Umrah SIJ 2019 - Part 3: Perusahaan Minyak Wangi dan Textile, Cairo

Assalammualaikum! Sambungan hari pertama di. Cairo, usai melawat kompleks pyramid Giza, kami kemudiannya di bawa ke perusahaan minyak wangi di salah sebuah kawasan di Cairo. Dalam kedai tu kami diberi persembahan mengenai beberapa jenis minyak wangi yang terdapat di situ. Kagum aku bila penjual minyak wangi kat situ boleh berbahasa Indonesia. So senang la nak paham dan menawar harga. Cumanya aku takde la nak beli minyak wangi pun, just enjoy the experience sambil menikmati secawan teh percuma hahahaha. Takde napsu nak beli minyak wangi :p so bergambar je la depan kedai. Ok menarik jugak la dapat sedikit info pasal minyak wangi. Selesai di kedai minyak wangi, kami ke kedai kertas papyrus pulak. Di sini, pekerja kedai pun fasih berbahasa Indonesia. maybe dioramg belajar dengan student-student Indonesi yang ramai di Universiti Al Azhar. Di sini kami belajar mengenai sejarah pokok papyrus dan kaitannya dengan tamadun Mesir kuno. Agak menarik, dari segi bentuk batang po...