Diari Umrah (Part 3): Kota Makkah

Bahagian Akhir. Sambungan daripada SINI (Part 1) dan SINI (Part 2) Terlalu banyak perkara indah yang berlaku sepanjang berada di Madinah dan banyak juga tempat-tempat bersejarah yang mengaitkan Rasul junjungan dan syiar Islam serta kehidupan sehariannya. Lawatan ke ladang un t a di Madinah memang best! First time tengok unta macam-macam jenis dan warna depan mata! Aku diberitahu bahawa susu unta adalah susu yang paling berkhasiat di dunia dan mampu menghindarkan pelbagai penyakit. Tapi sayang ianya hanya mampu bertahan 4 jam sahaja. Dan susu unta tidak dikomersil kan, hanya boleh didapai di ladang unta sahaja. Ladang Unta. Jualan susu unta 5 riyal Secara ringkas aku rumuskan lawatan di Madinah amat bermakna dan amat berbeza dengan lawatan-lawatan yang pernah aku sertai sebelum ini. Kami juga berpeluang menziarah Muzeum Kaabah , dimana terdapat sejarah pembinaan kaabah dan kota Mekah dari mula hingga kini. Banyak yang aku pelajari di sina. Setelah...