2010-01-11

Explorasi Meredah Hutan (FRIM)

Edisi eksplorasi kedua tahun ini diteruskan dengan ekspidisi menjelajah hutan FRIM. Another unplanned activity yang aku buat dan kali ini pesertanya bertambah kepada 3 orang. Hahaha macam ler ramai sangat kan! Ahli tetap sudah semestinya aku, kaki jalan dan seorang pendatang baru Kelab Janggel iaitu Rimau Jadian! (Aha boleh ke namanya Rimau Jadian? hehehe).

Kami bertolak ke FRIM, Kepong seawal 7.00 pagi dengan meredah MRR2 yang sangat lancar dan cuaca pagi itu sangat nyaman dan elok! Alhamdulillah sekali lagi aktiviti kami direstui.

Tiba di FRIM, sempat jugak menapau nasi lemak kat kedai tepi jalan, buat bekalan lepas habis mendaki nanti. Kami start meredah belukar pada jam 8.45 pagi. Berbekalkan pengalaman Kaki Jalan dan Rimau Jadian, sepatutnya takkan ada masalah la nak ber'jungletrekking' kat situ. Tapi setelah meredah laluan trecking yang agak mencabar selama setengah jam "tetiber" je terjumpa jalan mati! Ayakkkk~ how come a? Terpaksalah kami patah balik mengikut denai yang lain. Untuk pengetahuan, denai yang kami lalu tu seumpama dah lama tak ada orang lalu. Agak sunyi dan hanya kami bertiga sahaja yang lalu kat situ.

Akak kat kaunter tiket tadi ada cakap, kalau tau hiking ikut jalan tu silakanlah. Huh??? sepatutnya kena letak banyak singboard kot kat situ, lagipun tanda-tanda jalan pon macam takder. Akhirnya jalan-punya jalan , tembus la keluar di laluan menghala ke canopy walk. Hmmm redah je lah, memang agak penat jugak walaupun melalui jalan biasa. Sempat juga terserempak dengan sekumpulan bikers yang muncul entah dari ceruk mana entah. Happening betol diorang. Ramai juga pendaki dan pencinta alam yang turut bersama-sama kami pagi tu. Setelah dekat dua jam mendaki akhirnya kami tiba di menara canopy walk! Wah lama dah tak naik benda tu, kali terakhir mungkin pada tahun 2001 kot. Setelah diberi sedikit penerangan, kami pon berjalan lah di atas canopy walk yang setinggi 30 meter dari aras tanah dan sepanjang 150 meter. Best!

Perjalanan turun tidak sesukar sewaktu mendaki tadi. Ada tiga laluan untuk turun, samada mengikut jalan biasa, jalan luar biasa (boleh ker?) dan menelusuri sungai. Kami pilih jalan menulusuri sungai yang dikatakan paling dekat. (Sebenarnya jauh jugak!) Akhir sekali kami berjaya sampai ke tapak perkhemahan yang menjadi checkpoint terakhir kami. Alhamdulillah selamat semuanya walaupon ada 3 ekor lintah yang dengan lazatnya menyedut darah di kaki aku! Wekkkk.

Bila dah sampai tempat paking kereta, apa lagi melantak la nasik lemak yang kami beli pagi tadi. Upacara menambah kalori semula hahahaha. Secara keseluruhan, kami mengambil masa tiga jam untuk mendaki dan turun semula.

Setelah selesai aktiviti di FRIM, kami sempat singgah di Muzium Orang Asli di Gombak. Memang menarik jugak exibition yang ada kat sana. Atleast i know something about our indigenous people!. Masuk pon percuma, so tak rugi apa-apa pon! Anyway, aktiviti kali ini, sangat healthy dan best! Harap-harap lepas ni lagi best!

PEACE!~

Briefing dulu la.!~

Canopy~


Terasa macam kat PANDORA pulak!~




Mana SMURF?

Sekumpulan Mountain Bikers

Nampak kat situ tulis 500meter, tapi nak mendaki tuh huh PENAT!~


Pemandangan KL boleh dilihat dari canopy walk



Muzium Orang Asli - Gombak.

2010-01-07

Tak Suka Rasa Ini

Manusia datang....manusia pergi. HUH~

Ada yang datang meninggalkan kenangan indah yang akan dikenang selama hayat masih ada. Dan ada pula yang datang membawa memori pahit sampaikan bila ingat je buat sakit hati. itulah namanya kehidupan. Aku tidak terlepas daripada menerima hakikat itu. Tak semudah yang disangka, untuk megekalkan sesebuah persahabatan itu, kite kena ada komitmen. Perlu ada rasa tanggungjawab terhadap perhubungan yang telah dijalinkan. Kalau semua tu tidak dijaga, lama-kelamaan ianya akan renggang. Setuju ???

