Mana nak mula ni? Ok mula dari pesanan BBM Bdk2@John ajak bermewah-mewah di atas kapal...kengkononnya ada special offer. Tiket harga RM 400++ jadi separuh harga (untuk Cabin pax)..mau tak pitam? OK ni episode jenjalan pertama sebagai pembuka tirai 2012!!!
Sebenarnya aku idaklah pernah ngidam nak naik Star Cruise, sebab aku ni jenis 'pemabok' (Jangan pikir lain eh, aku ni mudah mabuk laut...tetibe teringat kisah ngeri kat Pantai Lovina, Bali). Tapi Bila pikir balik, kapal Star Cruise tu bukan main besau, kalah deenasor dan mungkin tak mabok, lalu aku pon setuju la untuk join John. Kena pulak ajak MasMZ sekali sebab sepatutnya aku ada trip lain, so kansel trip asal dan join John berangan jadi orang kaya! Weeeheeee!. Untuk melengkapkan geng menganyam ketupat, maka Kak Coco yang sedang gigih dalam percutian ke Perlis pon kami heret bersama dalam komplot geng Jalan-Jalan Makan Angin (John, Janggel, MasMZ, Anash - JJMA, ammaaaa~) nih.
Setelah berhempas pulas cuba memecahkan tabung katak aku, tapi tak pecah-pecah jugak akhirnya kompom sudah kami semua terjebak. Tak sabar pun ye jugak, maklumlah masa tengok filem 'Pisau Cukur' yang Fazura dengan Maya Karin berlakon bersama Harun, tetiber terbayang kami semua akan duduk bersantai tepi kolam macam dalam filem tuh hahaha...epik kot kalau btoi-betoi jadi! Hahaha. Pastu tetibe teringat pulak citer 'Titanic'...alamak, jangan tetibe kapal karam di Selat Melaka sudahh...choiiiiiiii!!!.
Maka, terjadilah kejadian, makan terlebih lalu tapi tidor yang tak lena sebab asyik pikior nak cuti memanjang, nak naik Cruise. Dan yang paling penting, ini kali pertama aku akan travel dengan John dan Kak Coco, entah macamana lah kisahnya nanti kan. Diorang tu dah kire otai bab-bab jenjalan ni, aku ni hanya melukut di tepi gantang je.... (*sambil kuis ibu jari kaki kat dalam pasir).
Tiba hari kejadian, pepagi buta lagi aku dah keluar rumah. Kami akan ke Pulau Pinang menaiki kereta, so aku yang akan drive kereta aku ke Penang. Jadi perjalanan bermula dengan menjemput MasMZ kat umah adik dia, then pergi ke opis Kak Coco di Shah Alam (katanya dia tido kat opis, betol ke????) Hahaha dan akhir sekali, part yang paling mencabar adalah menjeput John kat rumah dia di Damansara. Part ni memang pening kepala sebab jalan berpintal-pintal pada mulanya tapi alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak. Dari jam 8.00 pagi, akhirnya sampai betul-betul bawah rumah John dekat pukul 9.00 pagi. Kami terus bergerak ke utara dan plan untuk breakfast di hentian Tapah. Alhamdulillah highway tak jem walaupon banyak kereta.

Dalam kereta, sepanjang perjalanan tak henti-henti si John ni berceloteh, memang banyak cakap mamat nih. Tapi its fun! Kalo dia tak bercakap, boring pulak. Kengkononnya kami ni nak pergi bercuti, lupakan perihal kerja kat opis, tapi...... Kak Coco siap pakai remote control cakap dengan budak opis dia, suruh photostet surat la, selak-selak attachment C la (ek apakah itu?), cari atas meja la, macam-macam lagi button remote ditekannya ...KO MAMPU???
Kami sampai di hentian Tapah pada jam 10.30 pagi, masa tu naga dalam perot dah mengamuk-ngamuk sebab tak bagi makan. Kami pon makan la apa yang patut, breakfast merangkap lunch la. Sambil-sambil makan, ngumpat jangan di lupa..haish apa la nak jadi kan, asyik ngumpat je kejenya. Tetibe dapat pulak ilham nak buat keje gile bile teringat yang Biqque dan Chawana (Kenal tak diorang nih? kalau tak kenal sila tekan SINI dan SINI) ada kat Ipoh, bercuti bersama keluarga katanya. Jadi tetibe kami plan nak buat seprais kat diorang memandangkan diorang pon tatau plan percutian kami. Maka aktiviti koling-koling pon berlaku.
Tak tau nak kate, ni breakfast ke makan tengahari .....siap berulam bagai...gigih kan! |
Dapat sebenier dari John!!! Yeeeepieeeee....sepasang couple Korea!!! |
Rupanya Biqque dan Cawana plan nak masuk Gua Tempurung hari tu, ke Gopeng kisahnya. Jadi kami pon janji dengan diorang untuk jumpa seminit dua di Gopeng. Seminit dua je tau, kalau tak terlepas pulak kapal Cruise kami hehehe.
Ok sambung nanti...kisah seminit dua di Gopeng....
Psstt: Harga tol dari Sungai Buluh ke Gopeng adalah RM22.00
Psstt 2: Minyak kereta aku RM 50.00 sampai ke Seberang Perai.
Psstt 3: Untuk kisah versi yang lain boleh baca kat blog Bdk2 @ John di SINI.
Psstt 4 : Kalau Kak Coco dan MasMZ dah update citer diorang, aku bubuh link jugak kat sini.

WASSALAM.
Selamat datang ke Gopeng, Perak! *Plaza Tol Gopeng, pusat berjumpa seminit dua kami. |