Posts

Projek Star Cruise - Libra: Riang Ria Part 3

Image
Assalamualaikum!!! Sambungan dari SINI . Maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu, terkinja-kinja kami sebelum masuk ke perut kapal. Gigih melakukan aksi pelbagai rupa demi kelihatan cantik di dalam kemera. Hakikatnya, kami hanya manusia marhein yang tak dapek nak ditacap secantik Julia Robet mahupun Devid Bekam . Ok enaf, kembali ke alam nyata. Lepas saje ditangkap gambar-gambar kami dengan niat nak menjualnya dengan harga RM 50 sekeping, kami pun berlalu pasrah menyelusuri laluan ke perut kapal. Di pintu kapal sekali lagi kena tunjuk kad pengenalan dan juga access card yang telah dimiliki di kaunter check in sebentar tadi. Dalam melangkah ke perut kapal, aku tengok ramai bebeno manusia yang bawak air mineral, kadang tu sampai berbotol-botol, takde jual air ke kat dalam kapal tu? Kan ada buffet dinner dan breakfast? *persoalan itu bermain-main difikiran. Check-in counter yang ke 2 Tu dia Kak Coco dengan beg sandangnya..sudah tidak ada beg troli lagi! ...

Projek Star Cruise - Libra : Ke Penang Kite (Mai Lah Sini~) Part 2

Image
Assalamualaikum!!! Jom sambung lagi dari SINI . Sementelaah dah lalu kat Gopeng, maka kami pon singgah la untuk berjumpa dengan Biqque dan Na serta keluarga masing-masing, oh lupe Icam Si Pengembara Tumpangan jugak ada! *sangat kena dengan temanya itu. Kengkononnya diorang nak ke Gua Tempurung bagi mengisi masa lapang. Fuh gigih eh, masa lapang digunakan untuk menjelajah gua! Best tak tipu. (Eleh gigih kan vogue-vogue nak masuk gua, nak lawan Leman Vogue, LV la tew) Maka setibanya kami di tol Gopeng, kami pon menunggulah ketibaan mereka. Bile talipon, katanya lagi 10 km...oh takde la lama kena tunggu. Lagipon jarak di antara Ipoh dan Gopeng bukannya jauh, sekangkang kera je. Akhirnya yang ditunggu telah tiba, yang menanti terkinja-kinja, kami pon decided untuk singgah di restoran pertama yang kami jumpa dengan tujuan minum-minum barang seminit dua. Ingat ye, RESTORAN PERTAMA YANG DIJUMPAI. Maka kami pon bergerak lah ke pekan Gopeng, masuk simpang pekan terus...