2010-07-05

4-0 di Dataran Merdeka

Lagi-lagi kisah makan. Tak habis-habis la kan. Tak kisah la, janji aku yang kenyang. Sabtu lepas, kazen aku yang dah 'lama' tak jumpa ni mengidam nak makan Siakap 3 Rasa (hah lagi???). Yup ni bukan ada kaitan dengan entry sebelum ini ya.

So memandangkan tak larat nak ke Klang untuk mencari seekor siakap, akhirnya kami hanya menangkap ikan siakap di Bangsar saja. Selain kazen aku tu, ada la aku ajak beberapa member yang lain. Ok plan berlangsung dengan baik.

Ok lah aku tak mau citer la pasal makan-makan ni kat entry nih, aku nak cerita peristiwa yang berlaku sejurus selepas aksi makan-makan tu. Lepas habis makan, aku, kazen aku dan member aku Kaki Jalan bercadang ke Dataran Merdeka. Kaki Jalan cakap ada screen LCD terbesar di Malaysia sempena World Cup! Wah patutla masa siang tu aku lalu area Dataran Merdeka nampak diorang pasang khemah besar la, sesak semacam je..rupa-rupanya ada perkara berlaku di situ!

Then plan pon berlajalan seperti yang dirancangkan. Sampai area Dataran Merdeka, kami dah mula panik. Alamak ramai betol manusia, kat mana nak parking kereta nih? Pusing punya pusing akhirnya kami park kereta kat belakang Bangunan KWSP kat Jalan Raja Laut tu. Agak jauh jugak la menapak, tapi sebab ramai jugak manusia yang sekali menapak dengan kami, so tak terasa sangat kejauhan itu.

Sampai je kat padang Dataran, aku tengok Germany dah score 1-0 seawal minit ke 10 kot? Hahahah secepat itu?? kami pon terus cari port nak melepaskan sorakan beramai-ramai. Fuh ini memang firstime aku buak keje cengginih. Tak pernah-pernah seumur hidop aku nengok bola kat Dataran Merdeka!

Tempat kami lepak tu pulak kiri-kanan-depan belakang semua sokong Argentina! Hahaha kirenya macam salah port la... Padan la setiap kali Germany score je, yang lain monyok, senyap, sentap dan menyumpah seranah pemain sendiri (Argentina). Dan kami pulak (aku dan kazen aku je..si Kaki Jalan sokong Argentina) bersorak bagai nak rak!!! Siap melompat-lompat lagi..Hahahahah!

Bile Germany dah score 2-0, aku tengok dah ramai yang pakai jersi Argentina bangun nak balik! wakaka pastu waktu dah score 3-0, makin ramai balik.. Kehkehkeh...seronok gak yer! Kira timing kami datang kat situ betol la, accept for Kaki Jalan yang menyesal bawak aku dengan kazen aku. Hahaha sorry la sebab terpaksa menyerah kalah yer Kaki Jalan! Wakakakaka!

Oklah, nak rehat jap.

Psst:- Lega Argentina kalah, kalau tak tertengokla aksi burung punai terbang mengelilingi stadium! Wekkkkkkkkk~

PEACE!



Fuh makan tak ingat orang belakang!!!


Jalan raya di sekitar dataran merdeka yang sesak.


Itulah dia Scree LCD terbesar di Malaysia!!!


Ramai peminat World Cup sedang menonton Germany Vs Argentina




Alamak kak, balik dah ker?


Waktu ni sunyi sepi je penyokong Argentina.

Merempat di Tanjung Harapan @ Tanjung Gila

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni aku agak blur sikit, tak tahu nak tulis apa untuk update. Walaupon ada beberapa isu yang belum dikeluarkan tapi mood nak menaip tu tak datang. Tapi hari ni aku menggagahkan jugak otot-otot jari jemari aku ni untuk mengetuk keyboard komputer yang sengal nih!

Beberapa minggu lalu aku sekali lagi dipaksa oleh kawan baik aku yang benama Inertz untuk membelasah makanan laut di Tanjung Harapan @ Tanjung Gila di Klang. Aku rasa ramai yang dah tahu tempat ni, sebabnya ia agak glamer. Walaupun jalan nak ker Tanjung Harapan tu berbelit-belit akhirnya aku manage untuk menjumpai tempat itu. Perjalanan dari Bukit Jalil ke Klang mengambil masa hampir satu jam (sebab banyak tempat kami singgah + sorang lagi member aku pon join gak). Sampai di Tanjung Harapan, kami dihidangkan dengan ribuan manusia yang sedang beratur untuk memilih ikan dan makanan laut yang lain. Waktu tu dah pukul 9.00 malam! Ayoooo terus patah semangat. Tu la....nak sangat pergi Tanjung Harapan!!! Hambek kau!

Tapi berbekalkan kata-kata semangat dan aturan strategi yang bagus akhirnya kami pon membahagi-bahagikan diri mengikut kumpulan. Wah! sekali kumpulan daa... member aku si Jun tu pergi mengecop tempat@meja, manakala aku dan Inertz pergi memilih lauk pauk untuk dimasak. Kan sistematik begitu?

Setelah beratur selama setengah jam! Maka kami pun selesai mengoder makanan. Tu baru part order, belum part menunggu makanan untuk dihidangkan yer. Sekembalinya di meja makan, kami di sambut dengan kerepek dan bahulu yang dijual oleh seorang makcik. Naseb baik makcik tu jual bahulu dengan kerepek ajer, kalau dia jual nasik lemak, nasik kerabu, nasik goreng ikan masin ker...kompom aku nak beli jugak!!!!

Tunggu punya tunggu, dah setengah jam tak sampai-sampai lagi ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, udang goreng tepung, telur dadar, tomyam campur yang kami order. huh...takper sebab orang sangat ramai ketika itu. Tetiber berlaku satu insiden, seorang makcik yang duduk di sebelah meja aku tu mengamuk. Haiyooooo dah macam tele-drama Ibu Mertuaku dah! Aku dengan member-member yang lain dok gelak dan mengumpat jer la hahaha. Malas nak layan, kang kalau layan dengan aku-aku skali jadi Siput Sarawak kang!

Akhirnya penantian kami berkahir apabila telur dadar dan nasik kosong datang dulu. Tu baru telur dadar..yang lain??? 20 minit kemudian baru sampai!! Huh jam pulak dah dekat pukul 11.30 malam yer kawan-kawan. Sabar jer lah..demi mencari sesuap nasik la katakan. Bila semua makanan dah sampai, kami pon belasah dengan lahap dan pantas.

Apakah pengajaran yang aku dapat dalam kesah ini?

  • Kalau nak mai Tanjung Harapan @ Tanjung Gila, jangan mai waktu hujung minggu atau cuti umum. Kalau tak korang pulak yang akan jadi GILE!
  • Masakan kat situ sebenarnya biasa-biasa saje, cuma semangat ingin tahu tu yang membuatkan aku nak datang ke situ. Lain kali no no no...aku dah dapat pot BARU!!! Yeay!
  • Kalau order makanan kat situ, belum tentu semua yang kau order tu akan sampai. Mesti ada yang "dibuat-buat-lupakan". Jadi untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini ebrlaku, sila buat double check menu yang anda order dan check sekali dengan bil yang akan diberikan kelak. Maklumlah, kang ada makanan yang tak sampai tapi ditulis jugak dalam bil. Kan dah kena extra charge!

OK lah, aku nak karang entry lain pulak nih! Chiaw!!!! (Wah tetibe banyak pulak idea datang).

Oiitt:- Akibat terlalu lapar, aku terlupa menembak gambar-gambar ikan yang dah ditransformkan menjadi makan...huhuh.

PEACE!




Inertz sedang mengauk sotong yang tinggal saki baki jer.


Inilah hasil tangkapan kami.


Cik Siakap yang sedia untuk dinodai...(dimasak lah yer)




Fuh beratur bukan main panjang!



2010-06-23

Pakcik Melawat PD Pulak!

Assalamualaikum.

Bila dah lama tak menulis di sini, terasa janggal pula. (bukan Janggel yer! :p ahahaha). Macam-macam hal nak kena settle, biasa lah kerja memang tak pernah selesai yang penting buat dan siapkan. Bila dah sebok-sebok macam ni, kadang-kadang tu terasa juga nak melarikan diri sekejap merehatkan otak kan? So beberapa minggu yang lepas (dah lama dah sebenarnya kisah nih), aku telah dipelawa olah dua orang sahabat untuk ke Port Dickson (PD). Diorang nak buat survey sikit kat PD tu, so memandangkan aku pon dah lama tak pergi PD, maka aku pon menjoinkan diri lah.

Sebenarnya kali terakhir aku ke PD mungkin pada tahun 2007 kot? dah nak masuk 3 tahun dah kan? Banyak jugak la pembaharuan yang aku kesan berlaku kat PD nih. Hmmm sememangnya Kerajaan Negeri Sembilan dah letakkan dalam Pelan Rancangan Tempatan Negeri (PRT) untuk menjadikan pantai PD sebagai Pantai Peranginan Negara. Jadi usaha ke arah itu pon kenalah selaras dengan PRT tersebut yer wahai pemimpin.

Berbalik kepada cerita aku mengikut kawan-kawan ke PD, destinasi pertama adalah di sekitar Blue Lagoon. Ha masa kat sinilah terimbau kenangan lama...dulu masa study, aku dan classmate siap buat picnic kat bawah salah satu tiang lampu kat situ. Memang nostalgic !!! Tapi kat situ sekarang dah lain, dah ada shop lot yang baru dan lebih teratur.

Lepas tu kami meninjau-ninjau pulak ke pantai sebelah tu, aku tak tau pantai apa namanya. Masa tu pulak air tengah surut, so boleh la berjalan sampai ke tengah.

Lepas habis meninjau di Blue Lagoon, kami ke Pantai Teluk Kemang (TK) pulak. Memang ramai pengunjung kat situ, maklumlah hari minggu. Keadaan di TK pon memang dah lain. Bagi sesiapa yang tak pernak ke PD tu, silalah rujuk gambar-gambar kat bawah. (tak seberapa pon gambar aku tu).

Bila dah settle kerja kawan-kawan aku tu, kami pon bergerak pulang ke KL. Walaupon pengalaman ke PD itu sangat singkat, tapi mungkin satu hari yang baik nanti aku nak ajak member-member piknik kat situ lagi lah. Kali ni dengan kelengkapan berpiknik yang lengkap! hehehe.

Ok, jom layan gambar pulak!

PEACE!
















2010-06-10

Pak Cik Melawat Zoo

Bila aku dah BENGANG @ MARAH mula la aku buat serangan psikologi. Aku memang anti dengan manusia-manusia yang suka menangguk di air keruh ni. Takpe, ada hari ada bas...aku diam je..semoga tuhan memberi balasan setimpal!!!!I'm off!!!!

Berbalik kepada entry untuk menyejukkan hati yang sedang membara. Aku nak story sikit kisah aku ke Melaka minggu lalu. Tujuan asalnya adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat aku yang dah 10 tahun tak jumpa, Wan Hasnol di Melaka. Tahniah la Senoi, akhirnya tamat jugak zaman teruna kamu,... hahaha teruna ker?

Yang hampehnya takde sekeping gambar pun aku tembak pakai kemera aku. Pelik bin ajaib, semuanya ditembak oleh Inertz member aku yang sama-sama sekereta dengan aku. Takpelah, let him do his job.

Lepas habis makan dan bersalaman dengan pengantin, aku, Inertz dan Joy (kami semua satu kereta dari KL) tergerak hati nak pegi menziarah binatang! Dah lama tak menjengok pak rimau, pak gajah dan yang sewaktu dengannya. Kami telah mengambil keputusan untuk ke Zoo Melaka petang itu. Hahaha memang buang tebiat kan? Tak pe la, kalau bukan kita yang pergi menziarah binatang-binatang tu, siapa lagi!

Harga tiket masuk ke Zoo Melaka adalah RM 7.00 untuk orang dewasa, oh ya sebelum tu kena bayar tiket parking kereta iaitu RM 2.

Masa lalu je dapan pakcik penjaga tiket, dia tanya.."Dik ni dari mana?"
Aku pon jawabla, "Kami dari KL, baru balik kenduri kawin".
Pakcik tu pon senyum, mungkin pelik sebab tengok orang-orang dewasa datang melawat zoo tanpa membawa budak-budak. Hahahaha belasah!

Banyak juga la pembaharuan yang boleh dilihat dalam Zoo Melaka tu. Kalau dulu, kali terakhir aku pegi (10 tahun lepas) banyak sangat construction sedang berlangsung di sana...kali ni alhamdulillah, tak banyak sangat gangguan.

Ok tak banyak gambar yang aku tembak...layan je lah.!

PEACE!


Jinak sungguh si Kakak Tua...


Ni tupai yer murid-murid...


Eh eh..begitu mesra depa berdua ni yer.


Fuh bukan main santai korang!


Hahaha menggigit!! Mesti dah ada yang pernah kena gigit kat sini.:p


Dilarang menguja? Ha jangan menguja Pak Rimau kat belakng tu!


Syeksi la korang nih!


2010-06-08

PLANE

Tak sempat nak update blog nih, maklumlah tak banyak perkara best yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ni. Mungkin sebab bulan lepas dah all out buat macam-macam aktiviti agaknya. So bulan ni aku rest sikit la, memperlahankan gerak langkah. Tambahan pulak member yang rajin mengekspose pon dah diam sekarang, penat la kot gamaknya wakaka.

Ada jugak la beberapa TAG yang aku dapat dari bro NICK pembela hantu, tapi aku tak sempat nak buat la bro. Sorry yer, kalau aku mempunyai masa untuk membuat TAG tu akan aku buat juga. InsyaAllah.


EPILOG RAJA SINGA.


Hari tu (4-5 Jun 2010) bertempat di Balai Budaya Tun Syed Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur, telah berlangsung Festival Teater Pendek Anugerah Merdeka (TPAM) anjuran Sekretariat Anugerah Merdeka (SAM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sebanyak 18 buah teater telah dipertandingkan dan salah satu daripadanya adalah teater bertajuk EPILOG RAJA SINGA!

Peneraju utama teater EPILOG RAJA SINGA adalah Encik Rashidi Abdul Kharis!!!! Yeah he is my uncle!!! Dah lama pakcik aku ni bergiat dalam seni teater tapi kebanyakannya hanya berkisar di Negeri Perak sahaja. Tapi malam tu, setelah 8 tahun tidak beraksi di pentas teater Kuala Lumpur, pakcik aku ni akhirnya muncul sebagai Raja Singa di sana! Sedih juga sebab terlepas peluang menonton persembahan Raja Singa malam tu. (Layan gambar lah yer).






Gambar ihsan dari Maksu...

KISAH POKET

Minggu lepas juga aku pulang ke kampung di Perak. Masa tu juga aku berkesempatan berjumpa dengan 2 orang sahabat baik aku yang dah juga pulang bercuti di kampung! Lama tak jumpa diorang, so sekali memang banyak cerita yang keluar. Miss u guys! (tak bleh blah..tajuk takde kena mengena langsung!)

Ok, seriously nothing much to write in here. Maybe just some update and that's all. Hopefully this mess will end soon.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Layan lagu je lah... PLANE (Jason Mraz)...reflection of my feelings right now.

PEACE!


PLANE....

2010-05-26

Sungai Sarawak: Jangan Sangka Air Yang Tenang Tak Ada Buaya!

Sesuatu yang orang tau pasal Sarawak adalah mengenai sungainya yang terpanjang di Malaysia dan pelbagai agenda yang berlaku di dalamnya. Sungai Rajang (Batang Rajang kate orang Sarawak) walaupun nampak tenang tapi jangan disangka tiada buaya! Hmmm itulah keunikan Sungai Sarawak yang tidak pernah mati.

Sepanjang berada di Kuching, hampir setiap hari aku melalui persisir sungai itu (hanya di Water Front sahaja) dan ianya tidak pernah membuatkan aku jemu. Seumpama satu trend, plan perancangan bandar dunia memiliki "water front" atau "river view" nya yang tersendiri. Lihat sahaja contoh di Malaysia, Sungai Melaka dan Sungai Sarawak sendiri telah dibangunkan menjadi tempat rekreasi dan santai warga kota alaf baru. Contoh paling menarik adalah di Singapore River. Sepanjang sungai itu hidup dengan pelbagai aktiviti dan itu merupakan sesuatu yang sangat hebat! (nak tengok? sila ke entry sebelum ini)

Ok, kembali ke Sarawak, Water Front yang semakin hari semakin dicantikkan merupakan satu tarikan utama masa kini. Hotel tempat aku menginap di Kuching tu pon tak jauh dari Water Front. Kalau nak pergi pon hanya boleh berjalan kaki, tak samapi 10 minit pon! Sepanjang Water Front terdapat deretan kedai dalam wajah-wajah lama yang mencerminkan nostalgia bandaraya Kuching! Kahalu nak shopping kek lapis Sarawak, tikar, ikan masin dan cenderamata serta banyak lagi benda, tak perlu pergi jauh, semuanya ada di situ. Tapi harganya tidaklah semurah di Serikin atau di kawasan-kawasan pedalaman yang lain yer.

Di persisir tebing Sungai Sarawak juga terbinanya mercu tanda Kuching yang baru iaitu Bangunan Dewan Undangan Negeri yang berbentuk unik. Tapi apa yang lebih menarik adalah deretan kampung-kampung di sepanjang sungai itu yang gah terpelihara. Itulah keunikannya.

Aku jugak berkesempatan menaiki bot/ sampan penambang. Saja nak terai naik sampai, aku dan sepupu ke seberang dengan tambang 50 sen seorang. Murah kan! Itu merupakan satu pengalaman yang takkan dapat aku lupakan. Erk takde buaya kan? Hahaha mestilah takda, sebab buaya selalunya ada di lubuk-lubuk mereka sendiri. Tapi jangan sangka air yang tenang tiada buaya!(eh ulang balik statement tu hahahaha gasak!)

Ok jom layan gambar Sungai Sarawak.! Aku namakan ia Segmen Senja! (sebab aku amek waktu senja hehehe)

PEACE!


Brooke dock yard

























POPULAR POSTS