2012-03-26

Incredible India Part 4: Red Fort, Jama' Masjid and Chandni Chowk Market + Sarojini Market (Again)

Assalamualaikum!!!

[ Sambung dari SINI ]

Hari kedua di New Delhi kami bermula agak lewat. Dalam pukul 9 pagi baru kami keluar dari hotel memandangkan sibuk membungkus kain saree yang berguni-guni kami beli semalam. Disamping tu kami memenuhkan perut dengan mee segera (Megi).

Pemandangan di pagi hari.. sibuk dan berjerebu.
Tatau lah ni muka polis ke, askar ke atau penjaga bangunan

Bila semua dah siap, kami pon menahan tuk-tuk di depan hotel je. Malas nak jalan jauh-jauh pergi cari tuk-tuk kat tempat lain. Lokasi pertama kami pagi ni adalah Red Fort yang terletak tak berapa jauh hotel kami.

Harga tambang tuk-tuk ke Red Fort adalah Rs100 untuk satu tuk-tuk. Sampai di kawasan Red Fort, dari jauh lagi dah nampak dinding-dinding batu tersergam indah. Tak sabar dah ni nak masuk dan posing kekeke.

Kami naik tuk-tuk ke Red Ford
Wajah-wajah New Delhi

Daripada jalan besar menuju ke kaunter tiket Red Fort agak jauh, lebih kurang 200 meter. Dan seperti di Qutub Minar, kaunter tiket untuk pelancong asing dan pelancong tempatan adalah berbeda.

Nota: harga tiket masuk ke Red Fort adalah Rs250 bagi pancong asing dan Rs20 untuk pelancong tempatan. Berhati-hati sekiranya memberikan duit besar kepada petugas kaunter kerana mereka akan cuba memulangkan baki yang tidak mencukupi kepada kita. Sebelum meninggalkan kaunter, sila kira jumlah baki anda. Ini amat PENTING!!!!
Nak masuk tempatni pon kene pass security check juga. Beg semua kene geledah dan habis satu badan kene raba kekeke. Muka polis yang jaga tu pon ketat semacam je. Sama macam polis di Qutub Minar semalam. Pepagi dah tensen katanya. Dan di sekitar Red Fort ini jugak dikawal oleh askar / polis diorang. (Sebenarnya aku kompius tu polis ke asekar kekeke)

Tu dia dah nampak Red Fort
OMG Soping dulu tau!
Pelbagai jenis kraftangan.
Bunga-bungaan di sekitar Red Fort
Cantik kan bunga-bungaan itu.

Memang cantik Red Fort ni!, bila masuk je dalam kawasan pintu gerbang kami disambut dengan deretan kedai cenderamata. OMG aku dah nampak apa yang aku nak!!!! Embroidery beg for my mom! Sangkut kat satu kedai tu agak lama, hampir setengah jam kami berkampung kat kedai tu dan bukannya satu, tapi berpuluh-puluh beg manik aku dan Johty beli!!!! Penuh 4 beg plastik sebab harga yang ditawarkan pon berpatutan compared to Khazanah at KLCC, macam langit dengan bumi!

Setelah buat perjanjian dengan tokey kedai tu (dia sangat gembira sebab kami pecah telor awal pagi as first customer kat kedai dia) dia janji akan simpankan hasil tuaian kami di kedai dia, sementara kami berlegar-legar di dalam Red Fort. Ok jugak tu sebab tak payah la membimbit beg ke sana kemari. (Dan atas dasar keyakinan pada tokey kedai. Kalau tak, jangan la berani-berani nak tinggalkan beg kat situ).

Red Fort sangat besar dan terdiri daripada beberapa buah bangunan lama dan makam yang indah. Tapi macam biasa la, takda la bersih sangat. 

Nota: After transferring his capital to Delhi from Agra in 1638, Shah Jahan commenced the construction of Shahjahanabad, and a little later, on the 16th April, 1639, he also laid the foundation of his citadel, Lal-Qila or Red Fort, known also by other names in contemporary accounts. It was completed after nine years on the 16th April 1648. The entire fort is said to have cost about one crore of rupees, half of it on the palaces.Lagi info di SINI

Masa kat Red Fort ni pon ada jugak local people yang nak bergambar dengan kami! Ohmaiii retis lagi kami hari ni. Layan je la. Agak ramai juga orang yang datang ke Red Fort hari ni. Rata-ratanya pelancong tempatan. Bagus betol la diorang ni kan, datang melancong kat negara sendiri.

Ohmaiiii retiss lagi korang kat sini?
Ukiran di dinding
Keadaan di dalam.
Nampak pulak makcik ni tengah sapu sampah.




Dah habis pusing-pusing dalam Red Fort, kami kembali semula ke kedai kraftangan tadi untuk mengambil barangan yang kami beli. Alhamdulillah tuan kedai menjaganya dengan baik. Kami keluar dari Red Fort dan sebenarnya sempat juga beli beberapa keping poskad yang dijual dalam bentuk buku. Ramai sebenarnya local yang jual poskad di luar kawasan Red Fort. Tapi kena pandai tawar harga la. Kami beli 3 buku poskad dengan harga Rs100. (Ada 36 keping)


 



Dari Red Fort kami melintasi jalan utama menuju ke Jama' Masjid. Masa tu jam dah dekat pukul 1.00 pm. Lokasi Jama' Masjid (Masjid Jamek) adalah berdekatan dengan Red Fort, boleh jalan kaki sahaja. Dan Jama' Masjid ni ada banyak pintu (gate) untuk masuk. Kami pon tak ingat masuk ikut pintu mana. 

Masa jalan kaki dari Red Fort ke Jama' Masjid, ada satu beca ni asyik la mengikut kami, katanya jalan kaki jauh la, dia offer harga murah la... Siap tunjukkan jalan nak ke Jama' Masjid (untung jugak sebab dia tunjukkan jalan, kalau tak kompom sesat)... Tapi kami tak amek pon beca dia sebab memang walking distance. Ala sedangkan jalan kaki 1.2km semalam pon boleh, inikan pulak tak sampai berapa ratus meter je kan ! *astaga riak pulak.

Perjalanan ke Jama' Masjid
Jupe pulak orang pakai pakaian pelik ni, tak salah dari Jepun / Korea sebab siap bawak kamera shooting filem lagi.

Laluan ke Jama' Masjid

Nak masuk Jama' Masjid ni kene bayar Rs200, dan masa tu orang tengah sibuk nak solat Zuhur. Kami pulak banyak sangat barang, jadi kami ambik keputusan untuk bergambar di luar saja, tak masuk pon. 

Jama' Masjid dari luar


Pintu gerbang Jama' Masjid

Lepas bergambar, kami berjalan kaki semula keluar ke arah jalan besar. Pemandu beca yang mengikut kami tadi still menunggu kami diluar! Cis tak paham bahasa betol. Kami pon tak layan dia, scary betol. Kami melalui kawasan pasar yang agak fames iaitu Chandi Chowk. Pasar Chandni Chowk ni ada jual macam-macam benda, sama macam di Sarojini Market, bezanya adalah keadaannya yang sangat kotor dan sesak. Memang kami takda selera langsung nak pusing-pusing kat situ. Kami ambil satu tuk-tuk untuk pulang semula ke hotel. Kami perlu setelkan hal bungkusan parcel untuk di pos balik ke Malaysia sebelum jam 3 petang memandangkan pejabat pos tutup pada jam 4 petang! (Awal gile).

Keadaan di Chandni Chowk
Chandni Chowk lagi....
Jemmmmmmmm..... nak balik hotel


Sampai di hotel, pekerja hotel yang banyak membantu kami dari segi bungkusan dan sebagainya. Namanya Alok. Memang baik je budaknya dan dia amat friendly. Macam-macam dia tolong kami. Sampailah kepada urusan mengangkut bungkusan ke pejabat pos!

