2012-03-22

Incredible India Part 2: Qutub Minar Complex

Assalamualaikum!!!

[ Sambungan dari SINI ]
 
Setelah selesai bersarapan pagi di Smyle Inn Hostel dan menapak ke Hotel Ajanta lalu check-in di Hotel Sweet Home (fuh 3 hotel sekali gus dalam masa sehari!!!) kami pon memulakan perancangan di hari kedua untuk mula menakluki kota New Delhi. Takdelah beria benar menakluk, cuma nak ke beberapa hotspot yang sering diperkatakan oleh pelancong je. Setelah membuka buku hikmat yang dipinjamkan oleh Lily the Globetrotter, kami pon bersedia untuk menuju ke Qutub Minar! Ya, kalau tengok dalam gambar, tempat tu memang cantik! Tapi lokasinya agak jauh dari hotel yang kami duduk, lebih kurang 18 km kot? Aku lupa berapa jaraknya dari hotel kami.

Dari hotel kami melalui celah-celah lorong (ikut short cut katanya) menuju ke Delhi Metro Station.

Setelah berbincang dengan petugas hotel (John jugak namanya) mengenai cara-cara termencabar untuk sampai ke Qutub Minar, akhirnya kami pun memulakan perjalanan. Dari Hotel Ajanta kami menyelusuri lorong di celah-celah bangunan mnuju ke Delhi Metro Station yang terletak lebih kurang 20 minit berjalan kaki! Hahah gigih tak kami berjalan? Sebenarnya takde lah jauh sangat, cuma menyeberangi jambatan di atas landasan keretapi, tapi bila dah berjalan sikit tangkap gamba, berjalan sikit posing, berjalan sikit lagi melompat-lompat tu yang jadi sampai 20 minit tu.

Para Meenachi sedang menunggu bas kot.... nak kemana la tu gamaknya.
Huh tak aci betol!!! Kenapa dalam gambar nampak macam elok je jalan ni????
Lagi keadaan sepanjang perjalanan..... 
OH BY THE WAY AKU ADA TERAMBEK GAMBAR TEMPAT KENCING BERJEMAAH TU, CUBA KORANG TENGOK DALAM GAMBAR ATAS NI YANG KALER BIRU MACAM ADA EMPAT PINTU TU...TU LA DIA  pfffff.
Kami lintas atas stesen keretapi....
Dan sepanjang jambatan tu ada orang sidai benda alah ni...apa ntah. Nampak macam benang, mula-mula ingatkan bihun kekekekee. yeks.

Pemandangan yang disajikan depan mata hanyalah kesesakan lalu lintas Delhi dan keadaan yang tak berapa menyenangkan seperti kekotoran dan sampah sarap di merata-rata. Oh lupa, itu adalah perkara biasa dan aku tidak mahu sebut lagi selepas ini. Pada masa yang sama juga, kebanyakan penduduk Delhi sedang sibuk untuk memulakan hari masing-masing samada pergi kerja atau berjalan-jalan mencari mangsa. Satu tempat yang menarik perhatian kami ketika itu adalah "Ruangan Kencing Secara Berjemaah" yang disediakan di tepi-tepi jalan! Wow itu merupakan sesuatu yang baru! Tak sanggup nak ambik gambar, nanti orang cakap aku stalker diorang kencing pulak kekeke. Syuhhhhh memang tak segan silu kencing berdiri di khalayak ramai di tengah-tengah kota metropolitan. Tapi itulah budaya mereka gamaknya....biarkan.

Dan tak kurang juga yang duduk bersarapan sambil bergosip di pagi hari.
Sampai jugak kat Delhi Metro Station
Akhirnya kami sampai di Stesen MRT Metro (Delhi Station), masa tu orang punyalah ramai. Dari pintu masuk stesen kami dah nampak orang beratur! OMG kami pon kena beratur macam diorang jugak ke? Ya begitulah nampaknya. Tapi sebelum tu kene beli tiket dulu. Harga tiket dari Delhi ke Qutub Minar adalaha lebih kurang Rs19 (Untuk keterangan mengenai tambang Metro MRT boleh rujuk SINI ---> Route:-NEW DELHI -->RAJIV CHOWK (Junction) -->PATEL CHOWK -->CENTRAL SECRETARIAT (Junction) -->UDYOG BHAWAN -->RACE COURSE -->JORBAGH -->INA -->AIIMS -->GREEN PARK -->HAUZ KHAS -->MALVIYA NAGAR -->SAKET -->QUTAB MINAR).

Yang menariknya, tiket MRT ni bukan seperti tiket biasa, ia merupakan sekeping chip sebesar syiling 50 sen bewarna hitam. Chip tersebut berfungsi sebagai kad dan perlu disentuh ke pintu masuk platform dan ia mempunyai durasi masa-masa tertentu, sekiranya masa tamat maka kita dikehendaki membeli chip yang baru (pelik kan?). 

Ni dia rupa chip tersebut... eh bukan yang belakang yer.

Satu lagi yang menarik perhatian kami, sebelum masuk ke dalam ruangan platform, semua penumpang akan melalui pemeriksaan polis seperti pemeriksaan imigresen di airport. Beg kami semua diselongkar dan diperiksa satu persatu dan penumpang lelaki dan wanita diperiksa secara berasingan. Jadi, sila pastikan segala barang berharga disimpan setempat sebelum melalui pemeriksaan tersebut.

Nota: Dilarang mengambil gambar di dalam stesen MRT mahupun di dalam gerabak MRT itu sendiri or else anda akan di saman. Tengah syok-syok ambik gambar, tiba-tiba John dipanggil oleh seorang security. Oh shi* kantoi di situ, dan tak semena-mena kami pon terjebak sama sebab pergi kat John pada ketika itu kekeke. Gambar-gambar dalam stesen MRT diminta di DELETE oleh security. Setelah menerangkan yang kami tidak tahu peraturan tersebut, maka security tersebut melepaskan kami. Syukur... kalau tak entah apalah yang berlaku.
Sila ikut Yellow Line

Ok, dari Delhi Metro Station sila naik Yellow Line untuk ke Qutub Minar. Perjalanan merentasi 13 station ke Qutub Minar Station. Setelah tiba di Qutub Minar Station, kami mengambil tuk tuk untuk ke kompleks Qutub Minar dengan harga Rs 30 satu tuk tuk. Aku pon tatau berapa harga yang paling layak sebabnya Kompleks Qutub Minar tu dekat je dengan Metro Station tu, tapi memandangkan kami tak tau arah mana nak dituju maka kami naik je tuk-tuk. 

Dari jauh dah nampak menara Qutub Minar

Sampai di Kompleks Qutub Minar, kami dapat melihat ramai giler pengunjung kat situ, samada pelancong asing mahupun rakyat tempatan yang datang melawat. Ye la kan, rakyat India je dah berjuta-juta so melawat tempat sendiri tu bukan sesuatu yang asing bagi mereka. Kaunter tiket untuk masuk ke Kompleks Qutub Minar terletak berhadapan dengan pintu masuk kompleks. Kaunter untuk pelancong asing dan kaunter rakyat tempatan adalah berbeza. Harga tiket juga berbeza! Sangat diskriminasi. Untuk pelancong asing, perlu membayar Rs 250 per entry manakala untuk pelancung tempatan hanya Rs10 sahaja! Tengok tu berapa kali ganda punya harga?

Singgah beli tiket di kaunter pelancong asing.
Tiket masuk ke Kompleks Qutub Minar
Nota: Qutub Minar Complex merupakan satu mercu tanda (menara) yang menggambarkan kejayaan seorang pemerintah muslim yang pertama di Delhi. Dan di sini juga dibina sebuah masjid yang pertama di Delhi. Di samping itu terdapat beberpa makan di sekitar kompleks. Senibina parsi dan Islam menjadi tunjang utama kepada senibina di Qutub Minar. Untuk keterangan lanjut boleh refer di SINI.
 
Seperti biasa, nak masuk ke dalam kompleks kena melalui pemeriksaan keselamatan sekali lagi. Bila dah masuk je, fuh terkagum jugak la bila tengok menara setinggi lima tingkat yang diukir berbeza-beza setiap tingkat. Lagi kagum bila banyak kalimah suci diukir disekelilingnya! Masa tu apa lagi, masing-masing tala kemera tembak sana-sini. Memang best! Tak sia-sia mengharungi dugaan dan cabaran dari New Delhi ke Qutub Minar. 

Budak-budak sekolah pon ramai yang datang melawat.
Pintu masuk ke kompleks
Mengintai dulu sebelum masuk...kekeke
Antara tarikan utama yang terdapat di sini.
 
Posing dulu.
 

 

Lama jugak kami di kompleks ni, cuaca pun agak panas walaupun berangin. Keadaan cuaca pada ketika itu dah nak masuk musim panas jadi agak berbahang jugak. Bertabah je la, kena banyak minum air. Tapi kalau nak beli air mineral pastikan yang ianya di sealed dengan kemas sebab terdapat juga air mineral yang diisi semula dan dijual balik. Fuh bahaya tu, sebab tak tau dari mana sumber air yang diisi semula tu. Ingat, sila periksa dengan betol sebelum membeli air. 

Lebih kurang dua jam kami di Qutub Minar, destinasi seterusnya adalah Lotus Temple dan India Gate. Tapi di antara perjalanan ke sana, macam-macam perkara berlaku....tunggu sambungan lepas ni ok. 

WASSALAM.


19 comments:

  1. marking first!!! ecehhhh.....

    benci! sayang sungguh gambo2 dalam stesen metro tuh.... hurmmmm sob sob

    ReplyDelete
  2. salah laa ko punye fakta tu. tuk2 dr qutub minar station ke tempat qutub tu hanya 30 rupees sahaja ye utk 3 org. kekeke

    ReplyDelete
  3. Qutub minar memang cun. Harge entrance fee kat attractions kat sana memang beza gile antara local dan tourist!! memang aku benci part tu..beza bukan sikit2, byk lak tuuuu

    ReplyDelete
  4. haaaaaa.... baru nak betulkan.... sebab sorang 10 rupee terus takyah fikir sebab dah murah bangat...

    ReplyDelete
  5. John:

    Oh eh aku tibai je sebb lupe kekek. ok nanti aku betolkan.

    ReplyDelete
  6. Masmz:

    huh masih lagi ke? #untungla

    ReplyDelete
  7. BlueEwoke:-

    Cantik kan tinggalan bangunan kat situ...aku suka!

    ReplyDelete
  8. tak boleh jadi ni.. aku mesti kene pergi gak ni...

    ReplyDelete
  9. pesal le muka john besepah?
    (motif???)
    part gambar posing...err...tak bleh blah le korang...tapi akak like...heheh

    ooo..mencabar gak, tgu episod seterus lagiii mencabar,kan? ...(nasib baik akak tak ikut ...heheh)

    gambar?
    kbai....
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    (cun le..ofkos..heheh)

    ReplyDelete
  10. Lavender:

    Ye, sila pegi...barula rasa pengalaman 'sebenar' kekeke.

    ReplyDelete
  11. Kak Anash:-


    Sebabnya dalam kemera dia muka saya pulak yang bersepah kekekeke.

    Cantik tak posing kami? Nama posing tu - "Menanti-tiang -senget-untuk-gugur-menyembah-bumi"

    Ala kalo akak ikut mesti kami tak terasa kemencabarannya... rugi tau!

    Gambar saya tak sehebat mana...main snap2 sambil pekup hidung je.

    ReplyDelete
  12. Harga tiket pun berkasta jugak ke. Tapi takpe kasta korang tinggi kat sana...

    ReplyDelete
  13. Mie:

    Tu la pasal.. memang main kasta-kasta jugak. kekeke.

    ReplyDelete
  14. tak ingat plak kitorang kena marah pasal amik gambar...rules baru kot! or mmg kitorang tak kena...

    pasal chip tu la aku bertekak kat station! bahlol tul, ada ke rules letak kat luar dari tempat tiket, mana orang dalam tu nak tau!

    tgk pakaian john, mmg cam orang korea/jepun/china...patut la retis! hahaha! bangga tu orang india tunjuk gambar kat kawan2 "see, this is my friend" hahaha!

    tiket masuk sungguh kasta kan??? mcm kat indon gak la...

    perghhhh gambar posing tiga sekawan tu sungguh menawan :)

    haah dalam tu panas dan berangin kan? kitorang duk nyorok2 celah tiang tu hahaha.

    lagi! LAGI!

    ReplyDelete
  15. patut jgn ikut si john time kena panggil dgn security, buat2 xkenal aje hahaha dengki.. geramnye apesal xbleh nk amik gambo dlm tren? hebat sgt kah? takut teknologi ditiru? atau aku rasa paling bernas mungkin nk elak terrorist dari merancang nk bom kot..

    tiket masuk tuh santek!!

    ReplyDelete
  16. Biqque:

    Sebelum tu pon mmg ada sorang mamat ni tegur cakap takleh amek gambar..alih2 nampak john dah sensorang kene tahan kat hujung belah sana. Nyesal pegi kat dia kalao tak selamat gambar2 aku kekeke.

    Pasal chip tu mmg aku tak penah tau pon ada cenggitu. Mula2 jenuh cari lubang mana nak sumbat chip tu rupanya main sentuh2 je hahahah DARAT sangat. kekeke.

    Joh memang retis habes..tetiap hari pakai kemeja..katanya taknak kejadian di Singapore berulang kekekeke.

    Mmg kasta.. sesuai sangat dengan budaya diorang...patutla mundur.

    Kat Qutub minar masa tu dah panas, tapi ada la angin sepoi2 bahasa yang dingin menghembus ke muka...best!

    ReplyDelete
  17. Kakak Santek:-

    Tu la, nyesal tau pg kat John..tapi kesian plak tengok sebab dia macam tak keruan je kat polis tu kekeke. kang apa2 jadi payah jugak. Last2 semua terjebak kekekee.

    Mmg tiket tu cantek. Semua tempat sama je tiket dia.

    ReplyDelete
  18. wahhhh, bertambah koleksi UNESCO World Heritage kamu ekk dengan lawatan ke Qutub Minar ni.

    ada sorang kawan Wakjan ketika mengembara secara solo ke India, masa nak beli tiket masuk mana2 tempat. dia akan periksa bayaran kemasukan harga pelancong tempatan, pastu terus bayar harga tu. semua tempat di lepas buat camtu kecuali kat Taj Mahal hahaha ...

    taktik yang berkesan pada mereka berkulit gelap atau sawo matang sahaja hehehe ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak Jan:-

      Tu la... Tambah lagi satu fridge megnet hehehehe. Ala kalo orang2 berwajah seiras diorang boleh la buat camtu. Cam kami ni terang2 murtad nye kekeke. Mau kene luku kat situ kalo berator silap line. Kekeke.

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS