2012-03-08

Counting Days to India (Part 2): The Ticket's Story

Assalamualaikum!!!

KISAH 1

TAJ MAHAL: Gambar dari Chawana ...(pinjam gambar ye :)
 
"Love never claims, it ever gives; Love never suffers, never resents, never revenges itself; Where is love there is life; Hatred leads to destruction."
- Mahatma Gandhi, India
Baris-baris ayat di atas cukup menggambarkan betapa luar biasanya tanah India *cewah!. Katanya dunia kasih sayang, lambang cinta agung dan sebagainya (yang tak terfikir oleh akal). Sebenarnya aku tak pernah terfikir pun untuk menjejakkan kaki ke sana, apatah lagi menatap dengan mata kepala sendiri betapa agungnya binaan Taj Mahal. Segala-galanya bermula dari pesanan sms disususli pula dengam private message di Facebook oleh Kemang (juga seorang blogger yang dengan tag line: "Travel makes me a wiseman").

Untung juga ada Air Asia X (penerbangan tambang murah negara) yang pada ketika itu mengadakan jualan murah untuk tiket pergi dan balik ke New Delhi! Setelah diracun berkali-kali, akhirnya tanggal 17 Oktober 2011, aku bersetuju untuk membeli tiket tersebut dengan harga RM 323.62 (returned)...murah tak? Jeles tak? Hehehe. Itu merupakan harga tiket paling murah untuk penerbangan sejauh itu bagi aku. Alhamdulillah, rezeki nak merasa berjalan jauh. Oh ya, bukan aku saja yang teracun, John dan MasMZ juga terjebak dalam kancah pembelian tiket ini, walaupun masing-masing tak pasti adakah perjalanan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, sebab tarikh yang kami pilih itu merupakan tarikh yang super busy!

Harga tiket yang ditawarkan oleh Air Asia X.

Bila dah kompom tiket di tangan, fuh serta-merta terus terbayang Taj Mahal di depan mata. Masa tu aku hanya tahu Taj Mahal je, sebuah monumen yang indah dan diklasifikasikan sebagai salah satu benda ajaib di dunia! Giler ko, saper yang taknak tengok kan. Sekarang ni sibuk tengah atur plan, buat itinerary, buat research sana-sini, bukak internet, buka buku dan tanya orang sana sini. Luckily dah ada member-member yang pernah sampai ke India antaranya Lily (Globetrotter), Kak Coco (Coco Nutz), Biqque (Beauty In Darkness) dan Chawana (Chawana). Senang betul nak buat rujukan, sebab diorang ni semua banyak membantu. Paling tidak pun, bukak je blog diorang dan baca sampai khatam. 

Dah dapat info secara mulut ke mulut (lain je bunyinya kan), ada jugak yang sudi meminjamkan bahan-bahan rujukan!!! Terharu sangat tau sebab ramai yang sapot kami nak ke sana. Itulah cara kami, kalau ada member nak travel, yang lain akan sapot bersungguh-sungguh. Best kan!


Antara rujukan utama aku dan kengkawan ihsan Lily dan Fatt.

Thanks Lily and Fatt (Backpakerbusuk) sebab sudi meminjamkan buku-buku rujukan korang! Memang sangat berguna. Dan yang paling penting, aku dah tau macam-macam ada kat India rupanya! hehehe.


KISAH 2


Flight Ticket (The cancelation)

Beberapa bulan yang lalu, sewaktu adrenalin (cewah bombastic word) tengah terkinja-kinja dan juga cuak nak ke India, tetibe je dengar ura-ura yang mengatakan tiket flight kami yang telah kami beli pada 17 Oktober 2011 tu akan effected dengan tindakan Air Asia X (AAX) untuk 'menjumudkan' penerbangan mereka ke India. Tapi masa tu hanya dengar ura-ura je, tak tentu betul ke tidak.