Tepuk dada tanya hati. Berapa ramai kawan yang kita (aku) ada? Berapa ramai pulak yang sanggup bersusah payah dengan kita (aku)? Kalau bilangannya tak terkira, adakah bermakna kita sudah berjaya??? Adakah kita sudah layak digelar 'pemberi komitmen terhebat!?'. Dan bagaimana pula jika kawan yang kita ada itu mampu dibilang dengan jari, adakah kita boleh berbangga? Berjayakah kita dalam menjaga komitmen itu? adakah sesuatu yang tidak kena dalam cara kita?

Bagi aku, jumlah itu tidak penting. Biarpun seorang saja kawan yang kita ada, namun sekiranya dia itu cukup hebat untuk dijadikan kawan maka itu sudah memadai. Peliharalah kawan-kawan yang kamu ada, jangan biarkan mereka hilang satu persatu dari hidup kita, sebab kawan adalah sesuatu yang penting selepas keluarga...

Aku sayang kawan-kawan aku!!!


Oit 1: Dah lama aku tak jumpa Acid.Thanks for the birthday present yang di pos direct ke meja opis aku! SUKA!

Oit 2: Plan sesuatu yang extravaganza untuk tahun ini bersama kawan-kawan. Harap-harap ia menjadi. Apakah itu? masih dipikirkan....

Oit 3: Nak cari kawan-kawan baru yang happening! ada ker?
PEACE~!






2010-01-03

Edisi Jelajah Kuala Lumpur

SELAMAT TAHUN BARU 2010!!!

Ni entry pertama untuk tahun 2010. Tahun 2009 diakhiri dengan 85 entries, agak merosot berbanding tahun 2008 (99 entries). Alhmadulillah aku masih diberi kesempatan untuk mewarnai blog ini.

Sempena tahun baru 2010, 3 orang sahabat (sorang dari Jepun dan dua orang lagi dari Singapura) telah merancang untuk menghabiskan cuti tahun baru mereka di KL. Memandangkan salah seorang dari mereka belum pernah ke KL sebelum ini, maka trip kali ni lebih tertumpu kepada explorasi jelajah KL lah nampak gayanya! Aku memang excited giler bila dapat berita nih. Tak sabar nak jumpa diorang semua memandangkan bukan senang nak jumpa sebab masing-masing buzy.

Alhamdulillah, pada petang 31 Disember 2009 mereka telah selamat tia di LCCT. Lepas kerja aku direct ke LCCT bersama seorang lagi rakan. (Tayar keter aku pancit tengahari tuh!!!! Hmm dugaan tahun 2009) Dari LCCT kami terus menuju ke Alamanda (atas permintaan) sebab mereka tak pernah ke Alamanda, Putrajaya. Di Alamanda, kami dinner di Penang Village. Ok jugak la makan kat situ, dan kami sempat buat surprise party kepada sorang rakan lagi yang join kami. Celebrate birthday dia dengan Cheese Cake!!!

Lepas lepak-lepak kat Penang Village, kami bergerak ke Look Out Point, Bukit Ampang. Aku memang tak pernah ke sana, main redah jer. Hasil kajian di internet akhirnya kami berjaya tiba di Look out Point tersebut. Mak datuk ramainya manusia. Masing-masing menanti detik 12 malam untuk menyambut tahun baru 2010. Pemandangan Kuala Lumpur sangat indah luas terbentang di hadapan mata. Tak terfikir pulak aku ada tempat sebegitu di Kuala Lumpur! Thanks to internet! (Sebetolnya semingu sebelum diorang datang aku dah buat research nak bawak mereka menjelajah kat mana...aku pon risau jugak kalau diorang tak puas hati aku jadi host nih hehe).

Di Look out Point tu memang jelas dapat tengok bunga api yang bercahaya dari seluruh kawasan kuala Lumpur! Memang menakjubkan dan sangat cantik! Kagum sekejap. Lepas tamat detik 12 malam, kami lepak sekejap kat Warung Pak Ngah di atas bukit tuh, sebab masa tu nak tunggu traffic jam reda. Memang tak boleh nak bergerak langsung. So sambil menunggu, kami pon mengalas perut la. Dalam jam 2.30 pagi baru balik ke rumah.

