2012-03-04

Food Hunter: Restoran Muhibbah, Kg. Sungai Penchala. Thanks Lily!!!

Assalamualaikum!!!

Menjelang Februari dan Mac 2012 ni dah mula ramai blogger yang start travel sana-sini.Ada yang ke Indonesia la, Vietnam la, Cambodia la dan banyak lagi. Yang aku tahu, antaranya si Chawana, masih berada di negara matahari terbit, entah bile nak balik tu...agaknya dah teringin nak jadi warga negara sana kot? Kekeke jangan la tak balik, kesian kat ayam intik kat rumah tu takde sapa nak bagi makan.

Ok berbalik kepada objektif asal, sebenarnya aku nak cerita mengenai satu majlis makan-makan yang dianjurkan oleh blogger Lily (Globetrotter), ops ianya hanya untuk invited guest only. Heheh naseb baik aku terpilih. Ok yang tak dijemput tu jangan makan hati pulak, sebenarnya Lily tu pasang hajat, nak meraikan orang-orang yang dijemput sebab pernah tolong dia buat sesuatu dulu! (sebenarnya aku pon lupa aku tolong apa haritu! Hehehe). Alhamdulillah, murah rejeki Lily, rejeki jangan ditolak ye dak?

Bertempat di Muhibah Seafood Restaurant, yang terletak di Kg. Sungai Penchala, kami pon berkumpul. Sanggup ni Kak Coco (Coco Nutz) dari Shah Alam meredah ribut petir , aku pon gigih drive merentas daerah dari Putrajaya ke Penchala tu semata-mata nak datang ke Muhibah ni. Sebenarnya aku tak tau pon yang restoran ni dah pindah ke situ. Dulu aku pernah juga makan di restoran Muhibah, tapi waktu tu mereka masih beroperasi di TTDI. Ala tak jauh pon, sekakngkang kera je dari tempat yang baru.


Macam-macam ada!
Kak Coco pon tengah berdiskusi dengan Lily untuk menu terbaik!
Dan pada malam tu, first time jugak dapat jumpa Wahidah, travel partner Lily yang selalu disebut-sebut dalam blognya. Ok takde la pendiam pon, banyak jugak cakapnya, bolehla berlawan cakap dengan John (Kaki Berangan) tu. Bila semua dah sampai maka kami pon start la order memacam...ingat, Lily yang bayar tau! Hehehe.

Alamak, Retiss dah sampai!!! Lily pulak terpegun tengok retis sampai!!!!
Nak tau apa yang kami order? Aku tak ingat la nama makanan-makanan tu, sila la tengok je pada gambar-gambar di bawah.

Asparagus Goreng Belacan....
Ayam masak apa tah, cili kot.
Yang ni sumpah aku tatau nama dia. Hehehe
Sotong Goreng Tepung....
Butter-prawn ...yummeh.
Tu dia Siakap Tiga Rasa!

Secara keseluruhannya, semua puas hati malam tu. Dapat makan free dan yang paling penting dapat lepak dan borak-borak sampai kena halau balik. Ok lain kali boleh datang sini lagi. Restoran Muhibbah Seafood beroperasi sampai jam 11.00 malam je kot sebab time tu kami dah kena halau balik. Lokasi nya sangat sesuai dan keadaan dalam restoran pon besar dan selesa. 

Kak Coco dan Wahidah sedang khusyu' menikmati ikan.
Opssss...ada yang meletakkan kepala ikan di atas pinggan! Siapa tu yer?
Oklah, sampai sini saja kisah orang belanja makan. Thanks Lily!
 


WASSALAM.

21 comments:

  1. firstttt!!!! sedapppnyaaa thanks to Lily!!!

    ReplyDelete
  2. ok dh siap komen dalam hati. sekian....

    ReplyDelete
  3. gambo lily nganga memang tak bleh blah. ;))

    ReplyDelete
  4. cish...uncle jang jahat!!!
    heheheh...
    nasib kotak2kan gambo itu...
    kalau tak..awas....(opsss..itu BUKAN gambar saya..)

    (jang??? -sejak sami bagi nama uncle jang, mcm besh je nak sebut...heheh..)

    ReplyDelete
  5. John:-

    Komen dalam hati???? OMG sangat LILY!

    ReplyDelete
  6. Maszuber:-

    Kannn, terpaku Lily bile tengok John sampai..maklumla retissss muahahaha *larikkkk

    ReplyDelete
  7. Kak Coco:-

    Incle Jang??? huh dah macam bunyik junkfood pulak.

    Yang kotak2 gambar tu bukan akak kan???kan???

    ReplyDelete
  8. mahal tak makan kt restoren muhibah ni??

    Neway, muka lily nampak John macam nampak Alien.. hehe

    ReplyDelete
  9. perlukah ibu mengandung dtg mkn before deliver? hehehhee.. muka lily terbaek..

    ReplyDelete
  10. uit sedapnye makan.. huhuhu.
    Nice Header picture ^_^

    ReplyDelete
  11. Lavender:

    Nak kata mahal sangat tak jugak...hmmm standard makanan biasa la, tak tau nak agak hehehe..

    Kekeke muka lily terkesima bila tengok John.

    ReplyDelete
  12. Ely:-

    Perlu!! Sila makan sebelum bersalin, sebab lepas bersalin kena pantang! Hahahahaaa...

    ReplyDelete
  13. yang best nye... i was very sure, tpt tok i bukan facing jalan Jang masuk, kene ngereng baru nampak dia. ehheheh.... ehheeh....pandai janggel paring the pics.

    ReplyDelete
  14. wah..apa yg korang tolong Lily sampai dpt makan free ni ha?? tak aci!! tak mo kawan...

    *sambil tutup pintu rumah*

    ReplyDelete
  15. Lily:-

    heheheh tu namanya kuasa imaginasi.

    ReplyDelete
  16. BlueEwoke:-

    Hahaha ada la, mana bleh bg tau! kekeke

    ReplyDelete
  17. tak leh tahan tgk sotong goreng tepung....

    ReplyDelete
  18. Amer:-

    kkekeke ahamdulillah....

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS