2012-03-11

Counting Days to India (Part 3) : Final Preparation...Off We Go!

Assalamualaikum!!!

[Countdown: Few hours to go...]

Excited terlebih, ini sebenarnya perasaan aku sekarang. Beberapa jam lagi nak terbang le katakan... hehehe. Dalam menghitung hari nak ke India ni, macam-macam aspek perlu diambilkira. Perkara paling penting bagi aku adalah CUTI! Boleh ke aku nak ambik cuti lelama sampai 7 hari ni? Tambahan pulak travel period aku adalah pada waktu puncak kerja-kerja menimbun di opis! Arghhh memang dalam dilema sungguh. 

Alhamdulillah, bos memahami dan boleh bertolak ansur. Lagipon sejak awal tahun aku tak pernah ambik cuti ya kecuali cuti sakit selama 3 hari sebab demam denggi pada Januari lalu. So bayangkan dari bulan Januari sampai Mac baru aku apply cuti, jadi boleh consider la kan? Thanks bos! (walaupun tangan terketar-ketar jugak masa submit form hehehe). Aku ikut nasihat bos besar aku,: "Kita mesti ada keseronokan bekerja".

Yeay cuti diluluskan!!! 7 hari!


Lepas dah setel hal cuti, sekarang ni kena setel hal kerja pulak. Bayangkan dalam masa dua bulan terakhir iaitu Januari dan Mac, kene pulun habiskan mana-mana kerja yang patut. Memang penat giler! Tapi demi mencari sesuap nasik (di hotel-hotel mewah yer hehe) aku turutkan jua. Ye la, kalau kerja tak setel, mana nak bercuti dengan tenang ye tak?

Banyak lagi dilema yang aku lalui sebelum nak berangkat ke India ni. Macam-macam ada! Aku rasa kalau itu merupakan dugaan yang Allah turunkan kepada aku untuk menguji sejauh mana keimanan dan kekuatan aku mengendalikannya (oh sedikit Ustaz disitu...).Paling tak boleh blah, aku teringat masa kes tiket flight kami di cancel kan oleh Air Asia!!! OMG, masa tu memang nerves gila dan tetibe je aku rasa gelap je dunia sekeliling buat seketika. Cuba korang bayangkan perasaan korang kalau korang tengah excited giler nak buat benda yang korang suka tetibe kena kansel? Agak-agak macamana eh? Dalam situasi aku, memang aku BENGANG!.

Bukan setakat persediaan-persediaan basic saja yang perlu diambikira, persediaan dari segi kelengkapan, ubat-ubatan dan sebagainya jugak perlu aku sediakan. Masa ni la pikir nak shopping kasut baru, baju baru, seluar baru, beg baru! Wah memang POSH habis la kalau orang tengok, walhal benda-benda yang aku beli tu ada yang brand PASAR MALAM je kot! I'm not a brand chaser, apa-apa pon boleh, janji selesa. Kalau nak tahu, harga kasut yang aku pakai untuk ke India ni hanyalah RM 11.20! Kekeke murah tak!!!  Yang penting selesa.... (ops pecah rahsia kasut murah). Aku pikir, sebab keadaan di India tu agak "tak semenggah" (harap korang paham maksud aku) jadi attire pon kenalah bersesuian dengan keadaan sekeliling. Habis-habis pon, lepas pakai boleh buang je kasut tu kalau tak sanggup nak cuci! Hahaha. Takde la ralat sangat.


Kasut murah... :)


Lagi satu, kalau kite pergi ke tempat-tempat / negara-negara dunia ketiga ni, janganlah nak pakai pakaian yang menampakkan kita ni macam orang banyak duit. Kompom kita akan sentiasa dikerumuni oleh peniaga-peniaga jalanan. Percayalah, sebab kawan aku dah pernah kena masa bercuti di Bali, Indonesia tahun lepas. Aku rasa situasinya sama je dengan di India, jadi, think smart.

Ok sebenarnya banyak lagi persiapan yang kena buat sebelum ke India ni. Lain orang lain pulak caranya kan. Takpe, janji masing-masing dapat capai matlamat. Seperti dalam entry sebelum ni,, pasal preparation... banyak lagi yang penting perlu diselesaikan sebelum berangkat antaranya hal passport, Visa, itinerary dan sebagainya. Harus diingat, dokumen-dokumen ni sangat penting untuk memasuki India hatta ke mana-mana negara sekalipun (tertakluk kepada keperluan). Tanpanya, impian hanya tinggal kenangan.

OK Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali ye! 

Pssttt: Tengah pikir macamana nak menyamar kat sana supaya tak nampak macam pelancung hehehe.