Tapi tanggal 15 Januari 2012, sewaktu aku tengah seronok-seronok makan durian kat Ulu Yam bersama Kak Coco dan Kakak Santek sekeluarga, aku dapat e-mel dan sms dari AAX yang mengatakan flight kami ke India dibatalkan!!! OMG terkujat jugak aku masa tu. 

Ok biar aku terangkan kronologi penjumutan flight AAX ke India:

  1. AA mengumumkan pembatalan penerbangan AAX ke India (New Delhi) bermula 23 Mac 2012.  (So OK la, aku ingat flight aku memang tak effected langsung)
  2. Hanya ada 4 penerbangan sebulan ke New Delhi sebelum 23 Mac 2012 (Oo...ok...maybe affected, grrrrrr......)
  3. Sah memang penerbangan kami terlibat dengan pembatalan, tanggal 15 Januari 2012 aku terima emel seperti di bawah:-
E-mel pembatalan penerbangan oleh AAX
Setelah menerima e-mel tersebut, penumpang-penumpang yang terlibat dikehendaki membalas emel ke AAX untuk urusan pertukaran jadual penerbangan. Aku pun apa lagi, diskusi dengan John dan MasMZ dan terus reply e-mel tersebut. Masa tu memang pasrah je lah dengan apa-apa jawapan dari AAX. Dan dua hari kendian (17 Januari 2012) AAX reply e-mel kami:-

Si Yogi ni reply e-mel aku.

Fuh lega gila bila dapat e-mel ni. Makanya penerbangan kami akan diawalkan sehari dan waktu balik pon akan di awalkan sehari. Agak kerugian dari segi hari dan masa sedikit bagi kami, tapi tak apalah janji dapat jugak tiket. Kami pun reply lagi e-mel tersebut untuk confirmation, dan pada 20 Januari 2012, kami pon menerima fligth details kami..lega.

Settle hal flight....


Train Ticket (How we bought the tickets)

Kami beli tiket keretapi melalui website CLEARTRIP. Tapi dinasihatkan cek betul-betul tarikh perjalan dengan itinerary yang dah dibuat, takut nanti tersasar pulak, ada yang kena tido kat stesen keretapi pulak...err sanggup ke?

Malam tu, bertempat di McDonald, Seksyen 14, Petaling Jaya, kami pon gigih berkompol sebab nak bincang land trip masa di India nanti. Ahli yang hadir adalah aku, MasMZ (Kaki jalan), John (Kaki Berangan) dan Kemang (Mr. Kemang)! Agak sukar jugak nak beli tiket masa tu sebab kebanyakan tiket yang kami nak sudah habis dijual dan ada juga yang tak mencukupi korum. Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak kami beli tiket. Syukurrr.

Berkampung di McD , Seksyen 14, PJ.
Harga keseluruhan tiket keretapi yang kami dah beli adalah INR 6,570 = RM 419 untuk 3 orang dari New Delhi ---> (Ajmer Shtbdi) Jaipur ---> (Ju Hwh Supfast) Agra --->(Jbp Ndls Sup Ex) New Delhi. Jadi kalau bahagi tiga orang, setiap dari kami hanya membayar RM 140 sahaja. 

Puas jugak kami cari train yang dapat mengikut itinerary kami sebab waktu kami beli tu kebanyakan tiket train dah habis dijual. Jadi kami terpaksa mengubah itinerary mengikut keadaan. Pasrah lagi... tapi alhamdulillah dapat jugak beli.

Ok ini merupakan antara kisah-kisah awal bagaimana semuanya bermula. Sepantas kilat dan yang penting mengikut tag line blog Biqque : "Who travel cheap but fun!" yeah...aku nak ubah sikit:-

"Who Travel Cheap, Smart and Fun to the Fullest!"

3 Days to go...

Pssttt: Doa-doakan perjalanan kami nanti dimudahkan dan tiada banyak masalah...amin!

Pssttt2: Harap-harap tak kena Cerry Berry dan penyakit-penyakit lain yang serius.

