2012-02-12

Universal Studio Singapore (USS): Rombongan Cik Ro Part 2

Assalamualaikum!!!

Sambungan dari SINI.

Dulu aku pernah blog about USS juga di SINI

..... Bila nampak je signboard SENTOSA tersergam indah depan mata, ramai yang dah teruja. Maklumlah, penantian selama ini telah berakhir katanya. Terdapat empat stesen monorel dari Vivo City ke Pulau Sentosa. Stesen pertama adalah Stesen Sentosa yang terletak di Aras 3, Vivo City, kemudian untuk ke Universal Studio Singapore (USS), kami akan turun di Waterfront Station. Manakala dua lagi stesen untuk merayau-rayau di Pulau Sentosa adalah Imbiah Station dan Beach Station.

Sentosa Station ---> Waterfront Station ---> Imbiah Station ---> Beach Station

Bila sampai je di Waterfront Station, masing-masing dah excited, macam-macam ada depan mata dan yang paling penting, ramai giler manusia!!!!

Kronologi:  Kenapa kami pilih hari Isnin (6 Februari 2012)?

Berdasarkan congakan, hari Isnin adalah hari bekerja untuk warga Singapura, dan atas faktor itu kami mengesyaki tiada pengunjung maha ramai ke USS! Tapi malangnya tanggapan kami meleset, kerana cuti umum di Malaysia menyebabkan beribu-ribu rakyat Malaysia masuk ke USS! Hasilnya, perancangan kami meleset 100%!!! Huhuhu pasrah je la, dah sampai pon...takan nak patah balik.
Dari Waterfront Station, kami kene menapak lebih kurang 100 meter (kot) untuk sampai ke pintu masuk USS. Adalah menjadi satu kewajipan untuk bergambar di Universal Studio Globe!!! Giler ko, dah sampai USS taknak ambik gambar kat USS Globe....orang bukan main ramai sampai nak cari angle pon payah. Nasib baik ada sekeluarga pelancong China kot yang sudi mengambikkan gambar kami serombongan. Sementara kami sibok bergambar di depan globe,Cik Maimoon pulak sibuk menguruskan perihal e-tiketnya yang terhilang dari emel. Entah macamana boleh hilang pon tatau, padahal dah bayar dah guna kad kredit...MISTERI. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Lepas puas bergambar depan globe, maka kami pon bergerak masuk ke USS. Orang bukan main ramai beratur depan pintu USS tu, masa tu jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Bayang Cik Osman yang kengkonon nak jumpe depan pintu masuk USS langsung tak nampak. Kengkonon janji nak jumpa kat situ, tapi hampeh....susah kot nak cari dengan keadaan ramai manusia tu. Tambahan pulak alat komunikasi mengalami sedikit gangguan. Sabo je la....

Tu diaaaa ramai tak manusia?? Ramai kan...rata-ratanya rakyat Malaysia!
Ni dia globe yang fames tu.
Aktiviti wajib! Bergambar depan globe.
Entah apalah yang Kassim tengah pikir masa ni. hahaha
Maklumat Harga Tiket

Tiket untuk masuk ke USS kami dah beli awal-awal lagi, sebulan sebelum hari kejadian. Untuk rekod, Harga tiket sila rujuk di gambarajah di bawah:

Kalau tak nampak, sila click pada gambar untuk tumbesaran yang maksimum.

Tapi, kami dapat harga yang lebih murah dari harga biasa. Kenapa? Sebab kami beli tiket di bawah Hot Deals Price "Enjoy 15% off Universal Studios Singapore® Day Pass with Maybank Credit/ Debit Cards" valid until 31th March 2012 sahaja dengan harga SGD 62.90 ... sila rujuk SINI untuk menempah tiket secara online.

Bak kata Osman, kertas A4 paling mahal namanya...inilah e-tiket kami!


Kami meneruskan misi di dalam USS. Bermula dengan Zon Hollywood, kami cuba untuk menyewa locker untuk menyimpan beg-beg kami yang telah diusung kehulu kehilir tu, malangnya locker bersaiz besar pon penuh. Nak sewa locker kecik rasa macam tak berbaloi pulak...hahaha nampak benau nak berjimat katanya. Harga sewa locker berbeza-beza mengikut vanue. Kebanyakannya diukur mengikut masa setengah jam, satu jam dan seterusnya dengan bayaran SGD 1, SGD 2 dan SGD 5. Akhirnya beg-beg itu tetap aku usung ke hulu -kehilir...Gigih kan.

