Hari ni
mood aku nak buat kerja memang malas giler. Tapi terpaksa la buat jugak kalau tak nanti tak boleh nak cuti raya! *
Petirrrrrr (tiru efek
blogger torsohor
Fatt)
OK nak
story sikit pasal lawatan aku ke sebuah tapak pelupusan sampah yang paling unik di dunia. Kenapa paling unik yer? Meh aku cerita:
Bagi sesiapa yang tak
familiar dengan tapak pelupusan sampah atau
landfill (dalam bahasa omputehnya) kat sini aku nak cerita serba sedikit la. Bukan apa, ni ala-ala segmen alam sekitar ler (tetiba rasa bertanggungjawab pulak sebab dah memang kerja aku).
Satu ketika dulu, aku pernah diberi peluang untuk melawat ke salah sebuah
landfill yang unik di
Kota Singa. Nama
landfill tu adalah
Semakau landfill (dulu dikenali sebagai
Pulau Semakau). Sejarahnya,
Pulau Semakau ni terdiri daripada 3 buah pulau kecil di
Selatan Singapura. Bila kerajaan
Singapura dah
decide nak jadikan pulau tersebut sebagai
landfill, maka ada beberapa perkara yang perlu diorang
settlekan dahulu antaranya adalah
re-settlement penduduk kampung yang sediada menetap kat pulau tu. Dan perkara paling besar yang diorang buat adalah menyambung ketiga-tiga pulau tersebut menjadi sebuah pulau dengan kaedah penambakan.
Sebenarnya
Semakau landfill ni merupakan satu-satunya pulau sampah yang ditambak di dunia (aku rasa betol dah sebab ni berdasarkan kepada penerangan pemilik projek sampah tu). Kiranya satu-satunya tapak pelupusan
offshore la. Nak ke
Semakau Landfill ni kena naik bot daripada pelabuhan di
Tuas South yang mengambil masa lebih kurang 25 minit. Aku tak
sure samada kite boleh suka-suka pergi melawat pulau ni atau kena ada permit tertentu. Korang boleh cek la dekat
website.
Semakau Landfill ni jugak merupakan satu satunya
landfill yang ada di
Singapura! Kenapa ada satu je? Sebab utama adalah,
Singapura tak ada tanah untuk dijadikan
landfill, maka semua tanah (yang merupakan hak milik Kerajaan) akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembangunan. Kaedah pelupusan sampah pula merupakan kaedah paling efisyen iaitu menggunakan insinerator (loji pembakaran sampah). Untuk makluman juga, di
Singapura terdapat lima buah insinerator dan 99 peratus sampah di
Singapura akan dibakar di dalam insinerator-insinerator tersebut.
Jadi apa gunanya
landfill kalau semua sampah dah di bakar? OK biar aku citer, bila sampah-sampah itu dah di bakar di dalam insinerator, maka ia akan menghasilkan abu (
ash) di mana abu tersebutlah yang akan dilupuskan di
Semakau Landfill. So sebenarnya,
Semakau Landfill ni fungsinya tak la seperti
landfill-landfill yang terdapat kat
Malaysia ni.
OK berbalik kepada cerita lawatan ke
Semakau Landfill ni, aku dibawa mengelilingi
Semakau landfill, dan apa yang paling mengujakan bagi aku adalah, keadaan di
Semakau Landfill itu sendiri. Kalau korang berpeluang tengok, sebenarnya tak macam tapak pelupusan sampah langsung! Bersih, kemas, cantik dan tertarik!
Seriously, persekitarannya sangat cantik.
Part kejuruteraan pembinaannya aku malas nak cerita sebab terlalu
complicated. Tapi apa yang aku nak
share di sini, walaupun namanya adalah tapak pelupusan sampah, tapi ia menjadi pusat pembelajaran kepada anak-anak
Singapura. Di
Semakau Landfill terdapat program-program kesedaran alam sekitar antaranya projek penanaman pokok bakau, pusat pemerhatian burung-burung
migrate, dan juga pusat
camping! Giler kau
camping kat
landfill! Tapi itulah hakikatnya. Memang tak pernah aku terfikir kalau bebudak sekolah kita kat
Malaysia ni pergi
camping kat tapak pelupusan sampah...mau tak sampai sejam dah pengsan!
Aku diberitahu juga, setiap hujung minggu akan ada orang datang memancing di
Semakau Landfill ni, dan terdapat beberapa pondok untuk istirehat yang dibina. Memang menarik.
Sebenarnya, aku nak menarik perhatian terhadap mentaliti masyarakat kita. Tak salah sebenarnya nak bina insinerator, sebab dah terbukti yang kesannya terhadap alam sekitar tidak seperti yang digembar-gemburkan. Bayangkan berapa banyak sampah yang kita hasilkan dan berapa banyak masalah yang dihadapi oleh kerajaan untuk melupuskannya. Tapi disebabkan sikap dan juga masalah (politik) maka benda ni asyik tertangguh. Sedih ...padahal nak jadi negara maju kan? Harap-harap satu hari nanti kita boleh mencontohi benda-benda baik yang dibuat oleh negara-negara lain, untuk kebaikan negara sendiri.
Apa yang aku nak kongsi di sini juga adalah, peluang yang aku perolehi daripada mengunjungi negara-negara lain memberi beberapa perspektif bagi aku, antaranya:-
- Aku bersyukur lahir kat Malaysia yang aman, makmur, murah rezeki dan bebas tak macam sesetengah negara yang kucar kacir, diktator dan rakyat hidup melarat.
- Aku dapat bezakan di antara negara maju dan negara membangun dari segi pengangkutan (MRT, Jalan raya dan sebaginya), dari segi mentaliti masyarakat dan dari segi persekitaran...Sorry to say, Malaysia masih jauh ketinggalan.We need to improve.
- Dari segi teknologi, ya memang Malaysia sekarang menuju ke arah negara maju, tapi teknologi masih nak guna teknologi lama, kalau nak beli sesuatu tu pon bukan sebab kualiti tetapi sebab harga yang murah (aku tau ni sebab benda ni sering berlaku kat tempat kerja) *no offense but its reality.
Tiga kesimpulan tu bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi supaya kita boleh
improve. Ambil contoh yang terbaik tetapi masih boleh kekalkan nilai-nilai murni dalam masyarakat, tak salah kan? Ini hanyalah suara dari seorang insan yang tak ada nama pon dalam sejarah
Malaysia. Tapi sebagai masyarakat yang tinggal di dalamnya, ini merupakan salah satu sumbangan kecil yang boleh aku buat bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat.
Betullah kata pepatah orang dulu-dulu, jauh perjalanan luas pemandangan. Memang aku setuju seratus peratus!
Hehehe dah abis dah sesi taklimat alam sekitar aku. Ok nanti kalau ada cerita-cerita
boring lagi, aku tepek la kat sini.
PEACE!