Pssttt 3: Naseb baik hal flight tiket tu takda kacau jadual train kami sebab kami dah beli awal-awal.... Alhamdulillah syukur.

Pssttt 4: Segala butiran mengenai tiket yang telah dibeli akan di e-melkan ke e-mel korang. 

Pssttt 5: Doa-doakan keselamatan kami di sana. 

To be continued...

WASSALAM.


2012-03-07

Counting Days to India (Part 1): VISA Application And The Untold-Story

Assalamualaikum!!!

[Countdown: 4 days to go...]

Ok hari tu aku ada keluar teaser pasal Visa kan? Nak masuk ke India bukan seperti masuk ke Singapura, Thailand atau Korea Selatan. Kita memerlukan VISA, tak kiralah samada Business Visa, Conference Visa, Diplomatic Visa, Employment Visa, Emergency Visa, Entry Visa, Journalist Visa, Medical Visa, Missionaries Visa, Permit to re-enter within 2 months, Research Visa, Student Visa, Tourist Visa, Transit Visa. Dalam kes aku yang nak melancung ke sana, aku perlu memohon Tourist Visa.

Aku apply Visa ni pon dah kira last minute jugak, lagi dua minggu sebelum berangkat barulah kelam kabut nak isi borang, ambik gambar dan sebagainya. Penat tau sebab rushing! Lepas tu jenuh pulak fikir macamana nak hantar borang Visa ke Pejabat Kedutaan India tu sebab masing-masing kerja dan tak boleh nak cuti. Alhamdulillah, Cawan (Chawana) sudi menolong kami memandangkan beliau bekerja shift malam tambahan pula Cawan pernah pergi ke pejabat tu. Macam-macam cerita sebenarnya yang berlaku kat kami pasal nak buat Visa ni, sampai nak lengkapkan borang pon kena isi kat Stesen Minyak, berkampung kat situ hehehe. Kak Coco yang tak ikut kami ke India pon turut memberikan sokongan join berkampung kat situ hehehe...kenangan.

Terpaksa isi borang kat stesen minyak! Drama sangat kan hehehe.
Sambil-sambil tu boleh beli *'jajan'....
*jajan ni bahasa Jawa ye bermaksud kudapan*

Ok borang dah siap...boleh pass kat Cawan.
Ok, untuk mengelakkan beberapa masalah yang sering berulang sebab nak buat Visa ni, aku share sedikit sebanyak ilmu yang aku tau. Ini mengikut steps yang telah kami buat untuk apply Visa kami, dan ianya berjaya. Syukur...

CARA-CARA APPLY VISA KE INDIA

Permohonan Visa ke India perlu dibuat dengan mengisi borang secara on-line di website berikut : http://www.indianhighcommission.com.my/service_new.php. Banyak jugak butiran yang perlu diisi (biasa la, maklumat-maklumat butiran peribadi dan sebagainya). Dan pastikan setiap ruang lengkap diisi kecuali pada ruang-ruang yang tidak berkenaan la.

Website Pejabat Kedutaan India di Malaysia

Tips: Sila isikan nombor passport dengan penuh (termasuk abjad di hadapan nombor passport anda contohnya A 1999999). Sekiranya anda tidak meletakkan abjad tersebut permohonan anda akan di reject!. Baca betol-betol borang tersebut supaya tiada ruangan yang tertinggal.
 
Borang online yang perlu diisi.

Setelah siap mengisi borang Visa tersebut, sila semak sekali lagi. Ingat ye, borang kena LENGKAP. Bila dah puas hati dengan borang anda, sila tekan butang PRINT dan sertakan dengan dokumen-dokumen yang dikehendaki seperti di senarai semak di bawah.
Senarai Semak:
  • Borang yang siap di cetak.
  • Gambar Visa dengan latar belakang PUTIH bersaiz 2 inci x 2 inci
  • Tentatif ITINERARY sewaktu berada di India.
  • Passport anda. (Pastikan tarikh luput passport anda tidak kurang dari 6 bulan ke tempoh perjalanan tersebut).
  • Bayaran VISA sebanyak RM 168.00 (Tourist VISA)
Setelah kesemua dokumen yang dikehendaki disediakan, kita kena menghantar borang yang lengkap beserta dokumen-dokumen tersebut ke Pejabat Kedutaan India atau pejabat-pejabat perwakilan mereka seperti di alamat berikut:- 

G-01,STRAITS TRADING  BUILDING, 
NO.2, LEBUH PASAR BESAR, 
50050 KUALA LUMPUR, 
Tel: 03-26922692 
Fax: 03-2698 2692, 03-2692 2692 
Website : www.indiavisa.com.my 
Email     : kl@indiavisa.com.my

NO.105 LEBUH CHULIA,
10200 PENANG
Tel: 04-2505 000

SUITE 325, 3RD FLOOR,
PAN GLOBAL PLAZA
JALAN WONG AH FOOK,
80000 JOHOR BAHRU
Tel: 07-2223 325
Adalah penting untuk memastikan waktu-waktu operasi pejabat-pejabat tersebut untuk mengelakkan kesulitan di kemudian hari. Waktu operasi penghantaran Visa adalah pada hari Isnin dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja dan tempoh pemprosesan adalah selama 3 hari bekerja. Untuk mengambil semula passport anda, waktu yang dibenarkan adalah pada jam 4.30 petang hingga 5.30 petang sahaja. Sila kemukakan resit yang diberikan sewaktu menghantar borang permohonan ke kaunter untuk mengambil semula passport anda.
 
Inilah hasilnya! Wink~ Berwarna pulak tu!

Aku rasa ini merupakan perkara-perkara wajib untuk apply Visa ke India, InsyaAllah takde masalah kalau follow semua instruction yang diberikan. Yang paling penting, sila semak semula dokumen-dokumen anda sebelum hantar. 

To be continued...

WASSALAM.






2012-03-04

Food Hunter: Restoran Muhibbah, Kg. Sungai Penchala. Thanks Lily!!!

Assalamualaikum!!!

Menjelang Februari dan Mac 2012 ni dah mula ramai blogger yang start travel sana-sini.Ada yang ke Indonesia la, Vietnam la, Cambodia la dan banyak lagi. Yang aku tahu, antaranya si Chawana, masih berada di negara matahari terbit, entah bile nak balik tu...agaknya dah teringin nak jadi warga negara sana kot? Kekeke jangan la tak balik, kesian kat ayam intik kat rumah tu takde sapa nak bagi makan.

Ok berbalik kepada objektif asal, sebenarnya aku nak cerita mengenai satu majlis makan-makan yang dianjurkan oleh blogger Lily (Globetrotter), ops ianya hanya untuk invited guest only. Heheh naseb baik aku terpilih. Ok yang tak dijemput tu jangan makan hati pulak, sebenarnya Lily tu pasang hajat, nak meraikan orang-orang yang dijemput sebab pernah tolong dia buat sesuatu dulu! (sebenarnya aku pon lupa aku tolong apa haritu! Hehehe). Alhamdulillah, murah rejeki Lily, rejeki jangan ditolak ye dak?

Bertempat di Muhibah Seafood Restaurant, yang terletak di Kg. Sungai Penchala, kami pon berkumpul. Sanggup ni Kak Coco (Coco Nutz) dari Shah Alam meredah ribut petir , aku pon gigih drive merentas daerah dari Putrajaya ke Penchala tu semata-mata nak datang ke Muhibah ni. Sebenarnya aku tak tau pon yang restoran ni dah pindah ke situ. Dulu aku pernah juga makan di restoran Muhibah, tapi waktu tu mereka masih beroperasi di TTDI. Ala tak jauh pon, sekakngkang kera je dari tempat yang baru.


Macam-macam ada!
Kak Coco pon tengah berdiskusi dengan Lily untuk menu terbaik!
Dan pada malam tu, first time jugak dapat jumpa Wahidah, travel partner Lily yang selalu disebut-sebut dalam blognya. Ok takde la pendiam pon, banyak jugak cakapnya, bolehla berlawan cakap dengan John (Kaki Berangan) tu. Bila semua dah sampai maka kami pon start la order memacam...ingat, Lily yang bayar tau! Hehehe.

Alamak, Retiss dah sampai!!! Lily pulak terpegun tengok retis sampai!!!!
Nak tau apa yang kami order? Aku tak ingat la nama makanan-makanan tu, sila la tengok je pada gambar-gambar di bawah.

Asparagus Goreng Belacan....
Ayam masak apa tah, cili kot.
Yang ni sumpah aku tatau nama dia. Hehehe
Sotong Goreng Tepung....
Butter-prawn ...yummeh.
Tu dia Siakap Tiga Rasa!

Secara keseluruhannya, semua puas hati malam tu. Dapat makan free dan yang paling penting dapat lepak dan borak-borak sampai kena halau balik. Ok lain kali boleh datang sini lagi. Restoran Muhibbah Seafood beroperasi sampai jam 11.00 malam je kot sebab time tu kami dah kena halau balik. Lokasi nya sangat sesuai dan keadaan dalam restoran pon besar dan selesa. 

Kak Coco dan Wahidah sedang khusyu' menikmati ikan.
Opssss...ada yang meletakkan kepala ikan di atas pinggan! Siapa tu yer?
Oklah, sampai sini saja kisah orang belanja makan. Thanks Lily!
 


WASSALAM.

2012-03-03

Post Entry Using My Phone

Dalam MRT.

Assalamualaikum!!

Hari ni aku belajar satu benda baru (sebenarnya dah wujud lama cuma baru tahu) kekeke.

How to post an entry using email from your phone? Kene pandai godek2 setting dia. Ni pon aku baru nak cuba. Kalo jadi, best la.

Ok nak try masterkan dulu cara ni. Baru senang nak update blog di mana-mana saja!

WASSALAM!

2012-03-01

Teaser 1.0 : Visa

Assalamualaikum!

Semalam.... aku dapat ini! (sambil senyum-senyum lebar ke telinga). Menghitung hari la nampak gayanya! Nanti aku cerita details ok. 

Suci tak muka aku? wakakaka!

Pssttt: Alamak pendeknya entry!!! . 
Pssttt 2: Tiru Lily (Globetrotter) buat teaser hahahaha :) 


WASSALAM. 



2012-02-27

Wajah Baru Port Dickson

Assalamualaikum!!!

Baru-baru ni aku berkesempatan ke Port Dickson (PD) demi mencari sesuap nasik. Kalau tak silap aku, kali terakhir aku ke PD adalah pada tahun 2010, atas dasar membawa pelancong Canada nak tengok laut hehehe. (Max, I'm talking about you!).

Jadi persepsi aku terhadap PD selama ni lebih kurang sama je la... Orang datang sebab nak mandi laut, cuti sekolah je jem dan sebagainya...biasalah, typical tourism spot. Tapi bile aku sampai PD kali ni, aku memang terkejut gile.
 
Ikut Highway Seremban-Port Dickson exit ikut sini.

Wajah PD dah berubah!!! Bagi sesiapa yang masuk ke PD melalui Teluk Kemang, mesti akan lalu Muzium Tentera Darat (tak silap aku masuk percuma) dan kem-kem askar yang ada kat situ (itu je satu-satunya laluan yang aku tau nak ke PD). Tapi masa aku sampai hari tu, fuh terkejut jugak bila tengok kawasan tu dah jadi cantik, laluan pejalan kaki yang menarik dan yang paling penting, jalan tar sepanjang jalan di hadapan muzium sampailah ke simpang tiga antara teluk kemang dan pekan PD tu dah diletakkan rubber track yang kaler merah tu, kalau sesiapa yang rajin jogging kat taman especially kat KL biasa jumpa rubber track kaler merah tu... memang kelainan!!!



