Assalamualaikum!!!!
Sambil-sambil tu jom nyanyi lagu ni yer.... " Geylang Si Paku Geylang...Geylang Si Rama-Rama... Pulang Marilah Pulang, Marilah Pulang Bersama-Sama.....Lalalalal"
Fuh gigih dari Vivo City, lepas dah semua mengisi perut makan malam di food court tempat kami breakfast pagi tadi, kami menapak semula ke MRT station di underground Vivo City, nama station tu adalah Harbourfront Station. Dari situ kami bergerak menuju ke Outram Station dan bertukar ke line hijau ke Paya Lebar Station (7 station dari Outram Station). Lama jugak nak kene tunggu tu. Masing-masing dah terjelepuk kat lantai MRT. Penat nak mampos usah digambarkan lah ye, kang pitam.
Hostel tempat kami nak pergi merebahkan diri ni namanya
Betelbox Hostel, terletak di
Geylang Serai. Kami ambik dorm yang memakan kos seorang SGD 20. Kira murah jugak la tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......jauh giler dari station
MRT Paya Lebar tu! Gila la kena menapak dalam 1.1 km untuk sampai ke hostel. Gigih tak kami? Dah la penat mengerah keringat kat USS, dengan tak tidur dah dekat sehari, lepas tu kena menapak lagi???? Kami memang gigih! Jalan-punya-jalan tak jugak jumpa hostel ni. Naseb baik la
Cik Dahlan ada GPS, terus
folo je
direction yang diberi. Gile la memasing takde buat
research dulu kat mana lokasi
Betelbox ni hahaha.
|
Ni la rupa Hostel di Betelbox ni...Nampak tak yang macam lemari tu, tu sebenarnya bilik mandi. Hahaha. |
|
Kemudahan-kemudahan yang disediakan. |
Sambil-sambil jalan tu kami pon sempat la nyanyi-nyanyi lagu
"Malammmm dingin subuh yang indah, 12 Rabiulawal yang cerah....20 April Tahun Gajah...lahirlah zuriat yang Shahadah"....lalala sempena Hari Maulud Nabi katanya....Sambil-sambil jalan tu sempat la jugak nampak
"ayam-ayam" bergelimpangan mencari makan...maklumlah
Geylang Serai ni memang
Red Area. Hehehhe
Akhirnya dah dekat sejam menapak (eh sejam ke setengah jam tah lupa) akhirnya berjaya jugak kami jumpe hostel yang diperkatakan itu. Alhamdulillah, aku dah nampak katil nak landing je ni. Yang penting aku nak duduk katil bawah hehehe. Lepas dah urusan check-in, owner hostel tu bagi la sikit instruction....bla bla bla katanya tak boleh mandi tengah-tengah malam, takut bising ganggu orang lain tido, tak boleh buat bising...pom pang pom pang etc etc... huh kerek betol hahahah.
Dalam dorm tu ada 6 orang asing yang dah check in awal dari kami, 4 mat salleh, 2 perempuan China. Kami buat macam rumah sendiri je, depa yang terasa asing sendiri hehehe.Aku pon lepas madi kat bilik ayor kotak lemari dia tu terus la tido tak ingat dunia...penat giler... Ada diantara ahli rombongan cik Ro yang gigih bersembang kat ruangan pantri sampai tengah malam.
|
Buku-buku travel pon banyak.!!!
|
Sedar-sedar je dah pagi. Hostel tu ada inclusive breakfast dengan nilai SGD 5. Ok la tu, ada lima pilihan breakfast, kalau nak lelebih sila tambah bayaran. Secara keseluruhannya, hostel ni ok la untuk diinapi..erk ada ke ayat tu??? belasah.
