2012-03-23

Incredible India Part 3: Lotus Temple and India Gate + Sarojini Market

Assalamualaikum!!!

[ Sambung lagi dari SINI ]

Bile dah tak larat pusing-pusng di Qutub Minar Complex (walaupon tak habes pusing sebab kompleks ni sangat besar dan waktu tu dah terik nak mampos) kami pon beredar. Plan seterusnya nak ke India Gate, tapi sebelum tu boleh singgah di Lotus Temple.

Kat luar banyak orang jual ice lemon drink ni..teringin tapi tak sanggup nak beli hehehe.
Tuk-tuk yang kami naik.
Mula la kompius nak naik apa sebenarnya untuk ke tempat-tempat tu. Mula-mula plan nak naik Metro MRT, tapi bila pikir-pikir balik macam malas pulak nak bersesak-sesak dalam MRT tu dengan panas dan penat bagai (hehehe sudah mula POSH di situ) akhirnya kami mengambil keputusan untuk menaiki tuk-tuk saja ke sana. 


Macam-macam strategi sebenarnya nak bargain for the best price for tuk-tuk. Strategi pertama yang kami cuba adalah cari tuk-tuk yang agak jauh dari pintu utama. Hmmmm sebenarnya cara ni pon takda la berkesan sangat! Sebab dan orang-orang bangsa putar alam ni, mana-mana pon sama jugak asyik nak menipu je kan. Pasrah...

Kami ambil satu tuk-tuk dengan harga Rs300 satu tuk-tuk untuk ke Lotus Temple. Agak mahal sebenarnya, lebih kurang RM21 tapi sebab kami pon tatau berapa sebenarnya harga yang berpatutan, jadi belasah je la. Still under budget kot... Huhuhu.

Perjalanan ke Lotus Temple agak mencabar, dengan keadaan jalan raya yang sesak, berdebu dan masuk celah-celah lorong mana entah. Tengah sedap-sedap layan debu atas jalan tiba-tiba pemandu tuk-tuk kami berhenti di hadapan sebuah kedai kraftangan. Errrr motif? 

Katanya kami boleh tengok-tengok saree, pashmina dan macam-macam kraftangan kat situ, tak paksa beli. Boleh spent time dalam 5-10 minit katanya. Ni yang hangin ni kan, kami tak suruh pon dia berenti kat kedai-kedai mewah ni. Dah la tak berduit, tapi dia insist jugak kami turun dan tengok-tengok. Dia janji akan tunggu kami kat situ.

Ok la, kami pon turun la. Masuk je dalam kedai tu, kami disambut dengan penuh 'kasta tinggi!' Mula la orang kedai tu promote kain-kain dia. Kami tengok je dan selamba je mintak tengok kain murah-murah or else kami buat muka sambil tunjuk jari № № №!
 
Nota: itu adalah taktik setiap pemandu tuk-tuk terhadap pelancong asing. Setiap pelanggan yang mereka bawa ke kedai-kedai yang dikenalpasti, mereka akan dapat komisyen! Jadi pastikan kite kenakan balik diorang dengan tak payah beli apa-apa. So diorang tak akan dapat komisyen ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ.

Ok selepas membuang masa kat dalam kedai kraftangan yang tak tau kat mana lokasinya, kami pon kembali ke tuk-tuk kami. Nampak muka driver tuk-tuk tu pon kelat je sebab kami tak bawak keluar beg plastik berkoyan-koyan. padan muka dia, sapa suruh bawak kami shopping kat tempat mahal-mahal kekeke (bukan tak mampu, tapi tak berminat je kekeke *alasan).

Tuk-tuk pon kembali meredah kesesakan lalu-lintas, rentas sana, rentas sini, redah melawan arus and lastly sampai la depan gate Lotus Temple. Dan mamat tu dengan selambanya cakap:-

"Sorry sir, today Lotus Temple is close. Its Monday!" 

OMG rasa nak sepak-sepak je driver tuk-tuk tu. Kalau dah tau tutup buat apa nak bawak kami pergi sana kan. Sebenarnya aku pon lupa yang Lotus Temple tu tutup pada hari Isnin. Aku ingat tempat lain yang tutup hari Isnin dan tak perasan pasal tu. Ni lah akibatnya kalo tak buat research betol-betol, main redah je kekeke. Memang salah kami jugak. Takpe, sebenarnya menurut pengalaman beberapa orang sahabat yang pernah ke Lotus Temple, diorang kata tak payah masuk pon tak apa sebat its a temple, so no need la nak masuk pon. Jadi kami berhenti tepi pagar dan snap a few gambar dari situ je. Janji ada gambar kan kekeke.

Lotus Temple dari luar pagar
Nota: Kebanyakan tempat tarikan pelancong di New Delhi, Jaipur dan Agra akan tutup pada hari Isnin atau hari Ahad. jadi rancang perjalanan anda dengan betul.
Sempat la camwhore

Bila dah habis ambik gambar dari celahan pagar, kami pun cakap kat driver tuk-tuk tu supaya bawa kami ke India Gate. Ha, sekali lagi dia demand, katanya jalan jem waktu tu sebab dah tengahari dan India Gate tu jauh dari Lotus Temple dalam 16 km so kene charge lagi Rs350. Huh! Memang betol-betol demand mamat ni, kami pon setuju je la (lagi sekali) sebab tak tau berapa sebenarnya tambang yang layak di bayar. 

OK sebenarnya, setiap tuk-tuk ada mesin meter bayaran. Sama macam meter tambang yang terdapat pada teksi di Malaysia, cuma meter-meter tersebut hanya sekadar hiasan semata-mata. hampeh kan. So suka-suka hati je diorang boleh letak harga. Total harga tuk-tuk yang kami bayar pada hari itu adalah Rs 650 (dah dekat 50 ringgit dah tu!).

Perjalanan menaiki tuk-tuk daripada Lotus Temple ke India Gate mengambil masa lebih kurang setengah jam. Agak jauh sebenarnya sebab tuk-tuk tu bukan boleh bawak laju pon + jem lagi sebab tengahari orang keluar lunch kot. Akhirnya sampai juga kami ke India Gate! Fuh memang besar la mercu tanda India ni. Bangunan seakan-akan pintu gerbang ni dibina selari menghadap Bangunan Pentadbiran Kerajaan India di New Delhi dan di belakangnya pula berdiri teguh  sebuah monumen yang dipanggil Canopy

India Gate
Peniaga kaki lima di pinggir India Gate
Nota: The India Gate is the national monument of India. Situated in the heart of New Delhi, the India Gate was designed by Sir Edwin Lutyens, inspired by the Arc de Triomphe in Paris. It was built in 1931. Originally known as the All India War Memorial, it is a prominent landmark in Delhi and commemorates the 90,000 soldiers of the Indian Army who lost their lives while fighting for the Indian Empire, or more correctly the British Raj, in World War I and the Third Anglo-Afghan War. It is composed of red and pale sandstone and granite. - Sumber Google.
Masa di India Gate, macam-macam gelagat pelancong kami lihat. Yang paling best, ramai pulak yang nak bergambar dengan kami. Hahaha terasa diri ini sangatlah retisss! Dan tak kurang juga yang curi-curi ambik gambar kami pon ada. Ye ada! Aku nampak! Kekeke.

The Canopy
See kami retiss di YINDIAAAAA.
Ramai juga orang hari ni...
The Canopy

Polis ke askar ke aku tatau la..tapi diorang jaga tugu kat situ.
Aksi wajib memasing.
Dah selesai hajat di India Gate, kami akan meneruskan perjalanan ke Sarojini Market. Ya satu tempat yang memang dah dirancang sejak awal lagi, tempat shopping yang murah. Sebenarnya bila kami baca info di internet, ramai yang cakap Sarojini Market ni tutup pada hari Isnin, tapi bila kami tanya pada local people di sana, diorang cakap Sarojini Market ni bukak setiap hari, so apa lagi ...serbu la.

Dari India Gate kami menapak sejauh 1.7 km  (check kat googlemaps) menuju ke Metro MRT (Central Secretariat Metro Station)- mak ai giler gigih kan jalan kaki dengan cuaca panasnya, berdebu bagai. Semuanya sebab dah taknak bayar tambang tuk-tuk lagi kekeke. Punyalah berkira padahal takde la mahal sangat kot sebab dekat. Oh di tengah jalan terserempak pulak dengan seorang pengembara solo iaitu Mr. Kemang! Hahah tak sangak terjumpa pulak kat situ kan.

Jalan kaki dari India Gate ke MRT Station.
 

Dari Central Secretariat Metro Station kami menuju ke INA Station melepasi 3 stesen lain dengan harga tambang Rs 12 setiap seorang. Tapi dah sampai stesen tu, terpinga-pinga pulak tak tahu arah tuju Sarojini Market. Setelag bertanya dengan seorang Meenachi di tepi tangga, beliau mengatakan yang kami kene naik tuk-tuk untuk ke Sarojini Market sebab jaraknya agak jauh dari stesen tersebut untuk berjalan kaki. Beliau siap bagi tau yang harga tuk-tuk untuk ke Sarojini Market adalah Rs30 sahaja.

Jadi dari INA Station, kami menaiki tuk-tuk ke Sarojini Market dengan harga Rs30. Memang agak jauh lokasi Sarojini Market tu dari stesen MRT...kalau menapak mau tanggal lutut. Sampai di Sarojini Market, terpegun kami bila melihat banyak giler barang dilonggok dan dilelong murah. Dah mula rambang mata dah. Macam-macam ada, dari makanan sampailah ke pakaian semuanya dijual di sini. Kedai saree pon berlambak-lambak, pilih je nak kualiti yang macamana. Masa ni lah aku dan kengkawan shopping saree tak ingat dunia. Pilih yang cantik-cantik aje sebab kalau tak cantik kompom takde orang nak nanti. Siap beli beg beranak pinak lagi untuk isi hasil tuaian kekeke. Gigih betol kami mengembara sambil mengumpul modal.

Keadaan di Sarojini Market

Lama jugak kami berkampung di Sarojini Market. Dah dekat pukul 9 malam baru kami bertolak pulang. Range harga tambang tuk-tuk dari Sarojini Market ke Hotel Sweet Home di Arakashan Road tu adalah antara Rs 110 - 130 sahaja.

Sampai di hotel, kami mandi dan pesan nasi putih untuk makan malam. Nasik putih je? Hahaha kami bawak bekal serunding ikan bilis dari Malaysia. Gile nak berjimat katanya lepas habis duit shopping. Alhamdulillah, walaupun makan malam kami simple, tapi kenyang! Badan pon dah penat, masa untuk merehatkan diri pula. Esoknya masih ada tempat yang ingin kami jejaki. So tunggu sambungan selepas ni ya.

WASSALAM.

20 comments:

  1. akak first?
    hhehee
    lama tak komen gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak anash:

      Huhu akak berjaya ... Yeay...
      (Sambil sapu minyak angin kat perut)

      Delete
  2. kakaaka, terkejut aku masa jumpa korang...oi , aku rindu India, seyes, rindu gilaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemang:-

      Kannnnn macam x sangka pulak boleh jupe.
      Rindu??? ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ aku xda la rindu sangat. Just teringat je.

      Delete
  3. Alaaa aku tak pegi Sarojini market..next time la kot!!! Macam menarik je dlm tu..bersih la dari Chandni Chowk tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. BlueEwoke:-

      Ye, sarojini much bersih dari Chandni Chowk tu! Masa kami pg CC tu, tak bernapsu langsung nak shopping! Tapi bile sampai Sarojini siap ternganga lagi!!!

      Delete
  4. btw, air lemon tu mmg nampak geli gelimat sket. tapi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah:-

      Kannn, menggamit je ayor lemon tu. Mmg nampak sedap.

      Delete
  5. Gilesss gigih menapak tataw nak berapa kilometer lemonade nak sampai ke stesen metro tu....

    Na,

    Chandni Chowk tu teramat jauh beza dengan Sarojini Market. Kat sana pun terasa retis, diorang sibuk nak hidang2 air minum :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasMZ:

      Penat nak citer. Tapi bile dah borong banyak sari opkos la hidang ayor bagai!

      Delete
  6. Salam ziarah

    Baguih infor pasal india ni. pandai korang menggedik depan kamera. baguih2x. enjoy sakan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASP:-

      Thanks sebab sudi baca! :)
      Bab menggedik depan kemera memang kepakaran kami tau!

      Delete
  7. beli saree byk... cari modal balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieda:

      Mmg banyak kami beli. Berguni2. Alhamdulillah rezeki rakyat Malaysia nak pakai saree keke.

      Delete
  8. ya Allahhhhhhhh korang mmg tau, mahal gile tuk2 korang kesana sini! hahaha! mmg posh abih la! (aku mmg cheapskate gile siap bargain walaupun rs50!)

    bestnyer soppingggg! ko patut borong patu pi brickfield, bukak warung, harus laku! hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque:

      Entah la biqque, beginilah cara kami travel. Ekekke rasa macam dah murah dah sbb bagi 3 orang kan keke. Tatau la. Yg penting sampai ke destinasi.

      Mmg dah borong pon saree tu, ni pon tgah gigih menjual ni. Mau beli sari ka kaka?

      Delete
  9. Janggel,

    sila buat kiraan gambar dari atas, tak kira kanan atau kiri..gambar no. 18 tu ade bekas2 berwarna warni yang macam ade diamond2 atas tu..aku penah dpt doorgift org kawen tau bekas tu...xsgka dari india...fuih...

    ReplyDelete
  10. Travel %amp; Food Lover:-

    Ye tu adalah bekas2 bertabur kaca...cantik dan banyak dijual di sana... cantik, macam-macam saiz ada.

    ReplyDelete
  11. berani ko bagi dia nak amik gambar ko.tah2 dia nak buat utk scam kat ruangan berkenalan.ramai kot org guna gambar org lain as scam..be careful next time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fika:-

      Alamak nak masuk dalam ruangan berkenalan????? Takutnya. Ok must carefull nextime. :)

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS