2010-04-23

Singapore Escapades: Riverside Yang Indah

Assalammualaikum!

Hari ke dua di Singapura aku memulakan hari dengan sesuatu yang baru. Tak banyak yang aku nak cerita melainkan soal makanan HALAL di Singapura. Kalau nak harap breakfast di hotel memang tak boleh nak percaya sangat la. Siap babi dengan hash brown dihidang sebelah-sebelah, terus aku jadi was-was nak makan. So kesimpulannya aku hanya makan Japanese rice dengan telur goreng (hari-hari berikutnya aku hanya makan roti untuk breakfast.. Lapar beb nak tunggu tengahari). Hmmm kira ok la, dapat jugak nasik kan setelah semalaman mendambakan makanan. Lepas breakfast kami bersiap-siap untuk ke upacara perasmian program yang berlangsung di Ministry of Foreign Affair (MFA). Hmm bangunan MFA memang unik dan klasik. Aku kagum.

Lepas upacara perasmian, kami dibelanja lunch di Hyatt Hotel, kat sini makanan semua halal (katanya) sebab hotel Hyatt kat Singapore ni milik Sultan Brunei. Kira ok la, merasa jugak belasah makanan sampai kembung. Sebelah petang kami dibawa ke Environmental Building untuk kelas pertama (dan kelas-kelas berikutnya). Kelas petang tu agak santai, dan kebanyakannya hanyalah sesi penerangan secara basic tentang Environmental Institute dan SEA di Singapura.

Kelas habis pukul 5 dan kami terus ke balik ke hotel. Ha waktu ni yang best, sebab free hour!!! Aku masuk bilik dan terus tukar baju sebelum merayau-rayau di sepanjang Riverside menuju ke Clarkequay. (Makcik tour-guide yang bawak kami semalam kata Clarkequay tempat muda mudi melepak...hahaha) Memang happening. Kalau kat Malaysia umpama di Bukit Bintang kot? Eh silap macam kat Melaka Rivercruise. Tapi Sungai Singapura memang sangat bersih la! Kagum lagi....

Sebelah malam, aku dan F cadang nak merasa makan nasik la pulak. So pusing pusing la cari makanan HALAL. Serius, sepanjang kami berjalan kaki tak nampak satu pon restoran yang menjual makanan HALAL di area Riverside tu. Kebanyakannya pub dan disco. Alamak! Setelah berjalan lebih dua jam berlegar2 sekitar kawasan Riverside sampai la ke Chinatown. Akhirnya aku dan F mengambil keputusan untuk ke Orchard Road. (Padahal kat Orchard tu pon kami bukan tau nak makan kat mana) Satu lagi masalah, nak naik bas no berapa pulak?? Kaji punya kaji, siap lepas 5-6 bijik bas akhirnya dapat juga naik bas 164 menuju ke Orchard Blv. Alhamdulillah, naseb aku pernah pergi Orchard Road sebelum ni, so kira ada la bayangan-bayangan jalan mana yang kami nak tuju. Serious, masa tu dah pukul 10.30 malam, kedai pon dah banyak tutup!!! Adoi.... dan akhirnya dinner kami di Mc Donald sahaja. Lucky jugak sebab kat Orchard Road kami nampak ramai orang Melayu! (Sepanjang merayau kat Clark Quay dari hotel tadi sorang Melayu pon kami tak jumpa!). Hahaha itulah sedikit sebanyak kisah aku si budak hutan yang masuk ke bandar. Memang jakun!!! Who cares!!! Lantak la apa orang nak cakap yang penting diorang ada ker??? hahaha (Petik kata-kata sorang celeb terkenal di Malaysia).

Apa yang penting perjalanan hari kedua adalah mengenai pengenalan kepada Singapura, cara nak survive untuk 14 hari dan semangat untuk teruskan perjalanan. Alhamdulillah...im survive...Ok Nanti aku citer lagi pasal Singapura.. Kalau nak baca, silakan.. Kalau tak nak baca sila tinggalkan blog ini. Hahahah (Gelak jahat!)

PEACE!


Pagi yang damai...
Breakfast hari ini...


Opening Ceremony di MFA (Peserta dari Cambodia, Vietnam, Myanmar, Indonesia, Thailand, Laos dan Malaysia)..eh mana aku??? Hahah



Alkaf Bridge, kat sebelah Hotel tempat aku tidur.. Aku suka gila dengan Jambatan ni.


Royal Selangor memang Best!!! - Clarke Quay


Clarke Quay - Petang belum banyak kedai buka.


Ish bentuk apa plak tiang tu yer???? wakaka!

Cafe-cafe disepanjang Clarke Quay


River Cruise - Singapore River


River Cruise - Singapore River
Pelancong yang sedang menunggu untuk menaiki River Cruise

Pemandangan di sempanjang Singapore River
Antara tarikan di Clarke Quay.








Semua tanah di Singapore adalah Hak Milik Kerajaan kecuali di Tanjung Pagar kot (Stesen keretapi Malaysia)
Pemandangan malam di Singapore River
Orchard Road.

2010-04-20

Singapore Escapades: Rezeki

Assalammualaikum!

Fuh mana nak mula ye, lama jugak tak update blog disebabkan terpaksa bertugas. Tapi Alhamdulillah, sempat juga kau buat entry advance sebelum berangkat ke Singapore hari tu. Ya aku ke Singapore untuk menghadiri satu training yang sangat best! Bukan saja tempatnya best, peserta-peserta yang hadir pon semuanya best! Alhamdulillah, walaupun banyak juga halangan yang terpaksa dihadapi di sana, tapi semuanya berjaya diharungi dengan tabah. Merasa juga aku hidup sebagai seorang perantau di negara orang. Hahaha (poyo!!!)

Sepanjang berada di kota Singa (14 hari) aku dah berjaya mengumpul beberapa material menarik untuk dikongsi bersama. Perjalanan hidup selama menjalani training di negara orang, walaupun tak la menarik sangat tapi ia boleh dikenang suatu hari nanti.

Dari Kuala Lumpur ke Singapura (Hari Satu)

Alhamdulillah, aku selamat sampai di Singapura setelah menunggu di KLIA sejak jam 9.00 pagi (Padahal flight aku pukul 12.15pm) Sepanjang menunggu di airport sempat juga lah aku meng "Wifi"dengan laptop yang aku bawak. Tapi mood nak online tak mau datang sebab hati masih resah memikirkan manalah si mamat yang nak pergi kursus sekali dengan aku nih. Tapi takper, masih awal...aku terus menunggu.

Jam menunjukkan pukul 10.15 pagi, kaunter untuk check in dah dibuka. Aku pon terus daftar masuk. Lepas dah mendaftar masuk, akhirnya si mamat F yang kutunggu dari tadi akhirnya muncul! Fuh lega siotttt! Aku cuak jugak kalau kena pegi Singapore sorang-sorang. Pergi bercuti dengan pergi bekerja feel dia lain OK! Setelah menunggu F check in, kami sama-sama ke McDonalds. F tak breakfast lagi, so aku pon temankan dia breakfast la. Sembang-punya sembang jumpa pulak 2 orang yang nak pergi kursus kat Singapore jugak, tapi kursus lain (kursus statistik katanya). Hmmm mudah-mudahan jumpa la masa kat Singapore nanti sebab diorang naik MAS, kami naik SilkAir. Sembang punya sembang lagi tak sedar jam dah pukul 11.45!am!! Mampos, berlari-lari kami ke pintu kapal terbang, nyaris dah nak tutup pintu tu. Alhamdulillah, masih sempat dan sepanjang 45 minit penerbangan aku hanya menjengok ke luar tingkap. Mendung.

Tiba di Terminal 2, Changi Airport, sibuk menguruskan pengisian borang daftar masuk dan menunggu bagasi. Adoi lupa nak cerita, masa aku menyusun-nyusun baju yang nak dibawa malam tadi, aku main sumbat je apa yang aku nampak. Last-last masa timbang kat kaunter check in tadi beg aku seberat 19kg!!! Hahaha amendalah yang aku bawak tuh??? naseb baik tak lebih 20 kg! Kalau tak, kena extra charge la beb!

Tunggu bagasi bukan main lama. Dekat setengah jam menunggu dan mendapat bagasi masing-masing, kami keluar ke balai ketibaan. Part ni pon best jugak. Selalu kalau tengok tv citer yang baru sampai kat airport kan ada orang tunggu pegang nama kita kan??? Ha aku dah lama teringin nak macam tuh, akhirnya tercapai gak. Auntie (auntie la kot sebab nampak tua jer) yang tunggu kami tu pegang sepanduk nama F dan aku. Hahahaha best best! Sementara menunggu 2 orang peserta dari Cambodia, kami disuruh mengisi beberapa dokumen. banyak jugak.
Dah habis melengkapkan dokumen, kami empat orang naik van terus ke Gallery Hotel, 1 Nanson Road @ Robetson Quay. Kami diberi elaun untuk 12 hari dan dapat check in sorang sebilik! Yeay. Tapi malangnya, nak cari makan (HALAL) sangat susah! Dan aku sangat lapar waktu tu.

Sebelah malam, aku hanya berjalan kaki ke 7 eleven (sebab aku lupa bilik F nombor berapa). Beli la apa-apa yang patut yang boleh dibuat dinner. Nak cari restoran makanan halal...hmmm I don't think its on that area! So dua buku roti, sebotol air, satu tin tuna dan sebungkus biskut its costs me SD12.60 wich means RM 24++ if i convert it into RM. Wow itu dah kira melampau kan? Kalau kat Malaysia tak sampai RM 10 pon~ Tapi apa boleh buat ..aku di negara orang. So hari pertama ni memang bosan giler dan sebab aku tak tau nak buat apa, just lepak kat hotel sampai beku!

Ok nanti aku sambung lagi apa yang menarik di Singapore. Sambil menyelam minum air la yer! Ahahah.

PEACE!








The Gallery Hotel




Bekalan makan malam. :)


Alkaf Bridge...Riverside.

2010-04-14

Album Izan & Hamdan Dah Siap!

Alhamdulillah...setelah berminggu-minggu aku memerah keringat (chewah keringat la sangat!!!) akhirnya siap jugak sticky album untuk pasangan Hamdan & Izan yang telah selamat diijabkabulkan pada 13 Mac 2010 yang lalu (Ingat tak haritu aku ada entry pasal job menembak di Ipoh??? Fuh bukan main kelam kabut kami hari tuh takut terlepas upacara pernikahan! Naseb sempat sampai Ipoh on-time!). Ni merupakan tugasan kedua aku setelah diberi kepercayaan menjalankan tugasan pertama bagi pasangan Wan & Nana pada 25 Disember 2009 yang lalu.

Fuh lega dah settle kerja dan payment pon dah dapat! Hahaha boleh joli di negara seberang tambak! Thanks to Incik Deennasour dan Inchik Apit yang banyak membantu sewaktu kerja-kerja menembak dulu. Korang memang best lah! Dari kerja assistant sampailah ke art director semuanya best! Thanks again!!!. (Ok this coming job kalo nak join lagi jom la! Hahaha).

Anyway album pon dah selamat diserahkan dan mungkin after this aku cuba dengan custom album pulak???? Hahahah still in the learning process. Setapak demi setapak yer. InsyaAllah...
OK enjoy your pictures wahai pengantin-pengantin ku sekalian. !

PEACE!

Psst: Entry ini ditulis dua minggu yang lalu...(auto published)
















2010-04-10

Aksi Penembak Tepat

Ingat lagi tak pasal Hot Air Ballon Fiesta 2010 yang berlaku bulan lepas? Aku pasti ramai juga yang mengikuti perjalan pesta Belon Udara Panas di Putrajaya dulu. Disamping aku tempekkan beberapa gambar belon udara panas yang sempat aku tembak sepanjang acara itu, aku nak share jugak beberapa gambar gelagat juru tembak..eh jurugambar @ photographer yang sempat aku rakamkan. Apa yang best, macam-macam gaya diorang buat. Agaknya ku pon macam tu jugak kot??? Hahahah..

Tapi aku belum sehebat diorang lagi, siap tonggeng-tonggeng 360 darjah untuk dapatkan shots yang baik! Respek giler ah...Aku nak belajar gak cara camtuh! Biasalah untuk dapatkan hasil yang baik, cara dan effort tu kenalah terbaik jugak kan!

Ok enjoy the GAMBAR yer...

(aku masih di negara orang...)

PEACE
Font size
Psst: Entry ini dibuat seminggu yang lalu....






Fuh kemera masing-masing gedabak! Terhina plak aku rasa!


Fuh akak nih..terbaekkkkk wok!


Ni member gua! Inchek Deennasour dengan jenteranya!

2010-04-03

Nak Away Dulu

Rasanya minggu lepas banyak sangat benda yang aku nak tulis dalam blog ni, tapi tiba-tiba hari ni dah blur. Mungkin sebab memikirkan apa yang bakal berlaku dalam masa dua minggu akan datang nih kot? Oh ya, aku akan meng-away-kan diri selama dua minggu ke negara orang. Jadi mungkin blog ni akan bersawang dan tumbuh lalang serta tumbuh-tumbuhan menjalar yang lain. Kalau berpeluang aku update, InsyaAllah akan aku usahakan. Tapi kalau tak sempat nak update, aku mintak jangan la tak singgah langsung kat blog aku ni....jenguk-jenguk la yer tolong tebas-tebas lalang ke dan sebagainya hahahah! (lawak jer kan!!! Macam la ada lalang yang nak tumbuh dalam blog nih!)

Apa-apa pon semoga korang happy dan terus berkarya! Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali!!!

Psst: Ish nerves nye!!!Harap-harap ada member kamching kat sana, takda la bosan sangat. Atleast nak merayap pon ada member kan!!!

PEACE!




2010-03-31

Projek Teater: Teater Muzikal Gamat 2 di MATIC

Harini baru sempat nak update pasal Teater muzikal Gamat Season 2. Sebenarnya peristiwa ni dah berlaku minggu lepas, bertempat di Malaysia Tourism Center (MTC @ MATIC) berlangsunglah pementasan Teater Muzikal Gamat 2. Jika dulu musim pertama, Gamat dipentaskan di Istana Budaya (IB), dengan set yang gah dan pelakon-pelakon yang ramai, tapi kini pementasan Gamat 2 tidak kurang hebatnya. Masih mengekalkan jalan cerita yang sama namun ada berlaku pindaan pada beberapa plot cerita. Begitu juga dengan jumlah pelakon yang dikurangkan serta props yang ringkas tapi kekal menarik.

Jika dibandingkan Gamat di IB dan Gamat 2 di MATIC, masing-masing ada kelebihannya, dan dua-dua aku suka! Sebabnya adalah seperti berikut:-

  1. Jika Gamat di IB mempamerkan set pentas yang hebat, penuh dengan props yang menggambarkan keadaan dasar laut yang ceria dan meriah, di MATIC props yang digunakan adalah terhad memandangkan ruangan yang kecil namun ia berjaya ditonjolkan dengan lakonan para pelakon yang mantap dan bersahaja. Kedua-dua pementasan masih menggunakan kostum yang sama dan menarik. Semua nampak ceria dan cantik.
  2. Gamat di IB terikat pada protokol dan tatasuslia berada di panggung. Para pelakon lebih tertumpu kepada jumlah audien yang besar dan mungkin interaksi tidak menyeluruh. Namun Gamat 2 di MATIC lebih santai, dan para pelakon seakan amat dekat dengan penonton dan lebih mesra. Interaksi di antara para pelakon dan penonton lebih jelas dan sepontan. (Aku suka bila Ketua Ikan Buntal (lakonan Misha Omar) mengusik seorang pakcik berambut putih di tengah-tengah panggung dengan menggunakan loghat Kelantan- Sangat Happening!!!)
  3. Jalan cerita Gamat di IB lebih panjang dan plotnya dikembangkan mengikut jumlah pelakon terutama dalam keluarga Gamat itu sendiri yang terdiri daripada Ayah Gamat, Ibu Gamat, Makcik Gamat, dan tiga orang anak gamat yang sangat comel dan ceria. Manakala Gamat di MATIC pula mensajikan bilangan ahli keluarga gamat yang dikecilkan (Ayah, Ibu, Makcik dan Anak Gamat sahaja). Dan setiap kumpulan warga laut juga tidak semeriah di IB. Walaubagaimanapun, dengan jumlah yang sedikit tetap mampu memukau para penonton untuk terus melekat menyaksikan pementasan gamat.
  4. Kesemua lagu yang dimainkan di kedua-dua pementasan adalah sangat menarik dan menghiburkan. Tahniah!
  5. Barisan pelakon baru dan lama yang menjayakan pementasan Gamat di IB dan Gamat 2 sememangnya berbakat dan penuh dengan kespontanan (erk ada ke perkataan tu?) yang mampu membuat para penonton ketawa dalam menyelami pementasan itu.

