Cambodia: The Kingdom of Wonder (Part 1) - Dari Tawau Ke Siem Reap
Assalammualaikum!!! Apa khabar semua? Dalam mengharungi jerebu yang maha hebat melanda Malaysia dan negara-negara jiran yang lain, diharapkan semua pembaca blog aku ni dapat menjaga kesihatan masing-masing ye, kurangkan aktiviti di luar rumah dan banyakkan minum air masak. Kalau boleh pegilah travel ke luar negara yang takda jerebu! Hiks ( optional lols ). Tibalah masanya aku menulis pasal trip aku, Kaki Berangan (John) dan Kaki Jalan (MasMZ) ke Cambodia ...lebih spesifik ke Siem Reap dan Phnom Pehn pada September 2015 yang lalu. Sebenarnya trip ni dah lama di rancang, setahun yang lalu kot. Masa tu John masih di Berm dan dia yang beria mengajak aku dan MasMZ dan dia jugak yang belikan tiket AA yang katanya tengah promo masa tu. Jadi memandangkan aku ni memang tak ada langsung trip oversea tahun ni selain ke Macau pada February haritu, aku setuju je la. Bayar duit tiket kat John pun secara ansuran! Hahaha punyalah sengkek. Ok cukup cerita pasal tiket, aku tak ingat b...