Posts

Showing posts with the label JanggelXSwitzerland

Geneva: Pusing-Pusing Lagi di Old Town Geneva – Kembali Juga Aku Kat Sini

Image
Kalau tahun lepas aku dah siap ucap “goodbye Geneva” dengan penuh gaya, feeling macam last trip ever, kali ni aku sendiri pun tak sangka dapat jejak kaki balik ke sini. Kadang hidup ni memang suka buat plot twist tanpa warning. Jodoh aku dengan Geneva ni kuat sungguh agaknya. Hahahaha. Pagi tu, lepas settle urusan kerja yang entah berapa kali buat aku tarik nafas panjang (layan kerenah manusia ni boleh buat burnout tau), aku pun decide untuk ambil masa jalan-jalan sorang di Old Town Geneva, tempat yang memang penuh sejarah, penuh nostalgia, dan yang penting…tenang sikit dari hiruk-pikuk. Mula-mula aku naik ke St. Pierre Cathedral, gereja lama yang iconic tu. Tangga dia boleh tahan tinggi jugak, tapi bila sampai atas, view dia memang berbaloi. Dari luar bangunan tu sendiri pun dah cukup buat aku kagum – seni bina lama yang penuh detail, dengan dinding batu dan menara tinggi yang menjulang. Aku jalan keliling sekejap, ambil gambar dan tengok sekeliling. Orang ramai keluar masuk dengan te...

GENEVA: Pasar Minggu Plainpalais: Antara Antik, Nostalgia dan Keranda Google

Image
Pagi tu sebenarnya kami semua macam malas nak keluar. Hari minggu kan, cuti sehari yang patutnya dihabiskan dengan bergolek atas katil hotel sambil scroll IG. Tapi entah macam mana, masa tengah sembang dalam group WhatsApp malam sebelumnya, tetiba sorang kawan share gambar keranda. "Eh, apa hal kau hantar gambar keranda ni?!" "Tu la Plainpalais Flea Market yang korang ajak pergi tu… Aku Google, ni keluar gambar dia." Serius, gambar tu memang ada keranda siap bertutup elok. Macam props cerita seram. Satu group terus riuh. "Ni pasar ke kubur?", "Ni jual barang ke jual nasib?" semua dah mula buat lawak. Tapi sebab nak tahu sangat betul ke tak, kami tetap nekad nak pergi esok pagi. Lepas sarapan roti keras dan kopi instant kat hotel, kami naik tram menuju ke Plaine de Plainpalais. Lokasinya senang je nak cari, padang besar terbuka, macam satu kawasan festival tapi penuh dengan gerai-gerai jual barang terpakai. Dari jauh dah nampak warna-warni payung,...

LAUSANNE: Sehari di Lausanne: Bila Plan Last Minute Jadi Realiti

Image
Cuti sehari yang rare jatuh hari Sabtu ni, memang tak boleh dilepaskan macam tu je. Sembang punya sembang, keluar idea: “Jom day trip esok.” Tapi macam biasalah, semua semangat lain arah, ada yang nak ke Bern sebab nak tengok parlimen Swiss, ada yang cadang Annecy sebab nak tengok tasik dan swan. Tapi bila fikir pasal masa, duit, dan tenaga, semua perlahan-lahan reda. Last-last aku cakap, “Apa kata Lausanne je? Dekat, tak stress sangat.” Bila buka apps SBB, tengok tiket train dari Geneva ke Lausanne CHF15.60 je. Semua pun angguk. Plan jadi. Tiket dibeli dalam 5 minit. Esok pagi, janji jumpa kat Gare Cornavin pukul 8:00 pagi. Senang cerita. Terlepas Train & Kantoi Dalam Gerabak Esok paginya... biasalah. Misi paling sukar: bangun awal. Ada yang snooze alarm sampai tiga kali, ada yang tengah packing bekalan breakfast sambil jalan. Sudahnya, kami sampai lambat dan terlepas train. Panik kejap. Tapi sebab semangat nak berjalan tu lebih besar dari rasa bersalah, kami terus naik train sete...

EPILOG: Subuh di Lac Leman, Switzerland

Image
Pagi itu, Lac Leman menyambut aku dengan langit yang perlahan-lahan berona merah jambu, lembut dan dingin. Matahari musim bunga terbit perlahan di sebalik pergunungan Alps yang masih berselimut salji nipis. Angin pagi menyapa wajahku, tidak lagi tajam seperti musim sejuk, tapi cukup untuk mengingatkan bahawa di sini, masa bergerak mengikut aturan yang damai. Perjalanan kali ini terasa sedikit berbeza. Langkahku lebih perlahan, mungkin kerana rasa rindu yang menebal atau mungkin kerana perjalanan ini membawa lebih banyak renungan daripada sebelumnya. Hari-hari terasa panjang, seolah-olah tasik ini mahu aku benar-benar menyelami setiap detik dan makna di sebalik perjuangan ini. Masih ada beberapa hari lagi sebelum aku pulang ke tanah air. Masih ada ruang untuk berjuang, berbicara, dan menyampaikan suara yang kadangkala tenggelam dalam lautan birokrasi antarabangsa. Tapi pagi ini, sebelum semuanya bermula semula, aku izinkan diri untuk diam sebentar. Melihat matahari menyinsing perlahan, ...

SWITZERLAND: Sepetang Di Promenade de la Treille, Geneva

Image
Petang itu, aku duduk je kat bangku kayu panjang ni, sambil tangan pegang kopi panas yang baru beli dari kedai dekat-dekat sini. Tak ada rush, tak ada apa-apa nak kejar. Cuma duduk dan menikmati suasana petang yang semakin menghampiri senja. Tempat ni, Promenade de la Treille , memang best untuk chill kalau kau datang ke Geneva. Kalau kau datang dari Old Town, kau boleh terus jalan kaki je, nak ke sini. Lokasinya tak jauh dari Cité (area yang penuh dengan bangunan bersejarah) dan Saint Pierre Cathedral . Senang je nak cari. Kat sini ada satu benda yang famous, iaitu bangku kayu terpanjang di dunia. Kalau kau nak tahu, bangku ni sepanjang lebih kurang 120 meter, dan bila duduk kat situ, rasa macam dunia berhenti sekejap. Kau boleh nampak pemandangan bandar Geneva yang cantik, dengan pokok-pokok chestnut yang berbuah, dan kalau matahari tengah terbenam, view dia memang magical. Hari tu cuaca elok sangat, tak terlalu panas, tak terlalu sejuk. Angin ringan je, sejuk sikit, tapi still nyam...

SWITZERLAND: Sepetang Di Lac Léman, Geneva.

Image
Langit Geneva petang itu biru sempurna, dihiasi gumpalan awan putih seperti lukisan yang menggantung di atas Lac Léman. Aku berdiri di tepi tasik, memandang jauh ke arah permukaan air yang berkilauan, seperti taburan berlian yang dipancarkan oleh cahaya matahari. Kebetulan aku baru selesai berkeliling bandar, dan rasa penat mula menyelinap ke tubuh. Tiba-tiba mataku tertancap pada sebuah bot yang sedang berlabuh di jeti. “Eh, naik bot free?” Aku bertanya sendiri sambil tersenyum. Rezeki jangan ditolak. Cepat-cepat aku berjalan ke arah jeti, menyelinap masuk ke barisan yang tak terlalu panjang. Sekilas pandang, aku perhatikan ramai orang tempatan bersidai di tepian tasik, menikmati sinar matahari. Ada yang duduk bersantai sambil membaca buku, ada juga yang berenang atau sekadar mencelup kaki di air jernih itu. “ Let’s go! ” Aku berbisik pada diri sendiri sambil melangkah naik ke atas bot. Di atas bot, suasananya meriah tetapi tenang. Ada keluarga yang ketawa riang, pasangan yang berb...