Posts

Showing posts with the label Eat Travel Write

KL Car Free Morning – Kayuhan Sempoi di Tengah Kotaraya dan Banglo 289

Image
Pagi Ahad, Kuala Lumpur berubah wajah. KL Car Free Morning , program yang diadakan dua kali sebulan, mengubah jalan utama seperti Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, dan Jalan Sultan Ismail menjadi zon bebas kenderaan. Dari jam 7 pagi hingga 9 pagi, kawasan ini hanya dibuka untuk basikal, pejalan kaki, dan aktiviti rekreasi lain. Aku bersama Kori, Lizzy, dan Keri mengambil peluang untuk sertai program ni. Dengan basikal masing-masing, kami berkumpul di Dataran Merdeka sebelum memulakan perjalanan. Suasana di sini sangat hidup, dari basikal klasik ke model moden yang dihiasi lampu LED, semuanya ada. Orang ramai, termasuk keluarga dengan anak kecil, berkumpul untuk menikmati pagi tanpa gangguan trafik. Perjalanan kami bermula dari Dataran Merdeka ke Jalan Raja Laut. Laluan yang biasanya sibuk kini terasa seperti taman rekreasi terbuka. Udara lebih segar, tanpa bunyi hon atau asap kenderaan. Kami nampak ramai yang berjoging, berjalan santai bersama haiwan peliharaan, malah ada yang bermai...

Eat, Travel, Write & Doodle X Citrawarna 2016

Image
Assalammualaikum! Pada 24-26 September 2016 yang lalu telah berlangsung program Eat | Travel | Write and Doodles 2016 (ETWD 2016) buat julung kalinya kedua-dua program Eat | Travel | Write dan Eat | Travel | Doodle digabungkan menjadi satu! Anjuran semestinya dari GAYA TRAVEL MAGAZINE dengan kerjasama pelbagai pihak terutamanya Citrawarna Kuala Lumpur 2016, MYMOTAC, Tourism Malaysia, Starbucks Malaysia dan banyak lagi. Official Sponsors of ETWD 2016! Objektif utama program ETWD 2016 ini adalah untuk membawa para Bloggers dan Media ( social media influencers ) melihat tarikan-tarikan TERKINI di sekitar Kuala Lumpur dan bersempena dengan program Citrawarna Kuala Lumpur 2016 yang berlangsung di Dataran Merdeka pada masa yang sama. Kali ini, pengamal media dan blogger dari negara-negara Asean yang turut serta adalah dari Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur oleh pihak pengajur antaranya melawat KL Birds Park , meno...