Posts

Showing posts from December, 2020

Tahun 2020 Yang Unik Dan Berbeza

Image
 Assalammualaikum!!! Terkejut jugak kan know-know muncul entry terbaharu. Di akhir tahun 2020 pulak tu. Macam tu lah, bila mood tu tetibe datang, maka timbullah idea dan muncullah entry di blog yang sendu. (Walaupun dah lama canang nak bersara jadi blogger hiks). Tahun 2020 yang unik dan berbeza. Aku pasti ramai yang terkesan dan merasai kelainannya tahun 2020 daripada tahun-tahun sebelumnya. Ye lah, seumur hidup aku (kita) tak pernah terjadi duduk di rumah, jangan keluar ke mana-mana melainkan jika ada urusan penting....selama berbulan-bulan pulak tu. Pasti itu merupakan salah satu kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidup. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama kali diadakan pada bulan Mac 2020, siapa sangka sampai tarikh 31 Disember 2020 ni pun PKP masih berkuatkuasa di Malaysia. Itu belum kira yang PKPB, PKPD, PKPP dan pelbagai abjad lagi selepas itu...entah sampai bila pun tak tahu. Yang paling penting pengalaman duduk di rumah sewaktu PKP fasa 1 dulu mengajar...