Pada 1 Januari 2010, kami ke The Gardens, Mid Valley. Member aku cakap, shopping complex kat Malaysia besar-besar dan luas! Happening giler! Huhuhu yer lah tu, sesak nak mampos, nak berjalan pon payah. Lepak kat Mid Valley dan The Gardens pon lama jugak. Habis melepak, kami sempat singgah di University Malaya (mengimbau kenangan lama) Diorang nak tengok Universiti! So bawak saja. Sebelah malam, kami dinner di Sukhunvit, Kampung Baru. Alhamdulillah makanan pon sedap dan environment dia sangat convenient (Diorang suka aku pon suka la). Lepak-lepak kat Sukhunvit, Kampung Baru sampai pukul 11 malam. Selepas itu kami bergerak ke Bukit Bintang. Jalan-jalan menelusuri Bukit Bintang sampai ke Pavilion. Saja nak tengok keadaan di waktu malam.

2 Januari 2010 pulak, kami ke One Utama, Damansara dan The Curve. Macam biasa, just hangout dan makan-makan. Tak shopping apa-apa pun. Just cuci mata saja sebab ramai sangat manusia. Sebelah malam, kami dinner di Restoran Intai-Intai, Keramat. Ni pon first time aku ke sana, hasil maklumat rakan sekerja. Memang romantik giler la tempat tuh! Makanan pon best dan sedap. Aku paling suka environment dia. Next time boleh pergi lagi. (Diorang pon suka tempat tu..alhamdulillah). Lepas makan terus balik rumah, sebab awal-awal pagi dah kena ke LCCT.

3 Januari 2010, pagi-pagi dah bertolak ke LCCT. Masing-masing dah nak balik. So berakhirlah sudah sesi jelajah Kuala Lumpur yang sangat best. Walaupon tak semua tempat aku bawak, tapi cukuplah sekadar pengenalan sahaja. Lain kali boleh bawa ke tempat lain pulak. Anyway sorry guys kalau ada terkurang di mana-mana. Aku pon bukan pandai sangat nak meng"entertain" orang nih... :P

Sekarang ni, aku rasa macam nak demam pulak...huhuhu tido..tido..dan tido...

PEACE!


Tak sempat ambik gambar kek penuh..huh

Kari Kepala Ikan Kaw Punya!!!

How to spell?? Pa Ya Nun Alif Nun Nga...


They look so happy.

Entrance to Look out Point, Ampang

Kene mendaki pulak...













Intai-Intai, Keramat

2009-12-31

Memori Tercipta 2009~

Dalam beberapa jam sahaja lagi kita bakal meninggalkan tahun 2009 yang penuh bermakna untuk aku. Dan selamat datang untuk tahun 2010, bermakna aku juga perlu merencana jadual baru.

Tahun 2009, boleh dikatakan tahun pulun habis-habisan! Apakah maksud? Maksud aku, tahun 2009 merupakan tahun yang paling penuh dengan aktiviti, penuh warna-warni dan penuh onak dan duri! Kalau nak diikutkan, banyak juga tempat yang aku pergi dalam dan luar negara. Prinsip aku, buat sahaja kalau nak, tak payah tunggu orang lain.! Jadi hasilnya memang memberangsangkan dan ramai muka-muka baru yang aku kenal hasil dari mengamalkan prinsip itu. Syukur kan?

Pulau Langkawi [Januari 2009]

Seronok, ini merupakan perhimpunan keluarga Bil.1 untuk tahun 2009. Bukan senang nak manage benda ni, tapi alhamdulillah, berbekalkan sokongan ahli keluarga yang komited akhirnya ia berjaya dilaksanakan. Huh memang meriah ibuk-ibuk semua bershopping!

Taman Alam Kuala Selangor [Februari 2009]

Percutian tak dirancang, aku dan teman sekerja bersama beberapa orang saudara bercamping di Taman Alam Kuala Selangor, bertemankan irama hutan, mencuci mata dengan kilauan kelip-kelip Kampung Kuantan, menerbangkan layang-layang di Jeram dan meneroka khazanah rimba paya bakau dengan penuh taksub! Sayang photo data untuk aktiviti ini lenyap! Aduii sedihnya....

Phuket, Thailand [Mac 2009]

Time ni aku nekad, join 3 orang rakan sekerja. Mulanya cuma main-main, tapi terus jadi serius dan akhirnya aku dah pun jejakkan kaki di Pantai Phuket. Oh Phi Phi Island memang sangat cantik! Phuket Fantasea memang mabeles! Pengalaman yang memang syok. Tapi kalau ada member-member rapat (Acid, Idin, Nas-v, Yunos) kan best...huhuhuhu miss them.