Rujuk SINI untuk melihat map keseluruhan kawasan taman tema USS. Terdapat 7 zon tarikan utama di dalam USS iaitu Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, Lost World, Far Far Away dan Madagascar. Tapi terdapat tarikan baru bermula tahun ini iaitu Transformer! Bertuah kami..hehehe.

Keadaan di Zon Hollywood yang sesak.
 


Ok lepas dah lalu di Zon Hollywood, tangkap-tangkap gambar (malangnya takda parade masa tu), kami menuju ke Zon New York untuk menyaksikan "Light, Camera, Action hosted by Steven Spielberg" . Memang kagum gile tengok cara orang Hollywood bikin filem, dalam studio je boleh buat macam-macam.

The famous Charlie Chaplin...tak silap aku tahun awal-awal 30an kot..pak lawak.
Hamboi-hamboi Cik Ro! Bukanmain lagi ko yer hahahaha
Beratur masa nak tengok "Lights, Camera, Action!"
Ramai! Ramai! Ramai!

Apakebenda yang diorang eksaited sangat tengok map tu!
To kill the time.....
Dalam set "Lights, Camera, Action!"
Habis di Zon New York, kami sampai di zon yang dinanti-nantikan iaitu Zon Transformer! Waiting time untuk beratur masa tu dalam 30 minit, tapi kalau masuk barisan single rider cepat giler. So, tips di sini, sila beratur di ruangan single rider kalau nak cepat walaupon korang datang berkumpulan. Best Giler!

Dah macam retis yang memilih cara tidak glamer dah....
Lepas dah naik kami terus ke Zon Ancient Egypt, kami skip dulu Zon Sci-Fi City sebab tak nak naik Batlestar Galactica, seriau je tengok roller coster yang tinggi menjunam tu. Dalam piramid tu ada roller coster yang sangat best! Sila jangan lepaskan peluang untuk cuba.

 

Dari Zon Ancient Egypt, kami terus ke Zon Far-Far Away untuk makan tengahari. Di situ terdapat sebuah restoran yang menyediakan makanan halal. Nama restoran tu Goldilocks, harga makanan adalah standard, tak mahal dan tak murah. Sila jangan convert kepada RM kalau taknak pitam. Kat sini baru kami berjumpa dengan Osman. Dia gigih datang dari KL naik train tengah malam dengan 3 orang kawan dia masuk USS. Gigih kan.

Masing-masing punya mekap dah cair, bulu mata palesu pon dah tanggal.
Makan time!!!!

Setelah selasai makan tengahari, hajat hati nak masuk Zon Lost World tapi memandangkan waiting time sampai 120minit, kami decided untuk masuk ke Enchanted Airways, di Zon Far Far Away. Best jugak naik roller coster kecik...mula-mula ingat tak la takut sangat tapi bila dia dah bergerak, sangat scary! hahaha. Nak tengok tayangan Shrek 4D pon tak kesampaian sebab orang sangat ramai beratur.

Dari Zon Far Far Away, kami ke Zon Water World untuk tengok persembahan drama air. (erk? nbetol ke?) Masa ni bersedialah untuk basah, sebab aku, Cik Aloyah, Datin Fe'ah dan Cik Maimoon semua basah kene simbah dengan air. Hampeh betol. Sila pastikan anda duduk di kerusi yang betol, sebab setiap kerusi diletakkan mengikut zon basah, kering dan sebagainya.


Sempat jumpa Shrek dan Fiona tengah jalan....
Selesai di Zon Water World, kami patah balik ke Zon Lost World sebab nak naik jugak "Jurrasic Park Rapids Adventure". Masa ni memang gigih beratur hampir dua jam, semua dah melepek je. Ada yang givap taknak naik sebab tunggu lama sangat, tapi aku, Leman, Cil Loyah, Cik Musalmah Jenab, Datin Fe'ah, Osman dan 3 kawan dia termasuk Kassim Mustafa (Icam) gigih beratur. Rugi woo kalo tak cuba sebab yang ni pon best jugak. Tapi make sure pakai ponco kalau tak nak basah.

Tips: Kalo nak memotong barisan, sila buat muka selamba je, pedulik je apa pakcik kat belakang tu nak kata, kan Osman kan?
Selesai mengharungi masa yang panjang di "Jurrasic Park Rapids Adventure", kami pon kembali berkumpul.(sebab team Datin Fe'ah, Osman dan 2 orang pengikutnya naik tube lain) Oh ya, satu tube hanya boleh dinaiki seramai 9 orang sahaja, jadi kami terpaksa pecah kepada 2 kumpulan. Kassim pulak dapat sms dari kakak dia bagitau yang sebahagian rombongan Cik Ro dah tunggu kat depan Globe USS. Kami pun mula bergerak menuju ke pintu masuk USS. Tapi dalam perjalanan, lalu pulak dekat Zon Ancient Egypt. Kami pon naik la lagi sekali rides kat dalam piramid tu sebab tak ramai orang. Waktu masa tu pon dah pukul 6.30 petang. Best dapat naik ride mummy tu...terbaik. Lepas tu lalu lagi kat Zon Sci-Fi City! Cik Musalmah Jenab pulak beria-ia nak naik roller coster, maka kami pon singgah la main roller coster Battlestar Galactica tu. Ya ampunnnnnn memang kecut perut! Sampai aku yang tak nak naik ni pon terjebak jugak stelah dipaksa oleh Osman dan kengkawan dia! Gigih betol! Masa ni Kassim kena jaga beg, sebab dia taknak naik. hehehe thanks Kassim.

 

Dah habes main roller coster, kami lalu pulak depan Zon Transformer, untuk memenuhi permintaan Kassim, kami pon naik la lagi skali ride tu. Giler lama beratur, sebab mula-mula ingat tak ramai orang! Sekali dalam tu beratur dekat nak 1 km! Datin Fe'ah dan Cik Ro tunggu kat luar je jaga beg.

Jam dah pukul 7.30, sekali lagi Kassim dapat sms dari kakak dia kata yang diorang tunggu kami di Vivo City. Ok kami pon dah penat nak mampus, terus proceed je keluar dari USS. Memang masa tu orang still ramai lagi, sampai nak singgah kat souvenir pon tak boleh, sesak!!!


Kami terus naik monorel ke Vivo City untuk bergabung semula dengan team Cik Ro yang lain. Ok nanti aku sambung kisah hostel pulak.

 Feel free to check out their version of USS story!



WASSALAM.

2012-02-09

Universal Studio Singapore - Rombongan Cik Ro Part 1

Assalamualaikum!

Fuh makin ramai pulak yang tak sabar-sabar nak tau kisah di Kota Singa. Ok jom aku start bukak cerita. Sebenarnya plan ni merupakan plan ad-hoc jugak la walaupun dalam masa dua bulan. Kalau tak silap aku mid November kami start plan nak berjimba-jimba naik rides di taman tema. Banyak jugak cadangan tempat yang nak dituju tapi akhirnya keputusan untuk ke Universal Studio Singapore (USS) dibuat, Biqque (Cik Ro) jadi anchor nya.

Maka sejak dari itu, perancangan rapi pun dibuat. Bermula dari memilih peserta rombongan, sampailah ke nak pakai baju apa masa kat USS nanti dibincangkan di dalam emel. Tak cukup dengan itu, siap buat perjumpaan hampir tetiap minggu! Ko mampu??? hahaha.

Setelah beberapa purnama berlalu, hari yang dinanti pon tiba. Masing-masing dah buat entry blackout day (kecuali beberapa peserta rombongan Cik Ro yang tak dapat buat atas sebab menjaga kepentingan katanya hahaha. Ok boleh diterima alasan itu). 

Maka di hari kejadian, empat buah kereta pon mulalah meredah kepekatan malam .... "menuju ke destinasi yeah yeah!" (buat gaya lagu Dato' Siti Nurhalija ye). Peserta mengikut kenderaan pon dah dibahagi-bahagikan sejak dua bulan yang lalu. Aku menumpang John, (Leman) bersama MasMZ (Aloyah) dan Lily (Maimoon). Manakala tiga buah kereta yang lain masing-masing dengan keluarga dan ada juga yang baru first time bersua muka. Unik kan perhubungan kami? hehehe. Kesemua ahli rombongan adalah seramai 13 Orang tidak termasuk Shah_rule (cik Osman) yang akan menyapa kami di pintu masuk USS kelak.

Sebahagian ahli Rombongan cik Ro, di Hentian Senawang
Plan asal, kami akan berkumpul di Hentian Seremban, tetapi malangnya, dek kerna ada yang rancak mengumpat sehingga terlepas Hentian Seremban, maka terpaksalah kami berkumpul di hentian yang hanya ada toilet sahaja iaitu hentian Senawang. Kesemua kami ahli rombongan Cik Ro berkumpul di Hentian Senawang pada jam 12.30 pagi. Seterusnya kami terus membuat keputusan untuk berhenti di Hentian Ayer Keroh memandangkan ada yang masih kebulur tidak menjamah barang sesuap nasik. Sementelaah mereka ke Hentian Ayer Keroh, rombongan Cik Leman menyimpang ke Alor Gajah untuk menjemput Datin Fe'ah (Kak Coco) di rumahnya yang baru lepas menjadi penanggah kenduri kawin. (Huh? Datin jadi penaggah?). Setelah menjemput Datin Fe'ah kami pun terus ke Hentian Ayer Keroh untuk makan malam. Ada juga yang tidur dalam kereta sementara menunggu kami makan. Lama jugak lepak kat situ, hampir dua jam!.

Menarik tak??? Cup Cake Red Velvet hasil sponsor Cik Maimoon. Lepas ni harap-harap dapat rasa kapkek Guava pulak!!!
Bila tangki masing-masing dah penuh (siap makan guddies kenduri kawin hasil sponsor Datin Fe'ah), maka perjalanan ke Johor pon diteruskan. Sepanjang perjalanan memang tak habis sesi berceramah. happening siot! Ada jugak kejadian merempit di antara satu sama lain sebab nak hilangkan mengantuk katanya.

Sampai jugak ke Johor...setelah dekat 4 jam memandu...
Akhirnya dalam jam 5.30 pagi, kami pon tiba di Hentian Bas Larkin. Kami akan meletak kereta di tempat parking di seberang jalan Hentian bas Larkin sebab harga bayaran tempat letak kereta di situ dikira RM 5 untuk sehari, lebih murah dari parking kat dalam kompleks Hentian Bas Larkin. Lepas dah siap dengan beg galas masing-masing (kali ni takde yang bawak beg trolly ye) kami pon bergerak menuju ke surau di tingkat tiga Hentian Bas Larkin. Suraunya alhamdulillah, besar dan sangat selesa, kami menunaikan solat subuh dan siap dengan tukar baju mengikut tema "Negara" seperti yang telah dirancang sebelom ini.

Tu dia Rombongan Cik Ro dah mai dah kat Hentian Bas Larkin!
Surau di tingkat 3 yang memang selesa!

Setelah selesai membuat apa yang patut, maka perjalanan kami ke Kota Singa pon bermula. Kami akan menaiki bas SBS 170 dengan tambang RM 1.90 menuju ke Stesen MRT Kranji di Singapore. Tapi akan singgah untuk pemeriksaan kastam di Imigresen Johor dan Imigresen Woodlands. Proses pemeriksaan Imigresen agak lama dan manusia punyalah ramai memandangkan waktu itu adalah waktu puncak orang pergi kerja! Nasib baik kami berjaya potong barisan, sambil dijeling-jeling orang. hahaha peduli apa, janji dapat naik bas hahaha.

Sambil beratur naik bas pon mereka kelihatan sungguh gembira (Datin Fe'ah, Musalmah Jenab dan Bibah baru first time jumpe time ni)
Ini lah Bas SBS 170 menuju ke MRT Kranji, Singapore.
Icam Si Pengembara Tumpangan mesti tengah excited giler time ni!
Sampai di Stesen MRT Kranji dah dekat pukul 8.15 kot, maka kami semua terus beratur beli card Ezy Link (macam kad Touch 'n' Go tu) supaya senang bergerak ke mana-mana. Masa tu memang lapar giler. Perjalanan menaiki MRT dari Kranji perlu mengharungi 16 stesen sehingga sampai di Dhoby Ghout!! Apa lagi, memang melepek la memasing dalam MRT sebab lama giler. Tambang MRT dari Kranji ke Harbor Front adalah SGD 2.30. Sampai di Stesen Dhoby Ghout, kami bertukar MRT ke Harbour Front untuk ke Vivo City (Shopping Complex). Kami breakfast di food court Vivo City, alhamdulillah ada seksyen makanan halal di situ, lokasinya di lower ground floor.

Masing-masing beratur nak beli tiket. Dah sampai jejak ke Singapura!
Kesian cik Ro, penat sampai melepek di tepi pintu...
Begitu juga dengan Datin Fe'ah...penat gamaknya jadi penanggah...
Dah sampai Vivo City, jom makan!!!
Ni lah brunch kami! Siap makan petai lagi ok!!! Harga sepinggan SGD 3.50
Masing-masing dah kelaparan.
Pintu masuk ke Monorel Sentosa di aras 3 Vivo City.
Ramainya manusia!!! Aku rasa ni semua orang Malaysia ni.

Icam membetulkan tali kasut POWER nya untuk kekal power di USS
 Lepas semua dah refresh, akhirnya pada jam 10.10 pagi, kami pun bergerak ke tingkat tiga Vivo City di mana terletaknya stesen monorel untuk ke Pulau Sentosa. Tiket untuk naik monorel adalah SGD 3, tapi sebab kami dah ada Ezy Link card, so tak payah beratur beli tiket lagi.

Akhirnya kami sampai di USS!!!!

WASSALAM.

2012-02-08

Pre: Travelholic ke USS

Assalamualaikum!!!!

Setelah  meredah kepekatan malam, menongkah arus memotong barisan di pusat imigresen, berlonggok di dalam MRT dan mengharungi perih jerih menapak berkilo-kilometer, akhirnya impian kami semua terlaksana!

Kami telah bersatu! Kami sudah tidak Alien lagi. Semua kepala gila, semua kepala remaja waima seremaja Icam Si Pengembara Tumpangan kaedahnya.

Thank You guys for making this reality! 

Cik Maimoon, Majid Hamid dan Osman takde dalam gambar.


NOTA KAKI:-

  • Untuk Cik Ro selaku ketua ROmbongan (seswai dengan namanya) - Idea anda untuk menyatukan kami semua memang bernas. Tahniah, anda telah berjaya!
  • Untuk Cik Pojiah dan Dahlan - Korang memang sporting dan gigih!
  • Untuk Kassim Mustaffa - Tahniah, kamu sudah berjaya ke obersi!!! Pergi show off dengan kengkawan cepat!!!! WAJIB!
  • Untuk Cik Maimoon - Anda memang sempoi dan berjaya menjadi jurumudi yang bagus! Thank you! Tukang nego air kelapa, ekon dalam dorm dan sebagainya...memang terbaik! And Thanks for the Lens!
  • Untuk Cik Leman - Terima kasih sebab sudi bawak aku ke Seberang Tambak. Walaupon ada kejadian pecah kemera, tapi ko tetap cool, cayalah! Semoga terus tabah. Kontrol diri depan kemera.
  • Untuk Cik Aloyah - Walaupon tak berjaya menghasut, tetapi terhasut diri sendiri! Cayalah! Nak gambar!
  • Untuk Datin Fe'ah - Kesopanan dan kesusilaan tunjang kepada penyatuan kita semua! (cewah macam slogan hari kebangsaan!)
  • Untuk Cik Musalmah Jenab - Ko memang sempoi sebabtolong arrangekan dorm! Thanks. Jauh kan.
  • Untuk Cik Bibah - Menjelma menjadi ketua dorm memang dialu-alukan! Thanks!
  • Untuk Cik Osman - Kemunculan mu yang sekejap-sekejap itu memberi impak maksima pada aku sebab tetiba aku terjebak naik Batlestar Galactica!!!!! Fiuuuuhhhhh.
  • Untuk yang lain-lain Majid Hamid (laki Cik Ro) Lin dan Amy korang walaupon agak senyap tapi boleh masuk ngan kami! Tahniah! heheheh.

UNTUK CIK PUAN LELA MANJA - JANGAN BERSEDIH, LAIN KALI KO WAJIB IKUT KAMI!!!!

Ok , banyak sangat benda nak cerita, tapi tengah penin kepala sebab tak cukup tidor. Nanti bile senang aku sambung lagi! 

Apa-apa pon, trip pertama dah berjaya!!! Jom plan yang lain pulak! YEAY!


WASSALAM.

2012-02-05

Blackout Day!

Assalamualaikum!!!

Siaran tergendala untuk beberapa hari.

Travelholic mau berjimba-jimba.

Tunggu kami kembali!




WASSALAM.

2012-02-03

Teaser: Kembara 5 Kereta

Assalamualaikum!!!

Haish tak sabo pulak.... 2 hari lagi. Kemana??? Entah.
Yang pasti 5 buah kereta (kalau jadi la yang satu kereta lagi tu) akan meredah lebuhraya...mengharungi kotara, bandaraya, pekan, kampung dan desa......

Demi satu tujuan....Alien Traveller katanya.

Mood: TERUJA!!!

Kasi panas enjin dulu.....Vrommmm!!!! Vrommm!!!
Agaknya...yang mana satu kereta yang aku nak tompang eh??? Hehehe.


OK JOM LAYAN FLASHMOB DI KLIA VERSI MUSICAL PULAK....
(Hahaha mungkinkah kami akan buat Flashmob di sana nanti????)


WASSALAM.


2012-01-31

CupCake Nenas, Satey Willy dan Steambot

Assalamualaikum!

Alhamdulillah kesihatan tuan tanah dah kembali stabil, walaupun bibir rasa kering, pastu badan kebas-kebas lagi, tapi dah takde rasa malas-malas nak buat keje dah. Syukur ujian berjaya diharungi dengan tabah.

So dah seminggu lebih jugak tak lalu nak makan apa-apa melainkan hirup sup ketam, makan megi atau minum air kosong dan 100 plus aje. Tapi dua-tiga hari ni selera makan dah kembali pulih walaupun belum sepenuhnya. Lepak-lepak kat Satey Willy dengan John, MasMz, Kak Coco dan Lily hari ahad hari tu pon, lalu tengok je satey depan mata. Nak menghabiskan 3 cucuk satey pon payah. Kan best kalo selalu macam tu, boleh kurus! Muahahahaha. Di samping tu ada jugak Kak Coco bawak resepi baru kapkek dia, iaitu kapkek Nenas!!! Hahah sapa kata nenas takleh buat kapkek! Kak Coco boleh buat okay! Pasni nak suruh buat Kapkek Jambu Pink pulak!

Semalam pulak, sempat jugak join lepak dengan Geng Ungu (walaupun tak cukup 2 orang) makan steambot kengkononnya. Lokasi di International Steambot, Bangi. Nama bukan main lagi Internasional tapi takde la internasional sangat. Setakat steambot-steambot biasa je. Aku pun bukannya nak makan sangat, setakat grill daging lembu, ayam dan cendawan je. Yang lain semua tak berapa lalu nak telan.

Motif utama sebenarnya nak jumpe kengkawan yang dah lama giler tak jumpa . Hahah giler tu, padahal duduk dekat-dekat je memasing. Seronok betol dapat jumpa kengkawan. Kengkonon plan nak shooting cuti Hari Wilayah esok ni, tapi aku tak boleh join sebab nak balik kampung. Mood menghitung hari makin menebal, satu apa benda tak shopping lagi, orang lain semua dah ada kasut baru la, baju baru la, seluar baru la....hadoi bile aku nak shopping benda baru jugak ni???? 

Ok la, shopping last minit lagi mencabar! Tunggu.

WASSALAM.


Semangat nak jumpe kengkawan dan makan kapkek, aku datang awal giler...tengok tu, kedai pon tak ramai orang lagi muahahahaa. Kedai satey Willy yang hujung tu sekali tu.
Tu dia kapkek kak Coco!!! Bukan setakat kapkek Nenas! Tapi kapkek cekelat pon ada! Nampak tak warnanya yang keemasan itu? hahahah. Sedap tau!
Ni dia Satey Willy yang John selalu idamkan tu, aku makan 3 cucuk je, yang lain semua John yang makan muahahahaah! Orang lain tengok je.
Beralih pulak ke International Steambot, Bangi. Lokasinya betol-betol sebelah kedai Wong Solo.
Sedap jugak baby carrot grill nih!
Dan juga bebenda lain yang di grill. Sedap jugak la, terbuka selera aku semalam. Harga buffet steambot RM 25 untuk dewasa dan RM 15 untuk kanak-kanak.


POPULAR POSTS