Thailand Overland Trip Part 1: From Shah Alam To Hat Yai
Assalamualaikum!!! Minggu ni agak kucar-kacir sikit sebab banyak out station dan agak cuak sebab nak cuti. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Ok aku nak mulakan cerita Overland Trip ke Krabi, Thailand. Segala-galanya bermula sejak 5 bulan yang lalu, ketika kami (aku, MasMZ, Danny yang pada ketika itu dikenali sebagai John dan Kak Coco ) bercuti ala-ala anak jutawan menaiki Star Cruise Libra di Penang . Terdetik masa tu nak ke Krabi melalui jalan darat dan sejak itu macam-macam plan dan macam-macam halangan kami lalui. Akhirnya Alhamdulillah, plan kami berjaya dilaksanakan. Ok secara dasar, plan kami akan bertolak dari KL pada hari Jumaat malam, 27 April 2012, tapi atas desakan kerja, Kak Coco terpaksa akur dengan kehendak bos untuk mengangkat tangannya pada hari Sabtu . Jadi kami terpaksa ubah plan ke Plan B di mana, aku, Kak Coco dan Danny bertolak dari KL pada pagi Sabtu . Hahah belom apa-apa dah ada macam-macam #drama! Perjalanan ke Ipoh mengambil masa 2...