Pssttt 2: Entah ber bawak keluar masuk baju dalam beg kekeke.

Pssttt 3: Kejap lagi nak sambung shopping last minute....:)

WASSALAM.
 



20 comments:

  1. kekadang bile dh trlebih prepare pun boleh jadi kelam kabut jugak.. hahaa.. bagus kalo semua dh ready.. ammaaaa..

    wahhh smlm soping sakan retis membeli belah kat Uptown Danau Kota.. :p

    ReplyDelete
  2. Hahahaah..excited jugak ni!!

    Dan aku paham perasaan ko bila AA buat taik announce cancel flight bagai, mcm gelap kejap dunia!! cis..nasib baik semua ok pastu..

    Kasut murah senang nk campak bila balik dari India nanti kot2 la terpijak taik lembu tiap2 ari kekekekek...

    Selamat berjalan..jgn lupa diri!!

    ReplyDelete
  3. Cawan:

    Haah kekadang dh prepare pon still lacking sana sini.. Tapi sebb dah prepare so takde la ralat sangat kalo ada terkelam kabut mana² hehehe...

    Retisss sangat kannn hahaaa

    ReplyDelete
  4. BlueEwoke:-

    Hahah tau takpe!!! Dah berdebar2 dh ni! Debaran dia sama macam tgu nak First komen kat blog kak Anash *tetibe keekekkeek..

    Tu yg aku pikirkan, sampai epot je nanti bleh campak dalam tong sampah kasut tu ekkekekee.

    Doa2kan kami x lupa diri!!!

    Ish john ni dah bangun ke belom tah.

    ReplyDelete
  5. alamakkk! baju2 aku sume menampakkan aku mcm orang kaya. camne? hahaha. takpelah, aku nk amek gunting koyak2 kan yg mana patut nnt. kekek. kasik nampak mcm pengemis. huhhu.

    tak sabarnya lagi beberapa jam je!!!

    btw, entry ko ni sgt berdrama! #untungla ade kwn suka berdrama.

    ReplyDelete
  6. John:

    Takpe john, ko kan POSH , so kene la nampak kaya! Hahahaahaa!!! *sengal

    Ye akulah dramaking! I like. Maklumla dolu2 suka tgok drama Swasta merangkap K-Pop ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮.

    #untungla ko kawan dengan aku!!!! #bertabahlah

    ReplyDelete
  7. Alamak masih mohon pakai borang bagai... kiatorang mohon cuti semua online... hehe, tak payah ngadap boss.

    Anyway selamat bercuti dan bergumbira...

    ReplyDelete
  8. Mie*:

    Heheh mmg kuno sket, dua² kena pakai (borg dan online) lagi pon nak kene mintak kelulusan ke luar negara kene attach skali borang ekkekeke.

    Thanks.

    ReplyDelete
  9. bior kasut murah, sebab nanti kalo terpijak taik or randuk air kencing, ko tak heran! hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biqque:-

      Ko lupa satu lagi... Ludahan sireh hahhahaa

      Delete
  10. biqque
    takkan sampai tahap taik bersepah? iskk terus tak mau pi india.


    john tu ala ala retis harus kena kepung nanti. menyamarlah jadi gelap berbaju comot ke.


    zany

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zany:-

      Bukan setakat taik yg besepah, kencing pon merata laaaaaa

      Delete
  11. wahhhh, gi India siap beli 'kasut kungfu' lagi tu ahaksss ...

    lepas ni, cuba pulak up lagi tempoh percutian tu. macam Wakjan zaman dulu2 juga, mula dari cuti selama 5 hari, membawa ke 7,8,10, 12 & paling lama 14 hari.

    'menggeletar tangan' masa nak submit cuti ? adoyaiiiii ... nasib Wakjan & rakan sekerja apply cuti secara online dalam sistem hehehe ...

    p/s: tuan tanah, minta pembatalan "words verification" boleh tak ? IQ saya bawah 75, jadi akan mendatangkan masalah hahaha ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak jan:-

      Susah la nak coti lelama.... Biasala, nanti ada yg masam muka...

      Nanti balik saya disablekan la WV tu.

      Delete
  12. Tak leh nak komen sebab bedebor gak nih..
    Huhu
    Selamat la korang besoping di sana..
    (Sambil kesat hingus kat alas meja..)
    -memang tak sopan langsung!!

    K anash

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash:-

      Sila jangan sebor2 jugak... Semoga dah tak sesema.

      Delete
  13. ye lar..tak semenggah~hahaha
    abis tiket flight dah setel ke??..
    tak yah shopping sgt kt cni..shopping kt sana jer..hehe

    ReplyDelete
  14. Adam:-

    Alhamdulillah skg tengah progresssss.......

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS