Posts

Showing posts with the label JanggelxFrance

FRANCE: Eiffel Tower, Akhirnya Ketemu Jua

Image
Hari pertama di kota Paris, aku dan sepupu dah sepakat, hari ni fokus kita cuma untuk Menara Eiffel je. Benda lain semua tolak tepi dulu. Sejak semalam, sebaik saja aku sampai di rumah sepupu yang memang menetap di sini, nama “Eiffel” dah jadi topik perbualan utama. Pagi tu kami bersiap awal. Sepupu aku dah siap merancang laluan, katanya cara paling mudah ialah naik Metro subway terus ke Eiffel Tower Station. “Senang, tak payah fikir nak tukar-tukar line banyak,” dia yakinkan. Dalam metro, aku duduk sambil tengok sekeliling, orang Paris sibuk dengan rutin pagi masing-masing. Ada yang baca buku, ada yang tekun menatap telefon, dan ada juga yang kelihatan sedang menikmati kopi dalam cawan kertas. Bau roti croissant dari penumpang sebelah membuatkan perut aku terasa lapar walaupun baru saja bersarapan. Alhamdulillah cuaca hari itu baik. Langit biru bersih, awan putih nipis melayang, dan walaupun musim panas, suhunya masih selesa. Sesekali angin sejuk menyapa, cukup untuk menyejukkan kulit...

FRANCE: Sejenak Di Kota Grenoble, France!

Image
Aku masih ingat lagi hari pertama aku menjejakkan kaki di France. Sebenarnya, aku ke Geneva atas urusan kerja. Sepanjang minggu sibuk dengan mesyuarat dan tugasan, tapi bila hujung minggu tiba, aku sedar aku ada masa lapang. Daripada duduk hotel tak buat apa-apa, aku putuskan untuk ambil peluang ni melawat cousin aku, Nazrin, yang menetap di Grenoble.   Hujung minggu itu terasa seperti hadiah selepas seminggu sibuk bekerja di Geneva. Bila Nazrin, cousin aku yang menetap di Grenoble, ajak aku datang melawat, aku terus setuju tanpa fikir panjang. Aku dah dengar banyak cerita tentang Grenoble, gunung-ganang yang mengelilinginya, sejarahnya yang kaya, dan tarikannya yang unik. Ini peluang aku untuk lihat sendiri magis kota kecil ini. Grenoble ni merupakan sebuah bandar tua yang trletak lebih kurang 4 jam perjalanan menaiki train ke kota Paris. Malangnya aku masih belum ada rezeki nak ke Paris. InsyaAllah maybe ada rezeki lain nanti. Dari Geneva, aku menaiki kereta api menuju ke Grenobl...