Edisi Kembara Selatan : Hari Pertama (Mersing)
Assalamualaikum!!! Kembali bersiaran setelah mati kekeringan idea selama beberapa minggu yang lalu, hehehehe. Kali ini aku akan menceritakan kisah " KEMBARA SELATAN " yang berlaku secara spontan akibat kegagalan rancangan asal. Huh?? Apakah rancangan asal itu? Nanti aku ceritakan semuanya. Kisah pertama: Kengkononnya rombongan " Geng Ungu" ( GU ) kali ni akan menjelajah ke Wilayah Utara ( Kedah, Perlis, Hatnya dan Krabi ) dengan menaiki kereta. Persediaaan dibuat dengan rapi walaupon terdapat beberapa masalah teknikal seperti kemalangan jalanraya, urusan passport , dan dokumen-dokumen perjalanan yang lain, namun masih nekad untuk berjuang ke Utara. Penyertaan kali ini dijangka merosot memandangkan ada beberapa ahli GU yang tidak dapat turut serta sebab masalah peribadi. Setelah membuat beberapa siri mesyuarat bersama pengasas GU iaitu KJ melalui dalam talian ( online ) dan simisi ( SMS ) akhirnya kami bersepakat untuk menjalankan acara tunggu dan lihat...