Skip to main content

Cambodia: The Kingdom of Wonder (Part 1) - Dari Tawau Ke Siem Reap

Assalammualaikum!!!

Apa khabar semua? Dalam mengharungi jerebu yang maha hebat melanda Malaysia dan negara-negara jiran yang lain, diharapkan semua pembaca blog aku ni dapat menjaga kesihatan masing-masing ye, kurangkan aktiviti di luar rumah dan banyakkan minum air masak. Kalau boleh pegilah travel ke luar negara yang takda jerebu! Hiks (optional lols).

Tibalah masanya aku menulis pasal trip aku, Kaki Berangan (John) dan Kaki Jalan (MasMZ) ke Cambodia...lebih spesifik ke Siem Reap dan Phnom Pehn pada September 2015 yang lalu. Sebenarnya trip ni dah lama di rancang, setahun yang lalu kot. Masa tu John masih di Berm dan dia yang beria mengajak aku dan MasMZ dan dia jugak yang belikan tiket AA yang katanya tengah promo masa tu. Jadi memandangkan aku ni memang tak ada langsung trip oversea tahun ni selain ke Macau pada February haritu, aku setuju je la. Bayar duit tiket kat John pun secara ansuran! Hahaha punyalah sengkek. Ok cukup cerita pasal tiket, aku tak ingat berapa tapi tak sampai RM 500 pun la.

Kami bertolak ke Siem Reap pada hari Rabu (16 September 2015) Sempena Hari Malaysia jam 1.00 tengahari. Aku pun tak tahu kenapa kami bertolak tengahari (mungkin masa tu je yang ada tiket murah hiks). Untuk ke Cambodia tak memerlukan visa, hanya sediakan passport sendiri yang masih valid sahaja (kalau ada yang tanya lagi tak tau lah sebab aku dah tulis terang-terang kat sini).

Sesambil memakan kek Red Velvet yang dimasak oleh John. Yummeh. Nak oder? boleh melalui saya. Hiks.

Penerbangan ke Siem Reap (Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap) dari KLIA2 mengambil masa 1 jam 50 minit (lagi cepat daripada aku balik Tawau 2 jam 40 minit!) dan kami tiba di sana pada jam 3 petang. Alhamdulillah sepanjang perjalanan agak ok dan kami dapat tengok Tasik Tonle Sap (Tasik ketiga terbesar di dunia) dari atas flight! Mula-mula tu terpikir jugak, tu laut ke sungai? Rupa-rupanya selepas diselidik-selidik barulah tau itu tasik.

Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap
Ada replika Angkor Wat.
Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap sangat cantik dengan rekabentuk klasik dan kebanyakan kawasan sedang dalam pembinaan / pengubahsuaian. Kagum juga la bila mula-mula sampai kat airport ni, dan yang penting ada wifi free yang laju. Selesai urusan pemeriksaan imigresen, kami pun berjalan keluar dari arrival hall. Misi utama adalah mencari simcard untuk internet! Menurut hasil bacaan di beberapa blog (antaranya: blog BibieKarim, Wanderlust DJ, Shahrule dan beberapa blog lain) kami bersepakat untuk beli simkad FREE SIM. Kedai jual simkad tu betul-betul di hadapan Arrival Hall, dari jauh dah boleh nampak. So kami beli plan data internet dengan kapasiti 5 gb dengan harga 5USD (tempoh luput dalam masa sebulan). Kira macam berbaloi jugak la sebab dapat 5 gb data internet! (sempat la aku layan drama Korea 6 episod tu pun ada baki 3 gb lagi hahaha). Walaupun kami hanya ambil plan internet tanpa panggilan, tapi sebenarnya kita masih diberi 9 minit untuk panggilan percuma menggunakan plan internet ni. Jadi senang la ko nak call pemandu tuk tuk nanti.(berguna tau).

Ni la kaunter Free Sim tu.
Gumbira ada internet Hahahaha dasar!
Di airport kami akan dijemput (wah dijemput lagi tu) oleh pihak hotel yang kami dah booking. Hotel tu ada menyediakan free pickup di airport. So senang la. Kami telah mem-booking Jasmine Lodge. untuk info hotel seperti berikut:-

National Road N 6, 307 Taphul Village, Svay Dongkum Commune, Siem Reap, Kingdom of Cambodia.
Phone : +855 (0)12 784 980 /( 0)97 77 90 119/,(0)81350690,(0)63 760 697
Fax : +855 (0)63 76 42 47
E-mail : kunn@jasminelodge.com,info@jasminefamilyhostel.com

So, keluar je arrival hall dah ada sorang pemandu tuk tuk yang pegang kertas tulis nama HelmiYusuf! Hahah ok best, kami lepas tu dibawa naik tuk-tuk ke hotel (perjalanan dalam 20 minit). Seronok jugak la naik tuk tuk tu sebab open air.