Kelakar gile ok. Kami terpaksa naik tuk-tuk 4 orang bersama dengan 6 kotak parcel sebesar kotak kertas A4 double A. !!! Boleh bayangkan tak? Dah la terkejar-kejar masa takut pejabat pos tutup. Kekeke bila fikir-fikir balik kejadian tu, memang pecah perut ketawa.

Nampak tak kotak-kotak tu? kekekek. Alok tengah tolong usung.
Malangnya, bila sampai di pejabat pos, kami diberitahu bahawa kos penghantaran parcel ke Malaysia adalah Rs20,000!!!! Mahal gile okay! Dah cecah RM 1400!!!! Gile! Lepas tu siap boleh nego-nego harga pulak tu, nampak sangat diorang nak cekik darah! 

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk tambah jumlah lugage kami masa balik nanti. Bawak balik sendiri jauh lagi murah berpuluh kali ganda dari hantar pos!!!! 

Kami balik semula ke hotel bersama barang-barang kami. Memang flat habis masa tu tapi seronok. Lepas simpan semula barang dalam bilik, kami keluar semula ke Sarojini Market, niat nak sambung shopping lagi tu!!! Gila. Tempat-tempat macam muzium tu semua kami tak pergi, cuma lalu-lalang je naik tuk-tuk. Macam biasa, tambang tuk-tuk ke Sarojini Market adalah Rs 100.

Malam ini merupakan malam yang terakhir kami di New Delhi. Kami akan bertolak ke Jaipur menaiki train pada jam 6.05am. Sebelum tidur kami singgah makan di sebuar restoran Muslim berdekatan dengan hotel. Kat situ jumpa sorang lagi kawan baru, namanya Sagar yang katanya datang sebab ada kerja di Delhi. Dia berasal dari Kalkota, India dan bapak dia buat bisnes kat Ipoh. (Entah, macam tu ke eja? Hehehe). Semua barang yang kami beli akan kami tinggalkan di dalam loker khas di Hotel Sweet Home, thanks to Alok sebab sudi bagi simpan bagasi kat situ. Jenuh kot kalau nak mengangkut beg-beg yang banyak tu sampai ke Jaipur! ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "tak dapat nak dibayangkan.

Arakashan Road waktu malam...
Makan dulu....
Ok kisah di Jaipur pula selepas ini....

WASSALAM.

20 comments:

  1. Masuk ke Masjid pun nak kena bayar. Untuk tourist aje ke?

    ReplyDelete
  2. I 2nd!!!

    backpost retis hindi tuh lawa...ehheh yg dlm beca/besikal etc...

    btw, gambo building tuh accent red/brown ke? ehhehe..

    u tak tanya? are you 2pm or bing bang? ehheheh leh mintak otograp, ke takut danny jeles (jaga ati kawan?) hehhehe....

    lawa gambo beg maniksss

    ReplyDelete
  3. wah...
    guna kamera lily ker yang capture warna itam dan merah / itam dan kuning tuh?
    wah..fast learner looorr...
    gambar budak kecik tuh comel

    gambar kunci mangga amat sharp(made in india)..gitu...

    gambar john macam belagak!! huh!!!
    (sah..pas nih kena bahan la dengan john..)

    lagi?
    (akak dah bayangkan 6 parcel itu landing shah alam bercostkan RM1400? woowww!!!

