Posts

FOOD HUNTER: Zam Zam Restaurant, Singapore – Murtabak Legend Sejak 1908!

Image
Hari itu matahari belum lagi sampai ke kemuncaknya bila kami sampai di kawasan Kampong Glam , salah satu kawasan paling berwarna di tengah kota Singapura. Deretan bangunan warisan dengan seni bina lama, ditambah pula dengan bayang megah Masjid Sultan , membuatkan langkah kami perlahan – bukan kerana letih, tapi kerana terpesona. Tapi kan, ada satu misi yang lebih penting sedang menanti. “Zam Zam,” bisik aku perlahan. Nama itu disebut-sebut ramai – restoran mamak legenda yang katanya telah bertapak sejak tahun 1908 . Seratus tahun lebih, dan masih berdiri gah di tengah hiruk-pikuk kota moden. Tak hairanlah pintu kacanya sentiasa berayun, dengan pelanggan keluar masuk tak putus-putus. Kami masuk, disambut bau kari dan rempah yang seolah-olah mahu membalut tekak kami dari luar. Suasana di dalam sederhana, meja penuh, suara pelanggan bersahut-sahutan, ada yang pesan nasi, ada yang tunjuk murtabak sebesar dulang. Kami duduk, dan tanpa berbincang panjang, satu demi satu pesanan keluar dar...

SINGAPORE: Singgah Sekejap Di Singapura – Chinatown & Merlion Park

Image
Jetlag Swiss pun tak habis lagi, tapi kerja punya pasal, sambung terus flight ke Singapura. Semua ni urusan rasmi, bukan bercuti pun. Tapi aku anggap je rezeki. Janji Allah pelihara kesihatan, InsyaAllah… demi sesuap nasi, kita redah je. Flight sampai petang, cuaca panas berkuap tapi langit cerah. Urusan kerja memang padat siang hari, tapi nasib baik ada ruang lepas waktu pejabat. Aku dengan colleague, termasuk sorang kawan aku, Cina, orang Malaysia jugak, ikut sama dalam trip kerja ni. Kami plan keluar jalan-jalan kejap, takkan nak duduk bilik hotel je kan. Kami naik MRT, efisien betul sistem pengangkutan dia. Bersih, cepat, dan mesra pelawat. Turun je kat Chinatown MRT Station, terus terasa suasana meriah. Lampu merah menyala-nyala, dengan deretan kedai jual macam-macam, dari cenderahati, herba Cina, makanan jalanan, sampai la ke kain baju dan lukisan kaligrafi. Kami sempat pusing dalam Chinatown Street Market, tempat paling klasik kalau nak cari barang kenangan. Aku beli fridge magn...

Geneva: Pusing-Pusing Lagi di Old Town Geneva – Kembali Juga Aku Kat Sini

Image
Kalau tahun lepas aku dah siap ucap “goodbye Geneva” dengan penuh gaya, feeling macam last trip ever, kali ni aku sendiri pun tak sangka dapat jejak kaki balik ke sini. Kadang hidup ni memang suka buat plot twist tanpa warning. Jodoh aku dengan Geneva ni kuat sungguh agaknya. Hahahaha. Pagi tu, lepas settle urusan kerja yang entah berapa kali buat aku tarik nafas panjang (layan kerenah manusia ni boleh buat burnout tau), aku pun decide untuk ambil masa jalan-jalan sorang di Old Town Geneva, tempat yang memang penuh sejarah, penuh nostalgia, dan yang penting…tenang sikit dari hiruk-pikuk. Mula-mula aku naik ke St. Pierre Cathedral, gereja lama yang iconic tu. Tangga dia boleh tahan tinggi jugak, tapi bila sampai atas, view dia memang berbaloi. Dari luar bangunan tu sendiri pun dah cukup buat aku kagum – seni bina lama yang penuh detail, dengan dinding batu dan menara tinggi yang menjulang. Aku jalan keliling sekejap, ambil gambar dan tengok sekeliling. Orang ramai keluar masuk dengan te...

GENEVA: Pasar Minggu Plainpalais: Antara Antik, Nostalgia dan Keranda Google

Image
Pagi tu sebenarnya kami semua macam malas nak keluar. Hari minggu kan, cuti sehari yang patutnya dihabiskan dengan bergolek atas katil hotel sambil scroll IG. Tapi entah macam mana, masa tengah sembang dalam group WhatsApp malam sebelumnya, tetiba sorang kawan share gambar keranda. "Eh, apa hal kau hantar gambar keranda ni?!" "Tu la Plainpalais Flea Market yang korang ajak pergi tu… Aku Google, ni keluar gambar dia." Serius, gambar tu memang ada keranda siap bertutup elok. Macam props cerita seram. Satu group terus riuh. "Ni pasar ke kubur?", "Ni jual barang ke jual nasib?" semua dah mula buat lawak. Tapi sebab nak tahu sangat betul ke tak, kami tetap nekad nak pergi esok pagi. Lepas sarapan roti keras dan kopi instant kat hotel, kami naik tram menuju ke Plaine de Plainpalais. Lokasinya senang je nak cari, padang besar terbuka, macam satu kawasan festival tapi penuh dengan gerai-gerai jual barang terpakai. Dari jauh dah nampak warna-warni payung,...

LAUSANNE: Sehari di Lausanne: Bila Plan Last Minute Jadi Realiti

Image
Cuti sehari yang rare jatuh hari Sabtu ni, memang tak boleh dilepaskan macam tu je. Sembang punya sembang, keluar idea: “Jom day trip esok.” Tapi macam biasalah, semua semangat lain arah, ada yang nak ke Bern sebab nak tengok parlimen Swiss, ada yang cadang Annecy sebab nak tengok tasik dan swan. Tapi bila fikir pasal masa, duit, dan tenaga, semua perlahan-lahan reda. Last-last aku cakap, “Apa kata Lausanne je? Dekat, tak stress sangat.” Bila buka apps SBB, tengok tiket train dari Geneva ke Lausanne CHF15.60 je. Semua pun angguk. Plan jadi. Tiket dibeli dalam 5 minit. Esok pagi, janji jumpa kat Gare Cornavin pukul 8:00 pagi. Senang cerita. Terlepas Train & Kantoi Dalam Gerabak Esok paginya... biasalah. Misi paling sukar: bangun awal. Ada yang snooze alarm sampai tiga kali, ada yang tengah packing bekalan breakfast sambil jalan. Sudahnya, kami sampai lambat dan terlepas train. Panik kejap. Tapi sebab semangat nak berjalan tu lebih besar dari rasa bersalah, kami terus naik train sete...

EPILOG: Subuh di Lac Leman, Switzerland

Image
Pagi itu, Lac Leman menyambut aku dengan langit yang perlahan-lahan berona merah jambu, lembut dan dingin. Matahari musim bunga terbit perlahan di sebalik pergunungan Alps yang masih berselimut salji nipis. Angin pagi menyapa wajahku, tidak lagi tajam seperti musim sejuk, tapi cukup untuk mengingatkan bahawa di sini, masa bergerak mengikut aturan yang damai. Perjalanan kali ini terasa sedikit berbeza. Langkahku lebih perlahan, mungkin kerana rasa rindu yang menebal atau mungkin kerana perjalanan ini membawa lebih banyak renungan daripada sebelumnya. Hari-hari terasa panjang, seolah-olah tasik ini mahu aku benar-benar menyelami setiap detik dan makna di sebalik perjuangan ini. Masih ada beberapa hari lagi sebelum aku pulang ke tanah air. Masih ada ruang untuk berjuang, berbicara, dan menyampaikan suara yang kadangkala tenggelam dalam lautan birokrasi antarabangsa. Tapi pagi ini, sebelum semuanya bermula semula, aku izinkan diri untuk diam sebentar. Melihat matahari menyinsing perlahan, ...

FOOD HUNTER: Samat Muslim Food, Bangkok – Satu-satunya penyesalan: kenapa baru datang hari terakhir?!

Image
Hari itu, langit Bangkok cerah seperti biasa. Hiruk-pikuk kota masih berterusan, dan aku serta Umar sudah pun berada di penghujung percutian kami. Selepas beberapa hari menjelajah Pratunam, Chatuchak, dan berpanas di sepanjang jalan Sukhumvit, kami akhirnya sampai ke hari terakhir, hari di mana kaki mula lenguh, beg mula penuh, tapi hati masih belum puas. Hotel kami, Tango Vibrant Living Hotel, terletak strategik di kawasan Ratchaprarop. Setiap kali keluar masuk hotel, kami akan lalu satu kedai kecil di hujung lorong. Papan tanda ringkas tertulis “Samat Muslim Food”. Entah kenapa, selama beberapa hari kami di Bangkok, tak pernah sekalipun kami singgah. Mungkin terlalu sibuk. Mungkin terlalu leka. Tapi hari ini... hari ini kami rasa lain. Tak tahu kenapa, mungkin sebab perut lapar, atau mungkin sebab naluri pelancong yang akhirnya mula waras, kami tekad masuk ke kedai itu. Suasana dalam Samat sangat berbeza daripada hiruk-pikuk luar. Tenang. Meja kayu sederhana. Hiasan dinding ringkas. ...