|
Masing-masing dah lapar.... |
|
Keadaan di Cafe Betelbox Hostel |
|
Breakfast aku....dan Datin Fe'ah. |
|
Muka lapar sebab breakfast lambat sampai. |
|
Dah siang baru larat nak amik gambar hostel. |
Lepas habis
breakfast, rombongan
cik Ro berpecah kepada dua kumpulan. Ada yang nak ke
Chinatown, dan ada yang nak ke
Mustaffa Centre di
Little India. Aku? Semestinya ke China Town sebab aku tak pernah pergi situ, tapi sebelum tu kami singgah dulu di
Pasar Geylang Serai untuk pekena
Kacang Phool...apa tu? Entah aku pon tak pernah makan, tapi menurut
Cik Maimoon, ianya sangat sedap!!! Tapi malangnya semua kedai yang jual
kacang phool dah habes... maklumla dah pukul 11 pagi. Kempunan tau!
Oh lupa, rombongan cik Ro yang ke Chinatown adalah Aku, Leman, Aloyah, Maimoon, Muslamah Jenab dan Bibah. Manakala selebihnya semua ke Mustafa Centre, nak membeli belah katanya. Hehehe.
|
Entah apa motif diorang ni.... |
|
Keadaan di JooChiat Road...Geylang Serai |
|
Pasar Geylang Serai yang seumpama sebuah Muzium! Bersih dan selesa. |
|
Kebab Tornado - Cik Aloyah makan, dan Air mata Kucing yang banyak aku minum. |
|
Pe'el cik Maimoon sewaktu berjalan ke Stesen MRT Paya Lebar. |
Berjalan dari
Pasar Geylang Serai ke
MRT Paya Lebar tak terasa jauh sebenarnya...cuma semalam mungkin sebab dah penat sangat, tu yang menyumpah-nyumpah tu. Dari stesen
MRT Paya Lebar, kami menuju ke
Stesen Outram dan bertukar ke line Ungu ke
Stesen Chinatown. Dekat je sebenarnya. Sampai je di
Chinatown, memang aku suka sebab aku tak sangka keadaanya sebegitu, terdapat deretan kedai cenderamata di kiri dan kanan jalan dan harga cenderamata kat
Chinatown jauh lebih murah dari
Bugis!!!!
Serius! Aku suka, kalau nak beli FM boleh beli 7 untu SGD 10!!!! Gile tak murah!
Sambil
shopping, sambil mengetik gambar...agak berbaloi sebenarnya ke
Chinatown. Beberapa jam kemudian (ceh macam lama benar), kami diberitahu oleh
Datin Fe'ah yang rombongan
cik Ro ke
Mustafa Centre dah nak balik ke
Larkin menaiki bas Couseway (
direct bus dari
Little India ke
Larkin). Kami pon kata ok je la sebab kami nak lepak lama sikit kat situ. Datin Fe'ah akan menunggu kami di
Larkin, manakala rombongan
Cik Dahlan dan
Cik Hamid kena bergerak awal ke
Kuala Lumpur sebab ada urusan.
|
Musalmah Jenab dengan aksi nya. |
|
Cik Bibah juga.... |
|
Cik Aloyah tak nak kalah. |
|
Leman??? Apatah lagi...retisssss |
Lepas dah habis lepak di
Chinatown, kami pon mengambil keputusan untuk balik ke tanah air. Wah
obersi sangat! dari
MRT Chinatown, kami ke
MRT Kranji sebelum menaiki bas ke
Larkin.....sampai di Larkin dah pukul 4 petang.
Ok sambung lagi nanti...penat menaip hehehe.
Feel free to check out their version of USS story!
POST TAG: Beauty In Darkness (Biqque), Chawanna (Chawan & Na), Coco Nutz (Anash), This Is Our Lalaland (Ely), Globetrotter (Lily), Kaki Berangan (John), Kaki Jalan (MasMZ), Traveller's Anatomy (Byya), Journey Of Life (MasZuber), Icam Si Pengembara Tumpangan (Icam), My Story Is On Lifetime (Shah_rule)
WASSALAM.