Tahniah kepada para pelakon Gamat 2 terutama kepada Amy Mastura yang membawa watak Ibu Gamat dengan amat cemerlang! Wa respect sama lu la sister! Kemunculan Misha Omar yang menggantikan tempat kakak aku (Natasha Hudson) sebagai Ketua Ikan Buntal amat membanggakan. Keletah gedik-gedik ganas Misha menjadikan watak Ketua Ikan Buntal sangat menghiburkan! Begitu juga denga pelakon-pelakon lain yang sangat hebat melakonkan watak-watak di dalam Gamat 2. Tahniah!

InsyaAllah kalau ada lagi pementasan Gamat pada masa akan datang, aku akan pergi menonton lagi!


PEACE!
Anak Gamat bernama Mat.


Ibu Gamat










Kalau dulu Si Kurita ada 5 tangan tapi sekarang tinggal 3 je.


Skuad Buntal










Misha Omar (Ketua Buntal)














2010-03-30

Poskad Dari LONDON (Dah Sampai)

Alhamdulillah..tungu punya tunggu akhirnya sampai jugak POSKAD DARI LONDON kiriman INCHE LONG HAFFIZ seperti yang dijanjikan dulu melalui entry dia di "Coretan Perantau".

Fuh sangat puas hati sebab gambar kat poskad tu cantik! Terima kasih ye Inche Long Haffiz! Aku hadiahkan sebuah entry khas pasal poskad yang ko bagi tu kat sini! Hehehe.

Ok aku nak balas Poskad Inche Haffiz tu kat sini jer la yer sebab tak sompek den nak pi beli poskad:

Inche Long Haffiz:

  1. Ha ah kat Malaysia sekarang ni memang tengah panas terik. Rasa terbakar je kalo ko pergi berjalan-jalan kat luar tengah hari buta. Tapi biasalah, perubahan monsun la katakan. Malaysia kan beriklim Khatulistiwa.

  2. InsyaAllah aku akan jaga POSKAD yang ko bagi tu elok-elok. Maklum la bukan senang nak dapat poskad nowdays kan! Sekarang ni zaman email dan blog, tambah-tambah pulak ada Facebook, Friendster, Twitter, Myspace dan segala macam mak nenek laman sosial dah wujud sekarang nih...so POSKAD menjadi sesuatu yang sangat berharga sekarang!!! (fuh tak sangka kan? Sikit masa lagi boleh la tengok Poskad-poskad dipamerkan di Muzium)

  3. InsyaAllah, kalau diberi kesempatan, aku akan terus support blog ko tu. No worries ye Inche Long Haffiz. Teruskan berkarya dan berkongsi cerita dengan aku dan pembaca-pembaca yang lain!
Sekian.

Hahahah lawak pulak entry aku kali nih. Anyway aku memang sangat terharu dah nih. Nanti kalo ada sesiapa nak kasi poskad kat aku sislalah.. tetiber aku rasa macam nak develop hobi baru iaitu mengumpul POSKAD! ngeee....


Psst: Lawak bile tengok opismate aku terkekeh-kekeh bawak poskad tu kat meja aku... mesti satu opis dah baca POSKAD dari Inche Long Haffiz itu kahkahkah!

PEACE!











POPULAR POSTS