Penang Kami Mai! : TriPenang Sempena Bachelor Party Mr P
Assalammualaikum! Hahah dah kenapa tetibe keluar entry ke Penang pulak ni? Paduhal entry Bangkok pun tak habis lagi. Ok sabar, sabar... bagi laluan kat Penang ni sat sebab empunya diri yakni Mr, P dah nak kawen . Jadi kengkonon buat Bachelors Party Mr P (ewah bachelors party la sangat!). Dan ini firstime jugak naik keretapi KTM Senandung Langkawi direct dari KL Sentral ke Butterworth (tiket berharga RM36/pax ) . Berakar jugak la bontot duduk dalam train tu sebab nak ambik sleeper coach dah penuh! Ok tamau cerita panjang, layan je la video kemeriahan di Penang . Biasa la kami pi ronda Padang Kota Lama, makan kat Padang Brown, breakfast kat Medan Selara Datok Sargon , naik Bukit Bendera, mandi laut kat Batu Ferringhi dan macam-macam lagi la. Ok lah jom layan video...hahaha. Video Sharing:- WASSALAM.