2012-03-23

Incredible India Part 3: Lotus Temple and India Gate + Sarojini Market

Assalamualaikum!!!

[ Sambung lagi dari SINI ]

Bile dah tak larat pusing-pusng di Qutub Minar Complex (walaupon tak habes pusing sebab kompleks ni sangat besar dan waktu tu dah terik nak mampos) kami pon beredar. Plan seterusnya nak ke India Gate, tapi sebelum tu boleh singgah di Lotus Temple.

Kat luar banyak orang jual ice lemon drink ni..teringin tapi tak sanggup nak beli hehehe.
Tuk-tuk yang kami naik.
Mula la kompius nak naik apa sebenarnya untuk ke tempat-tempat tu. Mula-mula plan nak naik Metro MRT, tapi bila pikir-pikir balik macam malas pulak nak bersesak-sesak dalam MRT tu dengan panas dan penat bagai (hehehe sudah mula POSH di situ) akhirnya kami mengambil keputusan untuk menaiki tuk-tuk saja ke sana. 


Macam-macam strategi sebenarnya nak bargain for the best price for tuk-tuk. Strategi pertama yang kami cuba adalah cari tuk-tuk yang agak jauh dari pintu utama. Hmmmm sebenarnya cara ni pon takda la berkesan sangat! Sebab dan orang-orang bangsa putar alam ni, mana-mana pon sama jugak asyik nak menipu je kan. Pasrah...

Kami ambil satu tuk-tuk dengan harga Rs300 satu tuk-tuk untuk ke Lotus Temple. Agak mahal sebenarnya, lebih kurang RM21 tapi sebab kami pon tatau berapa sebenarnya harga yang berpatutan, jadi belasah je la. Still under budget kot... Huhuhu.

Perjalanan ke Lotus Temple agak mencabar, dengan keadaan jalan raya yang sesak, berdebu dan masuk celah-celah lorong mana entah. Tengah sedap-sedap layan debu atas jalan tiba-tiba pemandu tuk-tuk kami berhenti di hadapan sebuah kedai kraftangan. Errrr motif? 

Katanya kami boleh tengok-tengok saree, pashmina dan macam-macam kraftangan kat situ, tak paksa beli. Boleh spent time dalam 5-10 minit katanya. Ni yang hangin ni kan, kami tak suruh pon dia berenti kat kedai-kedai mewah ni. Dah la tak berduit, tapi dia insist jugak kami turun dan tengok-tengok. Dia janji akan tunggu kami kat situ.

Ok la, kami pon turun la. Masuk je dalam kedai tu, kami disambut dengan penuh 'kasta tinggi!' Mula la orang kedai tu promote kain-kain dia. Kami tengok je dan selamba je mintak tengok kain murah-murah or else kami buat muka sambil tunjuk jari № № №!
 
Nota: itu adalah taktik setiap pemandu tuk-tuk terhadap pelancong asing. Setiap pelanggan yang mereka bawa ke kedai-kedai yang dikenalpasti, mereka akan dapat komisyen! Jadi pastikan kite kenakan balik diorang dengan tak payah beli apa-apa. So diorang tak akan dapat komisyen ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ.

Ok selepas membuang masa kat dalam kedai kraftangan yang tak tau kat mana lokasinya, kami pon kembali ke tuk-tuk kami. Nampak muka driver tuk-tuk tu pon kelat je sebab kami tak bawak keluar beg plastik berkoyan-koyan. padan muka dia, sapa suruh bawak kami shopping kat tempat mahal-mahal kekeke (bukan tak mampu, tapi tak berminat je kekeke *alasan).

Tuk-tuk pon kembali meredah kesesakan lalu-lintas, rentas sana, rentas sini, redah melawan arus and lastly sampai la depan gate Lotus Temple. Dan mamat tu dengan selambanya cakap:-

"Sorry sir, today Lotus Temple is close. Its Monday!" 

OMG rasa nak sepak-sepak je driver tuk-tuk tu. Kalau dah tau tutup buat apa nak bawak kami pergi sana kan. Sebenarnya aku pon lupa yang Lotus Temple tu tutup pada hari Isnin. Aku ingat tempat lain yang tutup hari Isnin dan tak perasan pasal tu. Ni lah akibatnya kalo tak buat research betol-betol, main redah je kekeke. Memang salah kami jugak. Takpe, sebenarnya menurut pengalaman beberapa orang sahabat yang pernah ke Lotus Temple, diorang kata tak payah masuk pon tak apa sebat its a temple, so no need la nak masuk pon. Jadi kami berhenti tepi pagar dan snap a few gambar dari situ je. Janji ada gambar kan kekeke.

Lotus Temple dari luar pagar
Nota: Kebanyakan tempat tarikan pelancong di New Delhi, Jaipur dan Agra akan tutup pada hari Isnin atau hari Ahad. jadi rancang perjalanan anda dengan betul.
Sempat la camwhore

Bila dah habis ambik gambar dari celahan pagar, kami pun cakap kat driver tuk-tuk tu supaya bawa kami ke India Gate. Ha, sekali lagi dia demand, katanya jalan jem waktu tu sebab dah tengahari dan India Gate tu jauh dari Lotus Temple dalam 16 km so kene charge lagi Rs350. Huh! Memang betol-betol demand mamat ni, kami pon setuju je la (lagi sekali) sebab tak tau berapa sebenarnya tambang yang layak di bayar. 

OK sebenarnya, setiap tuk-tuk ada mesin meter bayaran. Sama macam meter tambang yang terdapat pada teksi di Malaysia, cuma meter-meter tersebut hanya sekadar hiasan semata-mata. hampeh kan. So suka-suka hati je diorang boleh letak harga. Total harga tuk-tuk yang kami bayar pada hari itu adalah Rs 650 (dah dekat 50 ringgit dah tu!).

Perjalanan menaiki tuk-tuk daripada Lotus Temple ke India Gate mengambil masa lebih kurang setengah jam. Agak jauh sebenarnya sebab tuk-tuk tu bukan boleh bawak laju pon + jem lagi sebab tengahari orang keluar lunch kot. Akhirnya sampai juga kami ke India Gate! Fuh memang besar la mercu tanda India ni. Bangunan seakan-akan pintu gerbang ni dibina selari menghadap Bangunan Pentadbiran Kerajaan India di New Delhi dan di belakangnya pula berdiri teguh  sebuah monumen yang dipanggil Canopy

India Gate
Peniaga kaki lima di pinggir India Gate
Nota: The India Gate is the national monument of India. Situated in the heart of New Delhi, the India Gate was designed by Sir Edwin Lutyens, inspired by the Arc de Triomphe in Paris. It was built in 1931. Originally known as the All India War Memorial, it is a prominent landmark in Delhi and commemorates the 90,000 soldiers of the Indian Army who lost their lives while fighting for the Indian Empire, or more correctly the British Raj, in World War I and the Third Anglo-Afghan War. It is composed of red and pale sandstone and granite. - Sumber Google.
Masa di India Gate, macam-macam gelagat pelancong kami lihat. Yang paling best, ramai pulak yang nak bergambar dengan kami. Hahaha terasa diri ini sangatlah retisss! Dan tak kurang juga yang curi-curi ambik gambar kami pon ada. Ye ada! Aku nampak! Kekeke.

The Canopy
See kami retiss di YINDIAAAAA.
Ramai juga orang hari ni...
The Canopy

Polis ke askar ke aku tatau la..tapi diorang jaga tugu kat situ.
Aksi wajib memasing.
Dah selesai hajat di India Gate, kami akan meneruskan perjalanan ke Sarojini Market. Ya satu tempat yang memang dah dirancang sejak awal lagi, tempat shopping yang murah. Sebenarnya bila kami baca info di internet, ramai yang cakap Sarojini Market ni tutup pada hari Isnin, tapi bila kami tanya pada local people di sana, diorang cakap Sarojini Market ni bukak setiap hari, so apa lagi ...serbu la.

Dari India Gate kami menapak sejauh 1.7 km  (check kat googlemaps) menuju ke Metro MRT (Central Secretariat Metro Station)- mak ai giler gigih kan jalan kaki dengan cuaca panasnya, berdebu bagai. Semuanya sebab dah taknak bayar tambang tuk-tuk lagi kekeke. Punyalah berkira padahal takde la mahal sangat kot sebab dekat. Oh di tengah jalan terserempak pulak dengan seorang pengembara solo iaitu Mr. Kemang! Hahah tak sangak terjumpa pulak kat situ kan.

Jalan kaki dari India Gate ke MRT Station.
 

Dari Central Secretariat Metro Station kami menuju ke INA Station melepasi 3 stesen lain dengan harga tambang Rs 12 setiap seorang. Tapi dah sampai stesen tu, terpinga-pinga pulak tak tahu arah tuju Sarojini Market. Setelag bertanya dengan seorang Meenachi di tepi tangga, beliau mengatakan yang kami kene naik tuk-tuk untuk ke Sarojini Market sebab jaraknya agak jauh dari stesen tersebut untuk berjalan kaki. Beliau siap bagi tau yang harga tuk-tuk untuk ke Sarojini Market adalah Rs30 sahaja.

Jadi dari INA Station, kami menaiki tuk-tuk ke Sarojini Market dengan harga Rs30. Memang agak jauh lokasi Sarojini Market tu dari stesen MRT...kalau menapak mau tanggal lutut. Sampai di Sarojini Market, terpegun kami bila melihat banyak giler barang dilonggok dan dilelong murah. Dah mula rambang mata dah. Macam-macam ada, dari makanan sampailah ke pakaian semuanya dijual di sini. Kedai saree pon berlambak-lambak, pilih je nak kualiti yang macamana. Masa ni lah aku dan kengkawan shopping saree tak ingat dunia. Pilih yang cantik-cantik aje sebab kalau tak cantik kompom takde orang nak nanti. Siap beli beg beranak pinak lagi untuk isi hasil tuaian kekeke. Gigih betol kami mengembara sambil mengumpul modal.

Keadaan di Sarojini Market

Lama jugak kami berkampung di Sarojini Market. Dah dekat pukul 9 malam baru kami bertolak pulang. Range harga tambang tuk-tuk dari Sarojini Market ke Hotel Sweet Home di Arakashan Road tu adalah antara Rs 110 - 130 sahaja.

Sampai di hotel, kami mandi dan pesan nasi putih untuk makan malam. Nasik putih je? Hahaha kami bawak bekal serunding ikan bilis dari Malaysia. Gile nak berjimat katanya lepas habis duit shopping. Alhamdulillah, walaupun makan malam kami simple, tapi kenyang! Badan pon dah penat, masa untuk merehatkan diri pula. Esoknya masih ada tempat yang ingin kami jejaki. So tunggu sambungan selepas ni ya.

WASSALAM.

2012-03-22

Incredible India Part 2: Qutub Minar Complex

Assalamualaikum!!!

[ Sambungan dari SINI ]
 
Setelah selesai bersarapan pagi di Smyle Inn Hostel dan menapak ke Hotel Ajanta lalu check-in di Hotel Sweet Home (fuh 3 hotel sekali gus dalam masa sehari!!!) kami pon memulakan perancangan di hari kedua untuk mula menakluki kota New Delhi. Takdelah beria benar menakluk, cuma nak ke beberapa hotspot yang sering diperkatakan oleh pelancong je. Setelah membuka buku hikmat yang dipinjamkan oleh Lily the Globetrotter, kami pon bersedia untuk menuju ke Qutub Minar! Ya, kalau tengok dalam gambar, tempat tu memang cantik! Tapi lokasinya agak jauh dari hotel yang kami duduk, lebih kurang 18 km kot? Aku lupa berapa jaraknya dari hotel kami.

Dari hotel kami melalui celah-celah lorong (ikut short cut katanya) menuju ke Delhi Metro Station.

Setelah berbincang dengan petugas hotel (John jugak namanya) mengenai cara-cara termencabar untuk sampai ke Qutub Minar, akhirnya kami pun memulakan perjalanan. Dari Hotel Ajanta kami menyelusuri lorong di celah-celah bangunan mnuju ke Delhi Metro Station yang terletak lebih kurang 20 minit berjalan kaki! Hahah gigih tak kami berjalan? Sebenarnya takde lah jauh sangat, cuma menyeberangi jambatan di atas landasan keretapi, tapi bila dah berjalan sikit tangkap gamba, berjalan sikit posing, berjalan sikit lagi melompat-lompat tu yang jadi sampai 20 minit tu.

Para Meenachi sedang menunggu bas kot.... nak kemana la tu gamaknya.
Huh tak aci betol!!! Kenapa dalam gambar nampak macam elok je jalan ni????
Lagi keadaan sepanjang perjalanan..... 
OH BY THE WAY AKU ADA TERAMBEK GAMBAR TEMPAT KENCING BERJEMAAH TU, CUBA KORANG TENGOK DALAM GAMBAR ATAS NI YANG KALER BIRU MACAM ADA EMPAT PINTU TU...TU LA DIA  pfffff.
Kami lintas atas stesen keretapi....
Dan sepanjang jambatan tu ada orang sidai benda alah ni...apa ntah. Nampak macam benang, mula-mula ingatkan bihun kekekekee. yeks.

Pemandangan yang disajikan depan mata hanyalah kesesakan lalu lintas Delhi dan keadaan yang tak berapa menyenangkan seperti kekotoran dan sampah sarap di merata-rata. Oh lupa, itu adalah perkara biasa dan aku tidak mahu sebut lagi selepas ini. Pada masa yang sama juga, kebanyakan penduduk Delhi sedang sibuk untuk memulakan hari masing-masing samada pergi kerja atau berjalan-jalan mencari mangsa. Satu tempat yang menarik perhatian kami ketika itu adalah "Ruangan Kencing Secara Berjemaah" yang disediakan di tepi-tepi jalan! Wow itu merupakan sesuatu yang baru! Tak sanggup nak ambik gambar, nanti orang cakap aku stalker diorang kencing pulak kekeke. Syuhhhhh memang tak segan silu kencing berdiri di khalayak ramai di tengah-tengah kota metropolitan. Tapi itulah budaya mereka gamaknya....biarkan.

Dan tak kurang juga yang duduk bersarapan sambil bergosip di pagi hari.
Sampai jugak kat Delhi Metro Station
Akhirnya kami sampai di Stesen MRT Metro (Delhi Station), masa tu orang punyalah ramai. Dari pintu masuk stesen kami dah nampak orang beratur! OMG kami pon kena beratur macam diorang jugak ke? Ya begitulah nampaknya. Tapi sebelum tu kene beli tiket dulu. Harga tiket dari Delhi ke Qutub Minar adalaha lebih kurang Rs19 (Untuk keterangan mengenai tambang Metro MRT boleh rujuk SINI ---> Route:-NEW DELHI -->RAJIV CHOWK (Junction) -->PATEL CHOWK -->CENTRAL SECRETARIAT (Junction) -->UDYOG BHAWAN -->RACE COURSE -->JORBAGH -->INA -->AIIMS -->GREEN PARK -->HAUZ KHAS -->MALVIYA NAGAR -->SAKET -->QUTAB MINAR).

Yang menariknya, tiket MRT ni bukan seperti tiket biasa, ia merupakan sekeping chip sebesar syiling 50 sen bewarna hitam. Chip tersebut berfungsi sebagai kad dan perlu disentuh ke pintu masuk platform dan ia mempunyai durasi masa-masa tertentu, sekiranya masa tamat maka kita dikehendaki membeli chip yang baru (pelik kan?). 

Ni dia rupa chip tersebut... eh bukan yang belakang yer.

Satu lagi yang menarik perhatian kami, sebelum masuk ke dalam ruangan platform, semua penumpang akan melalui pemeriksaan polis seperti pemeriksaan imigresen di airport. Beg kami semua diselongkar dan diperiksa satu persatu dan penumpang lelaki dan wanita diperiksa secara berasingan. Jadi, sila pastikan segala barang berharga disimpan setempat sebelum melalui pemeriksaan tersebut.

Nota: Dilarang mengambil gambar di dalam stesen MRT mahupun di dalam gerabak MRT itu sendiri or else anda akan di saman. Tengah syok-syok ambik gambar, tiba-tiba John dipanggil oleh seorang security. Oh shi* kantoi di situ, dan tak semena-mena kami pon terjebak sama sebab pergi kat John pada ketika itu kekeke. Gambar-gambar dalam stesen MRT diminta di DELETE oleh security. Setelah menerangkan yang kami tidak tahu peraturan tersebut, maka security tersebut melepaskan kami. Syukur... kalau tak entah apalah yang berlaku.
Sila ikut Yellow Line

Ok, dari Delhi Metro Station sila naik Yellow Line untuk ke Qutub Minar. Perjalanan merentasi 13 station ke Qutub Minar Station. Setelah tiba di Qutub Minar Station, kami mengambil tuk tuk untuk ke kompleks Qutub Minar dengan harga Rs 30 satu tuk tuk. Aku pon tatau berapa harga yang paling layak sebabnya Kompleks Qutub Minar tu dekat je dengan Metro Station tu, tapi memandangkan kami tak tau arah mana nak dituju maka kami naik je tuk-tuk. 

Dari jauh dah nampak menara Qutub Minar

Sampai di Kompleks Qutub Minar, kami dapat melihat ramai giler pengunjung kat situ, samada pelancong asing mahupun rakyat tempatan yang datang melawat. Ye la kan, rakyat India je dah berjuta-juta so melawat tempat sendiri tu bukan sesuatu yang asing bagi mereka. Kaunter tiket untuk masuk ke Kompleks Qutub Minar terletak berhadapan dengan pintu masuk kompleks. Kaunter untuk pelancong asing dan kaunter rakyat tempatan adalah berbeza. Harga tiket juga berbeza! Sangat diskriminasi. Untuk pelancong asing, perlu membayar Rs 250 per entry manakala untuk pelancung tempatan hanya Rs10 sahaja! Tengok tu berapa kali ganda punya harga?

Singgah beli tiket di kaunter pelancong asing.
Tiket masuk ke Kompleks Qutub Minar
Nota: Qutub Minar Complex merupakan satu mercu tanda (menara) yang menggambarkan kejayaan seorang pemerintah muslim yang pertama di Delhi. Dan di sini juga dibina sebuah masjid yang pertama di Delhi. Di samping itu terdapat beberpa makan di sekitar kompleks. Senibina parsi dan Islam menjadi tunjang utama kepada senibina di Qutub Minar. Untuk keterangan lanjut boleh refer di SINI.
 
Seperti biasa, nak masuk ke dalam kompleks kena melalui pemeriksaan keselamatan sekali lagi. Bila dah masuk je, fuh terkagum jugak la bila tengok menara setinggi lima tingkat yang diukir berbeza-beza setiap tingkat. Lagi kagum bila banyak kalimah suci diukir disekelilingnya! Masa tu apa lagi, masing-masing tala kemera tembak sana-sini. Memang best! Tak sia-sia mengharungi dugaan dan cabaran dari New Delhi ke Qutub Minar. 

Budak-budak sekolah pon ramai yang datang melawat.
Pintu masuk ke kompleks
Mengintai dulu sebelum masuk...kekeke
Antara tarikan utama yang terdapat di sini.
 
Posing dulu.
 

 

Lama jugak kami di kompleks ni, cuaca pun agak panas walaupun berangin. Keadaan cuaca pada ketika itu dah nak masuk musim panas jadi agak berbahang jugak. Bertabah je la, kena banyak minum air. Tapi kalau nak beli air mineral pastikan yang ianya di sealed dengan kemas sebab terdapat juga air mineral yang diisi semula dan dijual balik. Fuh bahaya tu, sebab tak tau dari mana sumber air yang diisi semula tu. Ingat, sila periksa dengan betol sebelum membeli air. 

Lebih kurang dua jam kami di Qutub Minar, destinasi seterusnya adalah Lotus Temple dan India Gate. Tapi di antara perjalanan ke sana, macam-macam perkara berlaku....tunggu sambungan lepas ni ok. 

WASSALAM.


2012-03-20

Incredible India Part 1: Kembara di Bumi Kari

Assalamualaikum!!!!

Alhamdulillah, semalam aku dan kawan-kawan telah selamat sampai ke Tanah Air yang tercinta dengan menaiki penerbangan Air Asia X yang penuh dengan bau sireh dan muntah manusia. 

Perbezaan masa di antara Malaysia dan India adalah 2 jam lewat.

"Kembara Di Bumi Kari" bermula setelah sekian lama perancangan kami buat. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala usaha yang kami buat untuk menjejak bumi India.Sepertimana yang dinyatakan di beberapa entry sebelum ini, macam-macam perkara perlu diselesaikan sebelum berlepas, seperti urusan visa, cuti, itinerary dan sebagainya. Tak lupa juga persediaan dari segi mental dan fizikal, semuanya mesti diambilkira. 

Ok biar aku mulakan perjalanan pertama kami ke India. Kami bertolak dari Lapangan Terbang LCCT, Kuala Lumpur pada jam 630 petang, waktu tu hujan sangat lebat! Risau juga kalau-kalau flight delay. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Urusan di LCCT berjalan lancar walau sempat lagi beli luggage kekeke.
Perjalanan dari KL ke New Delhi mengambil masa selama 5 jam setengah.
Sempat la main tembak-tembak dalam flight....
Dan mengisi arrival form....
Serta makan nasi briyani....huh not my taste....(kekeke aku memang tak makan nasi briyani ye)

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke New Delhi, India mengambil masa lebih kurang 5 jam setengah. Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi pada jam 930 malam waktu tempatan. Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi ni sebenarnya sangat besar, lebih kurang KLIA jugak. Tapi kawasan arrival dia tak berapa banyak kerusi disediakan.

Yes sampai juga akhirnya di New Delhi!!!

Cantik airport ni.....
Tandas pon ada gambar lelaki dan perempuan cantek!
 
Plan asal nak lepak saja di airport memandangkan hari pon dah malam, tapi setelah mendapat recommendation daripada seorang student warga Poland tentang sebuah hostel yang bagus dan murah, akhirnya kami pon bersetuju untuk bermalam di hostel tersebut.

Nota:  Hostel Smyle Inn terletak berhampiran dengan Arakashan Road, New Delhi dan berdekatan juga dengan New Delhi Railway Station (jalan kaki lebih kurang 5 ke 10 minit sahaja). Lokasi yang tepat mengenai Smyle Inn adalah seperti alamat berikut:-
Smyle Inn
916, Cali Chandi Wali, Main Bazaar, Pahargani
New Delhi - 110055, India
Tel: +91-11-23584076 / +91-11-23589107
Faks: +91-11-228542651 
E-Mail:   smyleinn@hotmail.com


Prepaid teksi yang kami naiki.....gomen punya katanya.

Kami mengambil prepaid teksi dengan charge Rp 400 untuk ke Smyle Inn. (Perbelanjaan luar jangka yang pertama). Maka bermulalah pemerhatian aku yang pertama tentang kotaraya New Delhi. Apa yang boleh aku simpulkan adalah (pemerhatian awal), sesak, berdebu tahap tertinggi (kalau korek hidung senang2 dapat bijih besar), kotor (sampah sarap memang merata sehingga tak tercapai akal pemikiran) dan pemandu (samada kereta, lori, bas, teksi dan tuk-tuk) semuanya tak bersistem dan tunggang langgang. Apa yang boleh di dengar hanyalah bunyi hon kenderaan di mana-mana. Mungkin bunyi hon kenderaan adalah cara mereka menggamit sesama sendiri? Wallahualam....

Nota: Memandu seperti "jalan raya ana yang punya" adalah sistem di India. Jangan hairan sekiranya kenderaan yang dipandu tiba-tiba boleh melencong bertentangan arah ataupun menyelit-nyelit di celah-celah ruang di antara kenderaan lain. Pendek kata,  Acha Saptriasa punya pesanan dalam radion tu pon tak boleh pakai...: Jangan cilok mencilok!!!!
Terkejut beruk jugak bile pemandu teksi membawa kami ke kawasan sunyi, banyak anjing dan terperuk. Dalam hati, masing-masing dah mengucap panjang.... Betulkah ini tempatnya? Memang betol-betol anak jutawan memilih jalan susah ni! 

Mana-mana berhenti je pasti ada peminta sedekah datang menggamit...hati-hati ya.

Pemandu teksi kami pon tak tahu di mana sebenarnya lokasi Hostel Smyle Inn ni. Jenuh juga dia bertanya pada orang-orang di tepi jalan dan alhamdulillah.... akhirnya jumpa jugak. Smyle Inn ni terletak di dalam satu lorong sempit di tepi jalan besar. Nak lalu lorong tu bukan main hancing dan kotor... Pasrah je la. Ini merupakan cabaran kami yang pertama. 

Lega apabila melihat keadaan hostel yang bersih dan kemas. Tak sangka pulak dalam lorong sempit dan kotor ada tempat yang bersih dan kemas! Selesai urusan check in, kami pon merehatkan diri.

Nota: Harga sewa semalam bagi sebuah bilik adalah RP 290 (lebih kurang RM 21 seorang) . Memang murah giler tapi selesa. Lokasinya juga berhampiran stesen keretapi Delhi (jalan kaki dalam masa 5-10 minit) dan sarapan pagi disediakan. Menurut kata pelajar Polland yang kami jumpa di airport semalam, sepanjang 6 bulan dia duduk di Smyle Inn dan dia berpuas hati. Hmmmm bagi kami, lokasinya tak menarik minat dan terperuk.
Keadaan di lobi Smyle Inn Hostel



Hari ke-2: Perjalanan Yang Panjang

Kami bangun pagi tu dengan semangat nak menjelajah bumi Delhi. selepas selesai mandi dan bersiap, kami cuba menghubungi Ajanta Hotel, di mana kami telah membuat tempahan dari Malaysia, tapi tak berjaya dihubungi. Selepas bersarapan pagi (simple breakfast, mango juice, toast and butter + banana) kami pun menapak ke jalan besar berhampiran stesen keretapi dan mencari lokasi Ajanta Hotel. Menurut orang-orang yang kami tanya, lokasi hotel tidak jauh dari stesen keretapi. Berikut merupakan alamat lengkap mengenai Hotel Ajanta:

 Hotel Ajanta
36, Arakashan Road, Ram Nagar,
New Delhi-110055,
Opposite New Delhi Railway Station ,India
Tel:   +91-11-29562097 / 41764563
Mob: +91-11-9810668881
Faks:  +91-11-46011606
E-Mail : info@hotelajanta.com

Hampeh, jauh jugak sebenarnya. Jenuh juga bertanya orang sana-sini...banyaknya nak menipu je. Itu budaya orang India Delhi kot. Sepanjang jalan sampah sarap tu dah jadi macam hiasan taman bunga, ada anjing merata-rata dan ludahan manusia bersepah-sepah di sana- sini. Itu semua perkara biasa di India.

Sarapan pagi yang ditawarkan oleh Smyle Inn Hostel

Kami tidak menaiki tuk-tuk memandangkan lokasi Hotel Ajanta tersebut dekat katanya. Jadi setelah berjalan lebih kurang 20 minit (termasuk sesat dan sebagainya) akhirnya kami tiba di Hotel Ajanta. Wow, memang hotel ni nampak mewah! Pintu masuk je dah nampak gah. Tapi sewa bagi double bed room hanya RM 60 sahaja! 

Menapak dari Smyle Inn ke Ajanta Hotel....tengok tu, taik lembu bersepah!
Antara gerai makanan di tepi jalan...kedai ayam tandoori.
Keadaan di hadapan Stesen Keretapi New Delhi
Beca macamni pon banyak terdapat di sini...antara pengangkutan utama.

Kami berurusan dengan petugas di kaunter mengenai booking kami. Memandangkan terdapat sedikit masalah (hadoiiii masalah lagi), bilik yang kami tempat tempoh hari tidak sesuai untuk kami (sebab hotel tu sedang dalam penambahbaikan) jadi kami ditawarkan dengan bilik yang lebih besar tetapi di hotel lain berhadapan dengan Ajanta Hotel. Hotel tersebut adalah Hotel Sweet Home di mana memiliki pengurusan yang sama dengan Ajanta Hotel. Harga juga tidak berubah, jadi kami pon mengambil keputusan untuk menginap di hotel tersebut.

Tu dia dah nampak Hotel Ajanta.
Pintu utama Hotel Ajanta... Hotel Sweet Home adalah di hadapannya.
Bilik kami untuk 2 malam di New Delhi.

Ok aku rasa cukup dulu pengenalan kepada babak pertama, kisah kami tida di Delhi dan penginapan yang kami ambil. Selepas ini kami menjelajah Delhi pula, tunggu....

WASSALAM.

2012-03-17

Teaser: Salam Taj Mahal

Assalamualaikum!!!

Update lagi...hehehe dah berapa banyak update pon tatau le. Gigih pulak time-time macam ni. Ok hari ni merupakan kemuncak kepada pengembaraan kami di India! Kami telah melawat Taj Mahal, yang katanya lambang cinta agung seorang Maharaja kepada Maharaninya. Alhamdulillah...impian untuk melihat bangunan / makam yang terkenal di dunia ni telahpon tercapai!

Terpegun sekejap apabila mula-mula nampak kubah Taj Mahal dari pintu gerbang utama. Rasa macam mimpi! Semalam sewaktu tiba di Agra, kami telah menaiki bas tempatan menuju ke Fatehpur Sikri, satu lagi monumen bersejarah yang usianya lebih tua dari Taj Mahal! Fuh kagum!

Pengalaman di Agra sama hebatnya dengan Delhi dan Jaipur. Ok esok kami akan berangkat pulang ke Malaysia. Doakan kami selamat sampai dan dapat berkongsi cerita dengan sesiapa saja yang nak tau cerita kami!

WASSALAM.

Jehan Misekin a.k.a Janggel

2012-03-16

Teaser: Not All Indian Are Bad + The Sickness

Assalamualaikum!!!

Another quick update, sepanjang berada di Jaipur urusan kami telah dipermudahkan dengan kehadiran seorang warga tempatan yang tidak terjangkau akal kami akan kebaikannya. Alhamdulillah, di sebalik kisah sedih (cewah) yang berlaku, Allah gantikan dengan kebaikan hambanya.

Mohd. Gulzar - seorang pemandu tuk tuk beragama Islam tak jemu-jemu membantu kami dalam semua segi. Dan semalam dia mengajak kami ke rumahnya untuk makan malam! Terharu dan tak pernah ada dalam itinerary kami. Family dia pon sangat baik termasuklah ayah dan ibunya, warga emas berusia lebih 70 tahun yang kelihatan masih kuat dan sweet! :)

Bagi kami, Jaipur bandar yang berbeza dengan Delhi. Lebih tenang dan kurang tercemar. Masuk hari ini juga kami bertiga masing-masing diserang cerry berry, mungkin sebab terlalu banyak makan makanan pedas. Harap-harap ianya tak melarat dan kami dapat meneruskan pengembaraan kami dengan jayanya.

WASSALAM.

Jehan Misekin a.k.a Janggel :)

2012-03-14

Teaser: Incredible India Means It Is Really Incredible!

Assalamualaikum!

Just a quick update. Alhamdulillah dah masuk hari ke tiga kami di 'Bumi Kari' dan banyak perkara yang kami lihat, dan alami. Pendek kata segala deria pancaindera terguna secara sengaja dan tidak sengaja. 

Apa yang penting kami kene terus bersatu dan setakat ni semuanya ok! (Ok bermaksud tidak perfect tetapi berjalan mengikut jadual). 

Yup, India is really INCREDIBLE and it can't be denied! .... More to explore, and many things can happen. So, please pray for our safety. Miss you guys so much! 

We do had fun here... (Sambil mode goyang kepala sambil dengar lagu hindi). 

WASSALAM.

Jehan Misekin a.k.a Janggel

2012-03-11

Counting Days to India (Part 3) : Final Preparation...Off We Go!

Assalamualaikum!!!

[Countdown: Few hours to go...]

Excited terlebih, ini sebenarnya perasaan aku sekarang. Beberapa jam lagi nak terbang le katakan... hehehe. Dalam menghitung hari nak ke India ni, macam-macam aspek perlu diambilkira. Perkara paling penting bagi aku adalah CUTI! Boleh ke aku nak ambik cuti lelama sampai 7 hari ni? Tambahan pulak travel period aku adalah pada waktu puncak kerja-kerja menimbun di opis! Arghhh memang dalam dilema sungguh. 

Alhamdulillah, bos memahami dan boleh bertolak ansur. Lagipon sejak awal tahun aku tak pernah ambik cuti ya kecuali cuti sakit selama 3 hari sebab demam denggi pada Januari lalu. So bayangkan dari bulan Januari sampai Mac baru aku apply cuti, jadi boleh consider la kan? Thanks bos! (walaupun tangan terketar-ketar jugak masa submit form hehehe). Aku ikut nasihat bos besar aku,: "Kita mesti ada keseronokan bekerja".

Yeay cuti diluluskan!!! 7 hari!


Lepas dah setel hal cuti, sekarang ni kena setel hal kerja pulak. Bayangkan dalam masa dua bulan terakhir iaitu Januari dan Mac, kene pulun habiskan mana-mana kerja yang patut. Memang penat giler! Tapi demi mencari sesuap nasik (di hotel-hotel mewah yer hehe) aku turutkan jua. Ye la, kalau kerja tak setel, mana nak bercuti dengan tenang ye tak?

Banyak lagi dilema yang aku lalui sebelum nak berangkat ke India ni. Macam-macam ada! Aku rasa kalau itu merupakan dugaan yang Allah turunkan kepada aku untuk menguji sejauh mana keimanan dan kekuatan aku mengendalikannya (oh sedikit Ustaz disitu...).Paling tak boleh blah, aku teringat masa kes tiket flight kami di cancel kan oleh Air Asia!!! OMG, masa tu memang nerves gila dan tetibe je aku rasa gelap je dunia sekeliling buat seketika. Cuba korang bayangkan perasaan korang kalau korang tengah excited giler nak buat benda yang korang suka tetibe kena kansel? Agak-agak macamana eh? Dalam situasi aku, memang aku BENGANG!.

Bukan setakat persediaan-persediaan basic saja yang perlu diambikira, persediaan dari segi kelengkapan, ubat-ubatan dan sebagainya jugak perlu aku sediakan. Masa ni la pikir nak shopping kasut baru, baju baru, seluar baru, beg baru! Wah memang POSH habis la kalau orang tengok, walhal benda-benda yang aku beli tu ada yang brand PASAR MALAM je kot! I'm not a brand chaser, apa-apa pon boleh, janji selesa. Kalau nak tahu, harga kasut yang aku pakai untuk ke India ni hanyalah RM 11.20! Kekeke murah tak!!!  Yang penting selesa.... (ops pecah rahsia kasut murah). Aku pikir, sebab keadaan di India tu agak "tak semenggah" (harap korang paham maksud aku) jadi attire pon kenalah bersesuian dengan keadaan sekeliling. Habis-habis pon, lepas pakai boleh buang je kasut tu kalau tak sanggup nak cuci! Hahaha. Takde la ralat sangat.


Kasut murah... :)


Lagi satu, kalau kite pergi ke tempat-tempat / negara-negara dunia ketiga ni, janganlah nak pakai pakaian yang menampakkan kita ni macam orang banyak duit. Kompom kita akan sentiasa dikerumuni oleh peniaga-peniaga jalanan. Percayalah, sebab kawan aku dah pernah kena masa bercuti di Bali, Indonesia tahun lepas. Aku rasa situasinya sama je dengan di India, jadi, think smart.

Ok sebenarnya banyak lagi persiapan yang kena buat sebelum ke India ni. Lain orang lain pulak caranya kan. Takpe, janji masing-masing dapat capai matlamat. Seperti dalam entry sebelum ni,, pasal preparation... banyak lagi yang penting perlu diselesaikan sebelum berangkat antaranya hal passport, Visa, itinerary dan sebagainya. Harus diingat, dokumen-dokumen ni sangat penting untuk memasuki India hatta ke mana-mana negara sekalipun (tertakluk kepada keperluan). Tanpanya, impian hanya tinggal kenangan.

OK Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali ye! 

Pssttt: Tengah pikir macamana nak menyamar kat sana supaya tak nampak macam pelancung hehehe.

Pssttt 2: Entah ber bawak keluar masuk baju dalam beg kekeke.

Pssttt 3: Kejap lagi nak sambung shopping last minute....:)

WASSALAM.
 



POPULAR POSTS