FRANCE: Sejenak Di Kota Grenoble, France!
Aku masih ingat lagi hari pertama aku menjejakkan kaki di France. Sebenarnya, aku ke Geneva atas urusan kerja. Sepanjang minggu sibuk dengan mesyuarat dan tugasan, tapi bila hujung minggu tiba, aku sedar aku ada masa lapang. Daripada duduk hotel tak buat apa-apa, aku putuskan untuk ambil peluang ni melawat cousin aku, Nazrin, yang menetap di Grenoble. Hujung minggu itu terasa seperti hadiah selepas seminggu sibuk bekerja di Geneva. Bila Nazrin, cousin aku yang menetap di Grenoble, ajak aku datang melawat, aku terus setuju tanpa fikir panjang. Aku dah dengar banyak cerita tentang Grenoble, gunung-ganang yang mengelilinginya, sejarahnya yang kaya, dan tarikannya yang unik. Ini peluang aku untuk lihat sendiri magis kota kecil ini. Grenoble ni merupakan sebuah bandar tua yang trletak lebih kurang 4 jam perjalanan menaiki train ke kota Paris. Malangnya aku masih belum ada rezeki nak ke Paris. InsyaAllah maybe ada rezeki lain nanti. Dari Geneva, aku menaiki kereta api menuju ke Grenobl...