Nampak tak trek merah dan laluan pejalan kaki yang dah dinaiktaraf??? cantek!
Welcome to PD!
Dan yang paling penting, ada pintu gerbang tulis "Selamat Datang Ke Bandar Tentera Darat". Oh baru aku tahu yang PD tu sebenarnya dah  dipanggil Bandar Tentera Darat... ok memang kena lah sebab sebahagian besar kawasan kat situ adalah kawasan kem askar. Dan sekarang ni dah ada politeknik jugak. Makin ramai la warga PD!

Di samping itu, keadaan pantai peranginan di PD especially di sekitar Pantai Teluk Kemang dah semakin bersih dan teratur. Alhamdulillah, PD semakin berubah wajah. Mungkin sebab ia merupakan tarikan pelancungan berpantai yang paling dekat dengan KL, jadi warga kota yang teringin nak ke laut boleh datang ke PD!!!.

Oh ya, semasa di PD aku sempat berjumpa dengan seorang blogger yang dah dua tahun aku kenal tapi hanya dalam blog, tak pernah jumpa pon...dapat jugak jumpa dengan Ustaz Adam! Siap belanja satey lagi tuh! Thanks! Ok lain kali bleh jumpa lagi. Itulah kelebihan dunia tanpa sempadan di alam maya gitu hehehe.

Kedai satey, di Teluk Kemang

Ok lah chow dulu. 

WASSALAM.

2012-02-24

Pasar Serikin : Tarikan Di Bumi Kenyalang

Assalamualaikum!!!

Pernah ada orang bertanya tentang apa yang best di Sarawak selain Mee Kolok, Kek Lapis, Muzeum Kuching? Hmmm aku pon sebenarnya tak berapa pasti sebab aku bukannya orang Sarawak. Tapi pernah la jugak menjejakkan kaki ke bumi Kuching tu.

Ok selain bersantai di sepanjang Sungai Sarawak, menyaksikan kesibukan lalulintas sungai dengan aktiviti sehari-hari, jangan lupa untuk mencuba naik perahu / sampan menyeberangi sungai tersebut, murah je, tak sampai seringgit pon (RM0.50). Tapi kalau nak suruh pakcik pendayung tu bawak pusing-pusing naik sampan tu kenalah bayar lebih sikit. 

NAK JUGAK BUBUH GAMBAR SUNSET KAN...hehehe

Sunset di Sungai Sarawak.....
Gambar dari entry lama....Sunset di Sungai Sarawak.
Gambar dari entry lama....Sunset di Sungai Sarawak.
Gambar dari entry lama....Sunset di Sungai Sarawak...Naik sampan pusing-pusing sngai...best giler.
Terpegun la kot tu hahahaa.

Tengok sunset di Sungai Sarawak merupakan sesuatu yang korang jangan lepskan. Seriously terbaek!!! Aku sempat bersunset di atas sampan ketika di bawa pusing-pusing naik sampan (masa ni pakcik tu saja-saja bawak aku dan sedara mara pusing-pusing tanpa mengenakan caj lebih). Best gila tengok sunset, rasa macam nak bekukan masa je.

