Posts

Showing posts with the label Sunrise

EPILOG: Subuh di Lac Leman, Switzerland

Image
Pagi itu, Lac Leman menyambut aku dengan langit yang perlahan-lahan berona merah jambu, lembut dan dingin. Matahari musim bunga terbit perlahan di sebalik pergunungan Alps yang masih berselimut salji nipis. Angin pagi menyapa wajahku, tidak lagi tajam seperti musim sejuk, tapi cukup untuk mengingatkan bahawa di sini, masa bergerak mengikut aturan yang damai. Perjalanan kali ini terasa sedikit berbeza. Langkahku lebih perlahan, mungkin kerana rasa rindu yang menebal atau mungkin kerana perjalanan ini membawa lebih banyak renungan daripada sebelumnya. Hari-hari terasa panjang, seolah-olah tasik ini mahu aku benar-benar menyelami setiap detik dan makna di sebalik perjuangan ini. Masih ada beberapa hari lagi sebelum aku pulang ke tanah air. Masih ada ruang untuk berjuang, berbicara, dan menyampaikan suara yang kadangkala tenggelam dalam lautan birokrasi antarabangsa. Tapi pagi ini, sebelum semuanya bermula semula, aku izinkan diri untuk diam sebentar. Melihat matahari menyinsing perlahan, ...

EPILOG: Aku Di Kundasang, Sabah… Rindu Menatap Kinabalu

Image
Angin subuh di Kundasang menyelinap ke relung tubuh, menggigilkan setiap urat nadi. Aku bersimpuh di tengah jalan sepi, menghadap Gunung Kinabalu yang megah berdiri dalam kesunyian yang syahdu. Cahaya fajar perlahan-lahan menyentuh wajahnya, mewarnai dinding-dinding batu dengan kilauan keemasan. Awan-awan nipis berarak perlahan di langit biru, seakan menjadi selendang halus yang menyelimuti keagungan gunung ini.   ā€œKau tak sejuk ke?ā€ suara sahabatku memecah hening.   Aku tersenyum kecil, mata masih terpaku pada Kinabalu. ā€œSejuk itu hanya sementara, tapi kehilangan saat ini adalah kekal. Maka biarkan aku menikmati setiap hembusan angin dan bisikan sunyi gunung ini.ā€   Dia ketawa kecil, berdiri di tepi jalan, menyaksikan aku yang masih terpaku dalam pesona alam. ā€œPergh… dah macam seoarang pujangga yang sedang meratapi nasib.ā€   Aku menghela nafas perlahan, lalu bangkit dan merentangkan tangan. Dada terasa lapang, seakan seluruh semesta masuk ke dalam jiwa. Di hadapanku...