Posts

Showing posts with the label JanggelXThailand

THAILAND: Lagi Kisah Sunset Di Sungai Chao Phraya - Vivi The Coffe Place, Bangkok

Image
Aku duduk di Vivi The Coffee Place, sebuah kafe kecil yang tersembunyi di tepi Sungai Chao Phraya. Walaupun agak jauh dari jalan utama, tempat ini tetap menjadi pilihan bagi mereka yang mahu menikmati secawan kopi sambil menyaksikan keindahan Bangkok di waktu senja. Dinding putih dengan sentuhan biru lembut memberi suasana tenang, ditambah dengan kerusi-kerusi kayu yang menghadap sungai. Di hadapan aku, segelas latte ais sudah separuh habis. Aisnya mula mencair, tapi aku tak kisah. Angin petang bertiup lembut, membawa aroma kopi dan bayu sungai yang menyegarkan. Dari meja ini, aku dapat melihat pelbagai bot pelancong melintas, ada bot panjang kayu dengan bumbung tradisional, bot ekspres yang meluncur laju membawa pekerja pulang, dan bot makan malam yang berkelip-kelip dengan lampu romantik. Di meja sebelah, sekumpulan perempuan warganegara Tanah Besar masih setia menunggu. Aku perasan mereka dah di situ lebih lama daripada aku, mungkin menantikan saat yang sama, matahari terbenam di ka...

THAILAND: Perkampungan Karen Long Neck (Chiang Mai)

Image
Pagi itu, aku bangun dengan semangat yang luar biasa. Sebenarnya kami tak ada apa-apa plan yang spesifik bila di Chiang Mai ni, main redah dan google sahaja apa yang kami rasa berminat untuk pergi. So hari ini setelah berbincang antara aku, Eerie dan Umar, akhirnya kami memutuskan untuk ke Perkampungan Karen. Ye lucu bunyinya, tapi di situlah tempatnya keunikan suatu masyarakat tradisional yang masih wujud sehingga ke hari ini: Karen, Long Neck Village. Lepas sarapan ringkas di hotel, kami bersiap untuk misi hari ini. Teksi yang kami sewa semalam tiba tepat pada masanya. Pemandunya, Pak Somchai, seorang lelaki pertengahan umur dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Ramah gila orangnya. Dia siap bercerita tentang Chiang Mai sepanjang perjalanan, macam GPS hidup versi tempatan. “Kita akan lalu kawasan bukit sikit. Jalan berliku, tapi pemandangan cantik,” kata Pak Somchai sambil membelok ke jalan kecil yang dikelilingi kehijauan. Sepanjang perjalanan, mata aku tak lepas dari menikmat...

Koh Lipe, Thailand: Trip Pendek Dengan Para Diva Utara

Image
Assalammualaikum!!! NOTA: KISAH NI ADALAH PADA JANUARI 2020 SEBELUM PKP BERMULA DI MALAYSIA ;p Macamana keadaan semua sepanjang tempoh PKP  ni? Samasamalah menjaga kesihatan diri dan keluarga masing-masing ye. #Kitajagakita #StayAtHome Semoga tempoh wabak ini berakhir seperti biasa dan kita semua dapat menjalani kehidupan harian yang normal. Ok nak share sikit pasal trip ke Koh Lipe beberapa bulan yang lalu. Trip ni aku joint sebab aku dah lama tak travel ke mana-mana since balik Umrah haritu. So memang dah janji dengan kawan aku yang long lost sejak trip mana tah dulu hahaha punyalah lama tak jumpa dia. Ye aku join Ali (baca Aliazwa) dan adik-adik dia serta sorang lagi kawan dia Pinat. So kiranya trip berlima lah. Diorang masing-masing duduk utara, sementelaah aku dan pinat masing masing dari  Perak dan KL.  Di hari kejadian, aku gerak dari ipoh, naik ERL ke Butterworth, Penang. Lamanya tak naik ERL...last dulu masa zaman ulang-alik naik bas dari Tawau-Tapah-T...