Ni la pemandu tuk tuk (free pick up) ke hotel.
Teruja naik tuk tuk
Lagi dan lagi!
Sampai di hotel, pemandu tuk tuk tu tanya kat kami samada dah ada booking tuk tuk ke untuk ronda-ronda Siem Reap? Kengkonon dia nak offer diri la. Tapi kami cakap kat dia yang kami dah pun tempah tuk tuk dari Karia (Zakaria) tu pun cedok dari blog BibieKarim dan Wandurlust DJ. No telefon Zakaria ni +855(0)962020307. Senang je nak berurusan dengan dia ni tambah pulak dia seorang Muslim. Lagi senang dan pandai pulak cakap bahasa Melayu. Whatsapp je buat perjanjian dan everything's done!

Usai urusan check in, hari pun dah petang dan agak lapar la jugak. Kami bercadang untuk keluar jalan-jalan ke night market (katanya boleh jalan kaki dalam 15 minit je). Tapi sebelum tu kami telah membeli tiket bas ke Phnom Penh di kaunter hotel. Mujur ada jual kat situ, so tak payah la nak pergi cari kat mana-mana. Lepas bertanya itu ini pada penjaga kaunter (aku lupa namanya) dan dia mencadangkan supaya kami naik bas Mekong Express, katanya selesa dan ramai yang naik. Oklah, memandangkan kami pun tak tau mana yang ok mana yang tidak, so kami beli je lah tiket tu dengan harga 16 USD seorang.

OK tiket bas ke Phnom Penh dah beli!
Dah dapat tiket bas, maka kami pun meneruskan rancangan untuk ke night market. Kami panggil budak yang bawa tuk tuk dari airport tadi untuk bawak kami ke night market, sebab hujan so malas la nak jalan kaki. Lagipun kami tak tau arah mana sebenarnya night market tu. Sebenarnya kalau jalan kaki dari hotel tu amik masa 15 ke 20 minit jugak, ikut kadar kelajuan berjalan la. Naik tuktuk tu diorang caj 2USD. Cis mahal jugak, paduhal dekat je.

Ayuh!
 Naik tuk tuk ke Night Market
Baru lepas hujan...
Nak kemana kita?
Gerai buah buahan banyak sepanjang jalan.
Hello!
Pakai WAZE cari KFC hahaha kan penting tu.
Kami turun di satu simpang, ada banyak kedai menjual jus buah-buahan segar...dan kebanyakan gerai masih belum dibuka (sebab petang lagi). So memandangkan kami ni tengah kebulur (ingat tak kami belum makan apa-apa sejak sampai di hotel tadi?) kami terus pegi cari KFC! Untuk makluman KFC kat Siem Reap ni halal ye, ada sijil Halal dan tertera logo Halal di muka pintu. So sebab dah lapar sangat so belasah je la amik nasik dengan ayam goreng, dengan cost 3 USD. Ok la lebih kurang standard harga kat Malaysia.

JUMPA!
Harga dia dalam USD.
Semua amik meals sama je ahhahahha
OK lets eat!

Lepas makan baru kami meneruskan perjalanan meronda pekan Siem Reap dan Night Market. memang meriah la malam-malam kat pekan ni, Macam-macam kedai ada dan kebanyakannya pub dan restoran. Kedai menjual cenderamata pun banyak. Kami jalan-jalan dekat area Night Market tu dan tengok-tengok kalau ada benda nak di beli. Survey dulu katanya sebab malas nak beli apa-apa dulu.

Payung dia tak lawa sebab takde kaler.
Pub Street ni memang banyak pub la.
Persembahan jalanan.
Cak!
Night Market!
Ada la beberapa kawasan yang menjual souvenir (ala-ala Chatuchak Market di Bangkok). Tapi kawasan dia tak la besar. Ada jual T-shirt, key chain, fridge magnet dan macam-macam lagi. Ada juga pertunjukan boxing dan ladyboy! Hahaha semua tu free je tak payah bayar, open in public.