Ok sebenarnya aku nak cerita pasal Pasar Serikin. Pernah dengar tak? Ia merupakan satu lokasi yang agak jauh dari bandar Kuching tapi bagi sesiapa yang kaki shopping, jangan la lepaskan peluang untuk ke Serikin. Ia terletak 15 km dari Bandar Bau dan 80 km dari Bandaraya Kuching. Jauh jugak kan, perjalanan menaiki kereta mengambil masa 2 jam, sebab perlu melalui jalan-jalan kampung dan kawasan pedalaman. Serikin ni sebenarnya terletak di sempadan Malaysia dan Indonesia. Barang-barang kat situ memang murah gile dan sape-sape yang suka barang-barang berunsurkan tenunan dan kain kayan boleh lah ke sana. 
Tips: Nak ke Serikin perlu bertolak awal pagi dari Bandaraya Kuching (seelok-eloknya jam 7.00pagi) kerana perjalan mengambil masa 2 jam. Pasar serikin buka seawal 7.00 pagi sehingga 2.00 petang. Pastikan kereta yang dipandu diisi minyak dengan penuh kerana susah nak jumpa stesen minyak di sepanjang perjalanan. Lagi satu, kawasan serikin ni sangat panas, walaupon terdapat banyak pokok hutan disekitarnya. Oleh itu jangan lupa bawak payung atau topi dan pakai pakaian yang sesuai.

Kami bertolak dari Hotel Arif (hotel bajet di Kuching) pada jam 7.00 pagi dan menaiki 2 buah kereta (sebab ramai). Perjalanan memakan masa selama 2 jam dan di kiri-kanan jalan kebanyakannya hutan dan kawasan perkampungan. Tiba di satu kawasan, akan ada kawasan pemeriksaan oleh Kastam kot aku tak berapa pasti (kastam atau polis) sebab kami sudah berada hampir dengan sempadan negara. Tapi ketika itu kami tidak diperiksa sebab mungkin tengok ramai makcik-makcik nak pegi shopping kot hehehe.

Kami tiba di Serikin lebih kurang jam 9.00 pagi. Masa tu pon matahari dah mula naik. Memang agak panas la. Terkejut jugak bila tengok dah ramai rang yang sampai kat RM 2 per entry (Dulu la tahun 2010, kalau sekarang aku tatau.) Di depan kami terbentang luas jalan lurus menuju ke sempadan Negara. Kalau nak masuk ke seberang pon boleh, tapi kami tak masuk sana sebab tak larat nak jalan jauh hehe.Kalau tak silap, tak payah pakai passport pon, sama macam di Bukit Kayu Hitam.

Tudung-tudung cenggini memang banyak gile kat Pasar Serikin ni, harga pon berpatutan..murah
Permainan (toys) pon macam-macam ada!
Kain-kain sulam cenggini jangan cakap la, berderet-deret kedainya!!!
Tu dia, jauh nak jalan sampai ke hujung.

Macam-macam kedai ada kat situ, dari yang jual beg, baju, kain telekong, kain cotton, kain sulam sampailah kepada makanan semua ada sepanjang jalan tu. Kalau tak silap aku panjang jalan tu lebih kurang 2 km kot. Oh ya kebanyakan peniaga di Serikin ni adalah daripada Indonesia dan mereka dibenarkan masuk ke Serikin untuk berniaga pada tempoh-tempoh tertentu sahaja iaitu pada jam 7.00 pagi sampai 2.00 petang sahaja. Ada juga beberapa penduduk tempatan yang berniaga di situ.

Tips: Pasar Serikin hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, jadi atur perjalanan anda sebaiknya. Hari-hari biasa tak bukak ye. Berhati-hati ketika membeli belah di Serikin sebab kalau tak pandai berbahasa Indonesia / bahasa tempatan takut ditipu harga. Rugi pulak jadinya nanti.
Batu-batu cincin pon banyak dijual di sini.
Dan juga makanan.....
Beg pon ade...heheh


Ok kami di Serikin tak lama pun, lebih kurang 12.00 tengahari kami pon dah nak balik ke Kuching. Banyak jugak barang-barang yang mak-mak beli..biasalah. Ok , aku harap dengan  entry ni dapatlah memberikan gambaran sedikit sebanyak mengenai Serikin. Nanti ada masa aku nak try ke sana lagi lah...mungkin sampai ke seberang pulak.

WASSALAM.

POPULAR POSTS