Posts

Showing posts with the label Manila

Rangkuman Entry Manila - Filipina 2013

Assalammualaikum! Alhamdulillah, dah habis entry Manila . Pengalaman di Manila memang ada yang tersendiri. Apa yang paling best adalah kami dapat mencuba pelbagai jenis kenderaan! Daripada kapal terbang, naik bas, teksi, MRT, LRT, Jeepney, motor beca, basikal beca, bot dan kuda ! Hambek, macam-macam jenis pengangkutan kan! Itu merupakan satu-satunya negara yang aku pernah pergi dan cuba paling banyak mode pengangkutan!  Terima kasih Manila atas pengalaman yang tak terhingga! :) Hello Manila: Mabuhay! - Ninoy Aquino International Airport And Our Awesome Hostel (Part 1) This Is My Story: Manila To Tagaytay - Journey To Taal Volcano (Part 2) This Is My Story: Taal Volcano, Tagaytay (Part 3 ) This Is My Story: Manila - Mall Of Asia (Part 4) This Is My Story: Makati And Metro Manila || Rizal's Park And Intramuros (Part 5 ) This Is My Story: Manila - Intramuros City (Finale) WASSALAM .

This Is My Story: Manila - Intramuros City (Finale)

Image
Assalammualaikum! Sorry terpaksa redo entry ni sebab terdelet! Sorry buat sesiapa yang dah komen sebelum ni. :( Alhamdulillah dah selamat pulang ke tanah air. Apa yang boleh aku cakap kat sini! Aku memang dah rindu kat Japan sejak jejak je kaki kat lantai LCCT masa balik hari tu! Ahaks... overdos tak? Ok citer pasal Jepun aku simpan dulu, sebab cerita Manila ni tak habis lagi. [ Sambungan dari Episode 5 ] Bila dah habis pakcik berkuda tu bawak kami pusing-pusing bandar Intramuros tu, dia terus nak turunkan kami kat satu tempat (tak ingat nama tempat tu). Aku pon macam bengang jugak la sebab masa mula-mula nego dengan pakcik tu dia kata ada nak bawak kami pergi Fort Santiago! Ni tak nampak pon mana Fort Santiago tu? Habisla Misi Mencari Rizal kami kalau tak terjah Fort Santiago! Lantas (cewah penggunaan 'lantas' di situ) aku insist jugak pakcik tu turunkan kami kat Fort Santiago! . Dia pun akur la bawak kami pergi Fort Santiago, tapi yang kejinya dia mi...

This Is My Story : Makati and Metro Manila || Rizal's Park and Intramuros (Part 5)

Image
Assalammualaikum!  OK kena sambung cepat-cepat entry Manila ni... nanti ketinggalan keretapi pulak. Amacam Raya Haji? banyak ke korban lembu dan kambing? Tahun ni aku tak sempat lagi nak merasi waima sepotong daging kurban pon... takde rezeki. Pasrah. [ Sambungan dari Episode 4 ] Di hari ketiga, cadangan awal kami nak pergi ke Air Terjun Pagsanjan yang lokasinya lebih kurang sama jauh dengan Tagaytay, cuma ia perlu lebih banyak menaiki bot untuk menyeberangi tasik yang sangat luas. Tapi apakan daya, memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan, pepagi buta dah start hujan lebat maka hari tu kami nekad untuk meneruskan perjalanan menuju ke Rizal Park dan kawasan sekitarnya sahaja.  Plan kami hari tu adalah untuk menaiki bas Hop On Hop Off (HO-HO). Jadi mengikut maklumat yang diperolehi daripada penjaga hostel, bas Hop On Hop Off akan start daripada stesen bas berhampiran dengan hostel. Jadi kami kena berjalan sikit ke stesen bas yang terletak lebih kurang 30...