Jogja, The Real Java (Part 2): Gunung Merapi dan Dieng Plateu di Daerah Jawa Tengah
Assalammualaikum!!! [ Sambungan daripada part 1 ] Setelah puas berehat di POP! Hotel, kami bangun pagi dengan penuh ceria! Dah berjanji dengan pak supir supaya datang jemput kami jam 8.30 pagi, oleh yang demikian, kami siap awal pagi tu untuk breakfast . Kalau nak tau, matahari sangatlah awal muncul kat Jogja ni, pukul 5.30 dah terang! Haish. Waktu breakfast di POP! Hotel bermula pada jam 7am sehihgga 10am. Alhamdulillah ada jugak la breakfast, kalau tak jenuh jugak nak cari kedai makan pepagi ni kan. Ada dua jenis nasi disediakan iaitu nasi pecal dan nasi lemak ayam (sebenarnya nama dia lain, aku lupa apakah namanya), dan minuman panas seperti kopi dan teh ada disediakan (free flow) . Nak dijadikan cerita, aku boleh terjumpa pulak dengan kawan aku yang sama duduk kat hotel tu! Keciknya dunia kekeke. Sarapan pagi yang dibungkus daun pisang! Tu dia, memang Embah aku kat Kampung salu masak macam ni dulu. Dah settle sarapan pagi, kami bersiap-siap un...