OK jom masuk dalam tu.
Panas!
Baju-baju kat sini kualiti kurang, nipis yaamat!
Takde selera nak beli, bende paling murah pun 1 USD.  Pitam.
Dah puas dekat 2 jam berjalan, kami pun bercadang nak balik ke hotel. Penat pulak rasanya dari pagi sampai ke malam berjalan tak henti-henti. Kami balik ke hotel dengan berjalan kaki je, kengkonon dekat sangat la, sekali tu semput jugak weh! Jauh jugak sebenarnya dengan ada anjing merata-rata, aku ni dah la fobia anjing! Hahaha

Malam tu, lepak-lepak je kat hotel sambil melayan social media. Tak heran sangat pun dengan wifi hotel sebab dah ada data internet 5 gb hahaha (bongkak-siap layan movie kat youtube). Oklah, esoknya ada yang lebih mencabar. Kami dah plan dengan Kariya (ingat tak yang aku cerita pasal tuk tuk kat atas tu?) untuk ronda-ronda UNESCO site di Siem Reap! Tak sabar.

ok bersambung.

WASSALAM.

Comments

  1. Kalau tak silap, KFC outlet di Cambodia nie is under JCorp. Pernah nampak company registration masa kat KFC Phnom Penh.

    ReplyDelete
  2. Tahun lepas ada plan nak ke Cambodia, tpi tak jadi. hahahaha lawa pulak semua gambar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innanie Ariffin

      Ha apa lagi pegi la, best! Thanks

      Delete
  3. kekekeke dasar gila internet! muntah hijo la layan 5gb tu kannn! hahaha

    ReplyDelete
  4. Semua rege main USD ker ? Kopak akak camni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku Seorang Pengembara

      Ye USD, tapi ada sesetengah boleh bayar pakai duit diorang

      Delete
  5. untung la...john pun da start enjin travel semula yek...ish ish..jeless

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.
    jasmin lodge tu okey tak? berapa charge per nite? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nora:

      Harga dalam RM 69 untuk 3 person punya room.

      Delete
  7. assalamualaikum
    nak tanya, jasmine lodge tu ok tak? berapa per nite. tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Assalammualaikum!!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu).
Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perlis jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut.


Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berzaman aku dengar pasal Padang Besar ni, sejak kecik kot. Dan aku pon tak ingat samada aku pernah jejakkan…

Sehari Di Bohey Dulang Dan Sibuan Island, Semporna

Assalammualaikum!!!
Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita sedikit tentang trip aku ke dua buah pulau yang terletak di dalam Daerah Semporna, Sabah. Sebelum tu moleklah kiranya aku cerita dulu macaman aku boleh ke sana.
Kisahnya, aku telah join satu group Instagrammers di Tawau ni (@Towautown) yang telah menganjurkan satu aktiviti meet up dengan followers IG mereka ke Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan. Memandangkan aku memang 'mereput' habis kat Tawau ni, makanya aku dengan pantas send whatsapp kat Qimayra (admin @tawautown) bagitau nak join trip tu. Alhamdulillah dengan pantasnya aku terus bayar duit trip yakni RM 87 (termasuk makan/ duit bot/ duit bas) dari bandar Tawau! Fuh start hari pertama bayar tu dah tak sabar-sabar dah aku menghitung hari.
Tiba hari yang dinanti, kami berkumpul di hadapan Dewan Masyarakat Tawau seawal jam 7.00 pagi. Dari situ kami menaiki dua buah bas yang disewa khas (aku tak tau berapa harga sewa bas tu sebab dah termasuk sekali dalam harga pakej…

Food Hunter: Rumah Makan Cibiuk, Kajang - Selera Masakan Sunda

Assalammualaikum!!!
Sekarang ni dah masuk dalam 10 hari terakhir Ramadhan, amacam semua? Rasanya masing-masing dah tak sabo-sabo nak raya la tu... jangan dilupa, kejar juga pahala puasa di sepuluh malam terakhir ni yer. Zakat  fitrah dah bayar ke? Kat Selangor ni masa aku bayar semalam harganya RM 7 sekepala. Bayarla zakat tu sebab ianya perkara wajib bagi yang mampu, untuk membantu pada yang memerlukan.
Ok nak cerita pasal berbuka puasa. Haritu, ada sorang member kat opis ni memperkenalkan satu restoran yang bagi aku sangat best untuk bersantap bersama keluarga dan kawan-kawan. Bagi sesiapa yang teringin nak merasa masakan Sunda (salah satu bangsa di bahagian Jawa Barat, Indonesia) boleh la cuba datang ke restoran ni. Nama restoran yang aku maksudkan ni adalah Rumah Makan Cibiuk! Dengan tag line "Rajanya sambal" memang sesuia la sangat sebab di rumah makan (restoran) ni disediakan pelbagai jenis sambal (sambal belacan, sambal halia, sambal mangga dan lain-lain) serta ulam-u…