandangan indah Empangan Klang Gate. Di tambah pula dengan suasana berkabus, pemandangan memang sangat cantik pagi itu. Pendakian makin lama makin mencabar, kebanyakan laluan adalah berbatu sehingga memaksa kami melakukan rock climbing. Sumpah aku tak pernah buat kerja tu, dan tak terfikir langsung aku boleh buat, tapi alhamdulillah rupanya rock climbing itu mudah dan aku berjaya melakukannya sehingga ke puncak.

Di sepanjang pendakian, kami bertembung dengan beberapa kumpulan pendaki lain yang turut menikmati keindahan Bukit Tabur. Laluan mencabar seterunya adalah menuruni curam-curam berbatu yang sesetengahnya terpaksa dituruni menggunakan tali yang memang sudah tersdia ada di situ. Lagi sekali, aku tak sangka aku boleh buat benda tu!

Terus terang, aku memang semput. Tapi kugagahkan juga diri meneruskan pendakian berkat sokongan rakan-rakan. Beberapa perkara menarik mengenai ekspedisi ini:

  1. Pendakian berbatu dan kebanyakannya memaksa diri untuk memanjat batuan berkecerunan 90 darjah. (rock climbing)
  2. Flora dan Fauna tanah tinggi yang sangat unik seperti ular dan tumbuhan berlumut di sepanjan laluan ke puncak.
  3. Laluan bercuram yang sangat mencabar, di celah-celah batu yang tajam dan keras.
  4. Pemandangan empangan Klang Gate, UIA, Kuala Lumpur sangat jelas.
Kami tiba di pncak Bukit Tabur yang terakhir pada jam 11.30 pagi. Dengan ktinggian 590 meter dari aras laut, kami berjaya sampai ke puncak dalam masa 2 jam.

Satu lagi cabaran yang terpaksa dihadapi adalah ketika menuruni bukit. Walaupun laluannya tiada pendakian dan melalui denai-denai yang landai namun ia cukup memenatkan memandangkan ianya sangat jauh dan menguji kekuatan otok kaki. Sampai sekarang kaki aku masih sakit huhu. Keseluruhan masa pendakian adalah selama 3 jam setengah. Fuh penatnya hanya tuhan yang tahu, tapi ianya memang berbaloi.

Secara keseluruhannya, eksplorasi Bukit Tabur ini adalah mengenai kekuatan dan kepercayaan diri. Kalau kita yakin kita boleh lakukan, maka ianya akan berhasil. Aku bangga dengan diri aku sebab satu lagi sejarah telah terlakar dalam hidup aku.

PEACE!~


Kami telah berada di puncak bukit itu!!!




Empangan Klang Gate




Uih tingginya nak kena panjat!


Penat..rehat jap...;p


Puncak Bukit Tabur 2












Lepak lagi...


Turun curam pulak.


Orang lain pon ada.


Fuh macamana nak ke seberang sana??? jeng jeng jeng




Hah hambek ko bergayut-gayut di situ!




Karpet lumut yang sangat cantek!






Cendawan yang sangat besar!!!

2010-03-01

Ikan Bakar Tanjung Harapan

Cuti Maulidurrasul hari tu, aku ke Klang bandaraya diraja Negeri Selangor tu. Dah lama aku tak ke Klang, mak ai bukan main sesak jalan raya ditambah pulak dengan road construction yang banyak. Tujuan asal ke Klang adalah untuk ke Tanjung Harapan atau orang-orang Klang ni panggil Tanjung Giler. Nak pekena ikan bakar la kengkononnya. Dah lama aku tak ke Tanjung Harapan nih, kali terakahir pergi mungkin 6 atau 7 tahun yang lepas. So jalan nak ke sana pon aku dah lupa langsung.

Bila dah tiba bandar Klang tu, aku pon mula la mencari signboard ke Tanjung Harapan. Alhamdulillah ada petunjuk nak ke sana. Tapi bila tiba kat satu simpang tu, aku dah kompius, signboard semua dah hilang dan aku tak tau nak ke mana. Akhirnya main redah saja la. Pusing punya pusing sampai sesat larat la jugak. Paling tak best, tayar depan kereta aku terkena paku pulak kat Jeti Pulau Ketam! Adoi malang sungguh. Aku dah tak tau nak buat apa dah. Naseb baik time tu sepupu aku yang memang tinggal di Klang talipon aku. Lega rasanya, akhirnya aku suruh dia bawak aku ke Tanjung Harapan. Tayar kereta yang terkena paku tu dah disetelkan buat sementara. Alhamdulillah kereta masih boleh bergerak.

Ramai sungguh pengunjung Tanjung Harapan malam tu, sampai aku nak paking kereta pon jauh berbatu-batu. Mungkin sebab cuti kan, so ramai yang mengambil kesempatan untuk keluar bersama keluarga. Aku tak ingat apa nama restoran yang aku pergi tu, kalau tak silap aku namanya Muara. Dapat juga pekena ikan bakar Tanjung Harapan. Macam-macam ikan dan makan laut yang di pesan. Alhamdulillah, walaupun pelbagai dugaan nak sampai ke Tanjung Harapan ni, dapat juga sampai ke sana dan lepak-lepak sampai tengah malam.

Jom tengok gambar!!! (kualiti kureng memusakan sebab mood dah hilang ...huhuh)

PEACE!









POPULAR POSTS