Ulsan, Busan dan Seoul- Korea Selatan [April 2009]

Yang ni memang aku tak jangka akan pergi. Tetibe saja bos suruh pergi atas dasar kerja. Aku pon apa lagi, menadah tangan sahaja lah. Bukan senang nak dapat peluang pergi ke luar negara free nih.! Tajaan sepenuhnya first class! So aku mengambil peluang ini dengan sepenuhnya, mempelajari apa yang ada di sana. Serius best, musim bunga di Seoul sangat indah. I miss Seoul juga...kapan ke sana lagi?

Pulau Perhentian [Mei 2009]

Hmmm aku tersesat di Perhentian atas dasar kecewa. Kecewa kerana perancangan untuk ke Taman Negara Pahang GAGAL!!!! setelah 3 kali usaha itu dibuat, aku pasrah. Belum masanya aku ke Taman Negara.(Impian aku sejak di bangku sekolah lagi). Lalu aku nekad apabila seorang teman mengajak aku bercuti di Perhentian bersama rakan-rakannya yang 100% aku tak kenal!! Alhamdulillah bertambah koleksi KAWAN. Aku suka, enjoy dan puas! Keluar dari dunia rakus yang memeningkan. Thanks guys!

Air Panas Gadek, Melaka [Julai 2009]

Teringin pulak nak ke sini, memandangkan seorang kawan beriya-iya mengajak. Jadi aku pon sampai ke Air Panas Gadek. Tempat ini hidup di waktu malam. Memang meriah terutamanya hujung minggu. Panas memang Panas! Kawasan perkelahan yang amat sesuai untuk seisi kelaurga!

Start bulan Jun hingga Oktober, aktiviti percutian terpaksa dihentikan memandangkan kerja yang banyak di ofis! Aku pasrah. Tapi tak bermakna aku melupakan keperluan diri untuk berhibur!! Projek Teater aku terus hidup! Thanks to Kaki Jalan, Cik Kay dan Cik Dal yang selalu jadi peneman. Projek Teater 2009 agak rancak juga seperti tahun 2008.

PROJEK TEATER 2009

  1. Projek Teater 1 : MAKYUNG: Raja Besar Senyanya (Istana Budaya- Januari 2009)

  2. Projek Teater 2 : Puteri Gunung Ledang The Musical Season 3 (Istana Budaya - Februari 2009)

  3. Projek Teater 3 : Teater Muzikal Ibu Zain (MATIC - Mac 2009)

  4. Projek teater 4 : Mana Setangginya (Istana Budaya - June 2009)

  5. Projek Teater 5 : Intan Yang Tercanai (Stor DBP - Julai 2009)

  6. Projek Teater 6 : Teater Muzikal Tun Abdul Razak (Istana Budaya - Ogos 2009)

  7. Projek Teater 7 : Teater Muzikal Gamat (Istana Budaya - Oktober 2009)

  8. Projek Teater 8 : Teater Natrah (Istana Budaya - December 2009)
Walau hanya 8, tapi aku puas sebab semua yang aku tonton itu bagus dan mendamaikan jiwa. (Bulan Disember ni terlepas banyak teater..huhuhu)


Singapura [Disember 2009]


Disebabkan salah seorang daripada rakan berkahwin, maka aku berpeluang ke kota Singa yang belum pernah aku jejak sebelum ini. Memang berbeza dengan Malaysia. Paling aku kagumi adalah pokok-pokoknya! Rimbun dan Hijau! Tahniah Singapura.

Bukit Lalang, Broga [Disember 2009]

Untuk memenuhkan aktiviti di saat-saat akhirnya 2009, aku sekali lagi membuat on the spot plan untuk mendaki ke Bukit Lalang di Broga. Memang puas! Memerhatikan dunia dari lensa kameraku, PUAS!

Sesungguhnya tahun 2009 memang penuh dengan warna-warni. Tapi apakah yang bakal berlaku untuk 2010? Aku mengharapkan ianya akan lebih baik. Semoga aku akan temui apa yang aku cari.

SELAMAT TINGGAL 2009!!!

PEACE!~






2009-12-28

Penembak Tak Bertauliah

Satu lagi minggu yang memenatkan. Semalam aku drive balik dari Ipoh ke Kuala Lumpur hampir lima jam!! Jem giler jalan, semua orang yang bercuti Christmas nak pulang semula ke rumah masing-masing. Huh terpaksalah aku melayan perasaan dalam kereta tuh.

Pada 25 Disember yang lalu, sepupu aku Norfuzeana telah selamat mendirikan rumahtangga dengan suaminya Ahmad Ridzuwan, orang Taiping (dekat je). Majlis berjalan dengan meriah, dan alhamdulillah sekali lagi saudara-mara dapat berkumpul memeriahkan majlis. Rasanya baru je bulan lepas kot ada majlis kahwin, bulan ni ada lagi!! Tu la bestnya kalau ada saudara yang ramai. Tahun depan pon dah berderet-deret yang menunggu.

Sempena majlis perkahwinan Nana, aku ditugaskan untuk 'menembak' semua peristiwa yang berlaku sepanjang tiga hari tersebu. Boleh tahan penat juga jadi penembak tak bertauliah nih, main tembak je, gambar pon banyak yang tak jadi, tapi itu namanya belajar. Belajar dari pengalaman adalah sesuatu yang sangat baik.

Ok ada beberapa gambar untuk dikongsikan bersama, hadiah untuk kedua pasangan mempelai. Semoga korang bahagia hingga ke akhir hayat! Amin~!

PEACE!




2009-12-23

Aku Nonton Laskar Pelangi

Sabtu lepas (19 Disember 2009) aku telah berpeluang menonton sebuah filem dari seberang yang sangat BEST! Walaupun filem ni dah lama dan meletup-letup kat INDONESIA nu...tapi baru la sekarang aku dapat tengok!~ huhuhuh sayang filem ni tak ditayangkan di MALAYSIA. Kenapa eh?

OK untuk sesiapa yang tak tahu, sebenarnya bulan Disember ni telah ditetapkan sebagai Minggu Filem Islam dimana setiap minggu akan ditayangkan sebuah filem yang terpilih daripada negara-negara Islam iaitu Turki, Saudi Arabia, Indonesia dan Malaysia. Jadi Sabtu lalu, aku dengan member yang tidak asing lagi Deennasour itu telah pergi ke FINAS untuk menonton Filem Laskar Pelangi!!! (Deennasour dah tengok banyak kali yer).

Aduh, mula-mula aku memang tak tahu filem Laskar Pelangi ni mengenai apa. Tertarik aku dengan tema yang diketengahkan, kisah sekumpulan kanak-kanak miskin di sebuah daerah di Indonesia (Belitong) yang bersemangat untuk bersekolah di sebuah sekolah pondok iaitu Madrasah Muhammadiah. Kegigihan 3 orang guru yang diketuai oleh Guru Besar sekolah yang hampir roboh itu iaitu Pak Harfan, Ibu Mus dan Pak Bakri membuatkan sekolah itu terus bernyawa.

Sekolah Muhammadiyah terancam akan ditutup oleh Kerajaan sekiranya tidak menerima sepuluh orang murid baru. Setelah berjaya mengumpul sepuluh orang kanak-kanak dari keluarga miskin yang tidak mampu untuk bersekolah di sekolah aliran Inggeris, maka kanak-kanak tersebut dengan bersemangatnya bersekolah di Muhammadiyah. Mereka dikenali sebagai Laskar Pelangi. Dari sinilah bermulanya kisah menarik yang dikongsikan pelajar-pelajar tersebut mengenai kehidupan, cinta, kasih sayang dan persahabatan.

Sangat best! Laskar Pelangi mengharungi hari-hari menyenangkan, tertawa dan menangis bersama. Kisah sepuluh kawanan ini berakhir dengan kematian ayah Lintang (salah seorang pelajar terpintar) yang memaksa dia berhenti sekolah dengan sangat mengharukan, dan dilanjutkan dengan kejadian 12 tahun kemudian di mana Ikal (watak pencerita) yang berjuang di luar pulau Belitong kembali ke kampungnya. Kisah indah ini diringkas dengan kocak dan mengharukan oleh pengarahnya Andrea Hirata, kita bahkan bisa merasakan semangat masa kecil anggota sepuluh Laskar Pelangi ini.

Ok aku rasa nak pegi beli novel citer ni pulak! Mesti lagi detail ceritanya. Untuk makluman lanjut mengenai Minggu Filem Islam, tayangan seterusnya pada 26 dan 27 Disember 2009 iaitu filem "Just A Word, Child Task, Innocent Dream" (Filem-Filem Arab Saudi) dan Syukur 21 (Filem Malaysia). Kalau ada masa, silalah memeriahkan FINAS pada tarikh-tarikh tersebut. Dekat sebalah Zoo Negara je. Pastu boleh singgah tengok binatang kat sana. hehe.


Pstt: Sengaja tolong promote benda free....
Pstt2: Untuk keterangan lanjut sila layari www.finas.gov.my

PEACE!






POPULAR POSTS