2009-08-11

Berkursus La Pulak Kiter~

Setelah hampir 4 tahun berkhidmat di Jabatan tempat aku kerja sekarang ni, akhirnya baru minggu lepas aku di panggil untuk menghadiri Kursus Bina Negara. Dah kompom dah pon, tapi memandangkan ia merupakan salah satu syarat yang wajib di hadiri oleh setiap kakitangan kerajaan, maka aku pon Menurut Perintah yer.

Kursus BTN yang aku pergi ni memang sangat unik, dan katanya belum pernah lagi terjadi sebelum ini di mana-mana kem BTN di seluruh Malaysia!!! Hahaha apakah kepelikan nya?? nanti aku cerita. Tapi sebelum tu aku nak bagi tau, dari Jabatan aku ni, cuma aku sorang jer yang dipanggil utuk kursus BTN kali ni. Tu yang buat aku rasa tak sedap hati tu...tapi apakan daya..SYMP.

Aku diarahkan untuk mengikui kursus BTN di Kem BTN Pulau Langkawi! Yuhuuuuuuuuu dengar je macam memanggil-manggil semangat aku untuk pergi. Korang pon mesti rasa teruja kalau dapat pergi kursus, kat Langkawi pulak tuh! Aku dapat surat panggilan 2 hari sebelum tarikh lapor diri. Mak aiii kelam kabut aku dibuatnya, settle kan segala urusan tempah tiket dan penyediaan barang-barang keperluan. Yang paling penting settlekan beberapa kerja di opis dulu.

Tiba hari yang dinanti, aku bertolak ke Pulau Langkawi seorang diri menaiki Air Asia pada hari rabu (5 Ogos 2009). Penerbangan mengambil masa 1 jam, dan akhirnya aku tiba di Lapangan Terbang Pulau Langkawi pada jam 1 tengahari. Huhuhu nerves jugak aku sebab aku tak tau kat mana kem BTN tu. Just rujuk pada peta yang diberi, aku terus beli tiket teksi di kaunter tiket. Akak kaunter tu bagitau, tambang teksi ke kem BTN adalah RM 20. Hmmm belasah je lah, janji aku sampai. Dalam hati aku tak keruan, sebab pikir macamanalah rupanya kem BTN tu, dan siapalah kengkawan aku kat situ nanti. Sumpah aku tak tau siapa dan dari Jabatan mana peserta-peserta kursus yang lain. huuhuhuhu...

Sampai di Kem BTN tersebut, aku terus melaporkan diri di Dewan Besar. Hmm tengok ada dua orang mamat nih, sedang duduk menungu kaunter pendaftaran dibuka. Maklumlah sampai awal sangat, waktu tu baru jam 1.30 tengahari. Sepatutnya waktu pendaftaran adalah bermula pada jam 2.30 petang. Aku pun berkenal-kenalan la dengan dua orang mamat ni, mereka dari HKL. Pembantu perubatan katanyer. OK at least aku dah ada member kat situ..senang kan??? hahaha.

Selepas mengisi borang biodata diri, kami disuruh mengambil selimut, cadar dan sarung bantal dan dibawa ke bilik (dorm) tempat tinggal kami selama 5 hari. Nak dipendekkan cerita, sampai ke maghrib, jumlah peserta yang mendaftar pada hari itu tak sampai pon 30 orang!!!kami diberitahu oleh Kapten (ketua facilitator) bahawa kursus terpaksa dibatalkan kerana TAK CUKUP PESERTA!!! (minimun jumlah peserta untuk memulakan kursus adalah 50 orang). Tak ke BENGANG kalo korang mengalami situasi begitu????

Kami diberi dua pilihan samada balik semula ke tempat masing-masing atau join satu lagi team kursus yang hanya akan mula mendaftar keesokan harinya. Peserta kursus tersebut akan dipindahkan ke kem kami yang dah tutup nih...Haaaaaaaa aku terus rasa macam kecewa tahap cipan. Dalam hati aku pikir nak balik jer KL, tapi satu hal pulak nak pergi beli tiket...Hmmm lastly kesemua 29 orang peserta kursus termasuk aku bersetuju untuk menyambung kursus yang terpaksa join dengan group lain. huhuhu kalau tak, tak tahu kena tunggu berapa lama lagi pulak untuk kursus akan datang.

Jadi hari pertama kursus, memang aktiviti bebas. Kursus tidak berjalan sehinggalah pengurusan baru datang pada keesokan harinya pada jam 2.30 petang. Malam tu apa lagi, aku dan 3 orang geng baru (hahahha dah ada geng!) keluar la meronda-ronda di pekan Kuah..shopping beb!~ apalagi.

Keesokan harinya barulah ramai yang melapor diri, peserta-peserta yang baru melaporkan diri adalah penjawat-penjawat awam dari MADA dan USM. Jumlah keseluruhan peserta termasuk group aku yang 29 orang tu adalah 158 orang. Ha hambek kau, dari 29 orang jadi 158 orang, dan ini adalah jumlah peserta paling ramai katanyer~!.Maka bermulalah hari-hari menyumbat maklumat kenegaraan di kepala otak kami. Yang paling best, aku terserempak dengan bekas classmate aku masa di sekolah menegah dulu di toilet. Hahahha tak percaya aku boleh jumpa member yang dah lebih 10 tahun tak jumpa kat kem BTN Pualu Langkawi!!! Hikmah namanya.

Maka tarikh kursus aku yang sepatutnya berlangsung dari 5-9 Ogos terpaksa lah ditunda sampai 10 Ogos. Nak dijadikan cerita pulak, tiket kapalterbang nak balik kl pada 10 Ogos tu dah habis! Mampus aku kena balik pada 11 Ogos. Huh extend lagi sehari. Nasib baik la ada 7 orang lagi yang extend tiket sama macm aku. Lega, kalau tak tak tau la aku nak merempat kat mana semalam. So kami buat keputusan untuk terus lepak kat kem sampai 11 Ogos.

Keseluruhannya, kursus BTN ni memang banyak mencelikkan mata aku tentang semangat patriotisma. Ramai orang kata, BTN ni tujuannya untuk basuh otak supaya sokong UMNO!. Bagi aku tidak sama sekali. BTN adalah untuk memperjelaskan tentang apa yang benar dan apa yang salah yang semuanya termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Kepada sesiapa yang tak paham Perlembagaan, maka wujudlah huru hara sepertimana yang kita lihat sekarang ini.

Dan yang penting, aku dapat ramai kawan-kawan baru dari pelbagai Agensi. Syukur, hikmah Allah kepada diri aku. Harini, di malam ini, aku masih terkenang peristiwa -peristiwa indah yang berlaku sepanjang minggu lalu...Rasa macam nak pergi BTN lagi!!! (hahaha jangan la kantoi periksa).

PEACE!



Risau jugak pasal H1N1 ni, aku bertopeng sepanjang masa....

Ni la Group LDK aku!


KEMBARA

Ni maksudnya jalan ke depan yer..bukan suh panjat pokok!




Beg oren tu adalah beg Coklat-coklat yang aku beli! Siapa nak??? mai la sini selagi stock masih ada!


10 comments:

  1. Tahniah...tamat jugak azab kite kt BTN...semoga jadi org yang berguna untuk negara, bangsa dan agama....

    ReplyDelete
  2. @Penghulu

    Tok Penghulu...tu la..azab sudah lepas..tapi tak tau la exam lepas ke idok! wakakakka..harap2 semua lepas ler yer...

    ReplyDelete
  3. Harap lepas ler Exam...tp kalo ada peluang nk pi lagi,best...tp bila pk 2x, letih...smalam sehari aku Qada tido...arinie masuk keja smpi demam...hehehehe...

    ReplyDelete
  4. @Penghulu

    Aha Penghulu,
    Aku start qada tidur dari petang isnin tu lagi...tidor sampai malam..pastu sampai KL hari selasa tido lagi sampai malam,..hahahah skg ni tetiber rasa blur tak tau apa berlaku kat opis.
    Apa-apa pon semoga kita semua lulus.. kalau dia panggil kursus macam tu lagi best gak..hahah tapi tak payah exam. ;p

    ReplyDelete
  5. yeayyyyy.. nak isi dalam beg oren tu... :)

    ReplyDelete
  6. @masMZ

    dah..dah...cukup apa yang ada dalam Tupperware tu jer!!!

    ReplyDelete
  7. weiiii!! nak ceklat!!! aku tak kira.. ko kena bagi gak.. x kira.. x kira... aku nak!!!! hehehehehe

    ReplyDelete
  8. @Ecah

    ecah ko nak cekelat ker?? mai la dtg amek kat sini heheh banyak lagi nih!!!

    ReplyDelete
  9. >> ehem ehem.....
    mana ole2 dari langkawi?


    hehehe

    ReplyDelete
  10. @♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠
    ceklat tinggal saki baki je cik yanie...;p

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS