Perghhh Its Perth! Part 5: Cape Leeuwin, Augusta

Assalamualaikum!!! [ Sambung dari SINI ] Hari ketiga merupakan hari terakhir kami berkembara penuh di bumi Western Australia. Tak sempat la nak cover semua sebab aku cuti pun sekejap je. Selepas gigih memandu berjam-jam semalam dan singgah menyaksikan sunset di Lake Clifton, kami melalui pekan Margaret River dan akhirnya sampai ke Augusta pada jam 9.30 malam. Kami terus menuju ke Clovelly Holiday Unit, Augusta. Senang je nak cari motel ni sebab ia terletak betul-betul di tepi jalan di pekan Augusta. Seperti semalam, memang owner motel dah tido, tapi setelah menekan loceng di pintu, maka muncullah seorang pakcik tua di muka pintu, umur dalam lingkungan 60an kot. Dengan wajah risau siap tanya kami sesat kemana. Aku pon menjelaskan apa yang berlaku. Pakcik tu kata dia taknak lama-lama uruskan kami malam tu sebab cuaca sejuk dan kesiankan kami yang baru sampai. Selesai ambil kunci dan buat bayaran, dia térus bawak kami ke dua buah rumah yang disewa. Setiap rumah ad...