    ReplyDelete
  4. mak aih! berkotak2 korang borong! gile mahal nak pos! aku teringat cite minah omputih ni kena lokap sbb post dadah...eiii menakutkan!

    nasib baik barang tuaian korang kat red fort tu tak hilang! hahaha! kalo dia bungkus terus bangun balik, satu hal plak nak kejar kan hahaha!

    ooo kira dalam red fort camtu la ek...ok, puas hati dah. maklum la aritu pi depan jer...

    orang jepun/korea tu lawak ok! hahaha!

    chandi chowk korang sungguh berbeza dari kitorang...kot lain la tu kita jalan kot ek...

    gambar mangga cantik! :D

    ReplyDelete
  5. kenangan masa naik tuk tuk dengan berempat kat belakang sekali dengan beriba kotak bagai memang kelakar habis.....

    Diorang kat pos tu memang nampak sangat nak mencekik darah sebab boleh pulak nak tawar2 masa tu... KIRIM SALAM! Takpe, bior kami bawak sendiri! Huh!

    ReplyDelete
  6. Mie:-

    Ye, itulah hakikatnya...untuk tourist je kot.

    ReplyDelete
  7. Lily:-

    Kannnnnnn kekekek. suka pulak nengok gambo beg mani tu.


    Sekali dia cakap RAIN...pitam.

    ReplyDelete
  8. Kak Anash:

    Ye guna kemera lily la tu, kaedah yg lily ajar juga! Berjaya tak? kekekee

    John memang berlagak kekek *tetibe

    Berangan la kak parcel tu takkan sampai pon...

    ReplyDelete
  9. hari ni berlaku sgt2 lawak...dah la penat balik pastu kene cepat2 bungkus kotak pulak..naik tuk2 dgn penuh barang2! adoyaiii...takleh lupa la der. kekeke. alih2 angkut naik kapal terbang jugakkk! mmg terbang duit kita aritu wehhh! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. John@danny:-

      Memorable moment sangat kan! Sumpah x lupa sampai bila² kekkekee.

      Delete
  10. Ala tak masuk red fort hari tu! lain kali kena pegi lagi nih..

    Aku tak penah jumpa pad lock made in India..ni first time tgk nih kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. BlueEwoke:-

      Eh korang x masuk ke Red Fort? Ingatkan korang masuk. Korang masuk fort yg mana eh?
      Tu la , cantek pulak tengok mangga tu.

      Delete
  11. yg masuk masjid kena charge tu kurang masuk akal gak.. ade penjaga punti plak..

    tetiba ade retis warna warni? errkkk.. mmng kalah john@danny! you should try this next time john@danny!

    yg saree berkoyan2 siap naik beca khas lagi.. waahhhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cawan:-

      Haah nak kene bayo tau.

      Kekke korang patut tgok pakaian diorang memang pelik habis! Ramai tau! Ala² elvis presley kalerpul!

      Tu baru saree naik beca! Yg naik tuktuk tak tengok lagi kekke lagi klako.

      Delete
  12. lawa giler gambar!

    tapi amat contra bila shining2 terang benderang orang jepun/korea tu masuk dalam kekelabu asapan india. macam alien der..

    chandni chowk ni yang pantun dalam crita kabhi kushi kabhi gham tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainul:-

      Ye ke? Thanks.

      Orang korea/jepun pakai baju tu diorang shooting samting kat sana. Tatau la retiss ke apa diorang tu. Ramai tau, ala² elvis pulak.

      Alamak tak sure la ada dalam Kabi kushi ke tak. Tak berapa menghayati filem hindustan. Keekekke

      Delete
  13. Mahalnya sampai RM1400 untuk post barang tu, memang betul lah mencekik darah. Elok ko orang bom kan ajer pejabat post tu....hehe

    ReplyDelete
  14. last skali brp ko kena hantar barang tu? aku dulu dkt delhi sehari jer.. x sempat nk pegi old delhi pon.. pegi area new delhi jer..

    ReplyDelete
  15. Andaque:

    Hahaha betul tu bro..memang mahal. so kami decided tak amek perkhidmatan mereka

    ReplyDelete
  16. Dan Arif:

    Last sekali kami bawak balik naik flight guna kaedah sorok dan peruk

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS