Posts

Showing posts with the label Bangkok Cafe

THAILAND: Mencari Breakfast di Sarnies Cafe, Bangkok

Image
Bangkok pagi-pagi dah hidup. Kat luar, jalan raya sesak dengan kereta, motor bersimpang-siur, bunyi hon bersahut-sahutan. Kami pun awal pagi dah bangun, mata masih kuyu, tapi perut dah mula buat konsert. Pagi ni, misi kami nak sarapan kat Sarnies Cafe.   Order Grab dari hotel, malas nak fikir pasal jalan. Sepuluh minit je, driver drop kami kat depan sebuah bangunan lama. Dari luar, Sarnies ni nampak old-school, rumah kedai zaman dulu yang direnovate jadi cafe hipster. Dinding bata merah, pintu kayu besar, tingkap kaca tinggi, nampak klasik, tapi ada aura cool.   Masuk je dalam, bau kopi pekat terus sambut. Aroma biji kopi yang baru digiling campur dengan bau roti bakar dan butter cair, perut aku automatik berbunyi. Cafe ni dua tingkat, tapi penuh gila. Ada yang datang solo, ada yang tengah meeting sambil buka laptop, ada geng-geng pelancong macam kami yang nak try makanan viral.   Kami dapat meja kat tengah-tengah cafe. Cahaya matahari pagi masuk samar-sama...

THAILAND: Lagi Kisah Sunset Di Sungai Chao Phraya - Vivi The Coffe Place, Bangkok

Image
Aku duduk di Vivi The Coffee Place, sebuah kafe kecil yang tersembunyi di tepi Sungai Chao Phraya. Walaupun agak jauh dari jalan utama, tempat ini tetap menjadi pilihan bagi mereka yang mahu menikmati secawan kopi sambil menyaksikan keindahan Bangkok di waktu senja. Dinding putih dengan sentuhan biru lembut memberi suasana tenang, ditambah dengan kerusi-kerusi kayu yang menghadap sungai. Di hadapan aku, segelas latte ais sudah separuh habis. Aisnya mula mencair, tapi aku tak kisah. Angin petang bertiup lembut, membawa aroma kopi dan bayu sungai yang menyegarkan. Dari meja ini, aku dapat melihat pelbagai bot pelancong melintas, ada bot panjang kayu dengan bumbung tradisional, bot ekspres yang meluncur laju membawa pekerja pulang, dan bot makan malam yang berkelip-kelip dengan lampu romantik. Di meja sebelah, sekumpulan perempuan warganegara Tanah Besar masih setia menunggu. Aku perasan mereka dah di situ lebih lama daripada aku, mungkin menantikan saat yang sama, matahari terbenam di ka...

THAILAND: Merakam Sunset Di Pinggir Sungai Chao Phraya, Bangkok : Eagle Nest Bar

Image
Petang tu, aku, Eerie, dan Umar tak ada plan spesifik. Jalan punya jalan, tiba-tiba kami terjumpa satu kafe yang nampak chill: Cafe Eagle Nest. Dari luar nampak biasa je, tapi bila naik atas, fuh! View dia memang padu. Depan mata, Wat Arun tersergam indah, dengan sungai Chao Phraya mengalir tenang. "Weh, kita lepak sini sampai sunset!" Eerie terus buat keputusan tanpa bincang. Aku dengan Umar saling pandang, angguk setuju. Lagipun, tempat ni rare gila. Masalahnya, semua spot best dah hampir penuh. Jadi, siapa cepat, dia dapat! Kami gigih cari meja yang paling strategik sambil pesan minuman, janji boleh duduk lama. Kalau tak order, tak boleh lepak lama-lama, jadi masing-masing ambil minuman paling murah. Masa baru pukul 4 petang, matahari masih terik. Panas merembang, tapi angin sungai sesekali menyapa buat rasa nyaman sikit. Bot-bot lalu lalang di sungai, ada yang bawa pelancong, ada bot panjang yang penuh barang. Kadang-kadang ombak dari bot besar buat air sungai berkocak ga...