2017-11-20

New Zealand: South Island - From Lake Tekapo To Wanaka (Part 3)

Assalammualaikum!!!

Kabare? Waras? Hahah ok ok aku tau apa korang nak cakap... dah diam! Tak payah nak kabo blog ni bersawang, siap ada penunggu bagai. Tau, memang aku malas nak update, sebab rajin buat benda lain je hahahha. Ok tetibe datang pulak kerajinan hari ni so aku decide nak sambung PART 3. Ayuh!

[ Sambungan dari Part 2 ]

Sebenarnya plan asal nak check in kat YHA Hostel di Lake Tekapo, tapi malangnya penuh. Demmit! Akhirnya kami check in di Lake Tekapo Village Motel.  Alhamdulillah bilik pun selesa. Sementara nak tunggu malam, kami lepak-lepak tepi tasik dan layan sunset. Ya Allah kenapalah cantik sangat ni! Tetibe rasa nak pindah duduk tepi Lake Tekapo lols.

Lepas dinner (masak kat dapur ramai-ramai) kami pun sembang-sembang dekat dapur tu sampai pukul berapa ntah. Lebih kurang pukul 12 malam semua dah masuk tido. Kengkonon nak pi tengok milkyway, tapi sebab keadaan langit berawan, macam mendung je terus batalkan niat, so memasing tido je lah.

Pukul 3 pagi, tetibe banyak mesej masuk, tanya keadaan kami kat sini ok ke tak? Eh eh kenapa pulak diorang sibuk-sibuk tanya. Rupanya kat Christchurch ada gempa bumi kuat, lebih kurang 5-6 skala Richter weh! Debor jugak masa tu, nasib baik lah kami dah keluar dari Christchurch. Keadaan jalan pun banyak yang tak boleh lalu sebab tanah runtuh. Allahu, terus rasa tak sedap hati je masa tu... send mesej kat family, bagitau kami semua ok, selamat dan tak berada di Christchurh, supaya diorang tak risau. Alhamdulillah. 

Esok paginya kami layan berita kat tv tempatan, memang nampak teruk juga kesan akibat gempa bumi tu, tapi alhamdulillah jalan yang kami akan lalui masih selamat dan tidak terjejas, lapangan terbang Christchurch pun tak terjejas, so boleh la kami nak balik nanti! Cuak jugak weh! Kamu jugak dapat map daripada pihak hostel tentang kawasan-kawasan yang terjejas, so boleh la cuba elakkan.

Apa-apa pun, kita breakfast dulu pagi tu.
Macam biasa, pagi-pagi kami prepare breakfast dulu sambil conquer dapor sesambil siapkan bekal untuk perjalanan seterusnya hari ini. So kemana kita hari ni? Dari Lake Tekapo dan Pukaki, kami akan bergerak ke Aoraki, Mount Cook - Hooker Valley Glacier Walk. Excited much!

Pepagi tu memang cuaca elok, sinaran mentari memancor-mancor indah. Sampai tengah jalan tetibe mendung dan hujan. Perjalanan dari Lake Tekapo ke Mount Cook ambil masa lebih kurang 2 jam. Pemandangan sepanjang jalan jangan cakap la, subhanallah lawa gila. Ko pejam mata pun boleh nampak keindahannya weh! Hahaha over tak?

Bergambar lah dulu tepi tepi jalan ni. Group photo!
Its us!
Atas jalan pun jadi.
Manusia litar.
Kami sampai di Hooker Valley Track pun masih hujan renyai-renyai. Nampak la ramai orang yang bersiap-siap nak ber trekking, kami pun lepak sekejap di kawasan rehat yang disediakan. Lengkap dengan meja dan kerusi, ala-ala dewan makan yang besar kat situ. Tetibe je hujan makin lebat! Ya Allah...rencana apakah ini?

Hahah sudahnya kami unpack semua bekalan makanan dan having our lunch there. Dengan kotak-kotak bagai siap periuk nasik pun ada, belasah je. Ramai la juga mata-mata yang memerati. Hahaha biaq pi la kan, janji perut kenyang dan lepas makan kami kemas balik seperti sediakala.

Gloomy all the time.
Makan je lah.
Khusyuk memasing.
Hujan macam takde tanda-tanda nak berhenti je, last last kami buat keputusan untuk redah je trekking dalam hujan. Rugi lah pulak kalau dah sampai tapi tak trekking kan? Sejuk dia usah cakap la, memang menyengat tapi seronok.

Ayuh trekking.
Panjat batu sat.
Sebenarnya kami trek tak sapai hujung pun, sebab hujan makin lebat dan kami patah balik ke camp. Takpelah memang bukan rezeki nak trek harini, tapi merasa la jugak separuh perjalanan.

Hujan pun sempat posing.
Sebenarnya hujan lebat.
Lepas pasrah pulang ke kem, kami bersiap-siap ke destinasi seterusny. Plan  malam ni nak masak fresh salmon, saja nak makan sedap sikit. So kami singgah beli ikan salmon segar di Salmon Farm, High Country Salmon, kat situ kita boleh juga bagi makan ikan salmon dan itik.  Sesape nak makan salmon segar boleh la datang situ.

Salmon farm.
Bagi makan itik pun boleh.
Kawasan sangkar salmon.
Kawasan keseluruhan farm.
Perjalanan ditersukan ke Lindis Pass, di Waitaki District kawasan gurun di tengah-tengah padang rumput yang berbukit! Kalau tengok sekeliling memang coklat je warnanya, angin pun kuat bertiup. Kami singgah situ dan bergambar la, apa lagi. Destinasi seterusnya adalah Wanaka. So nanti kalau rajin aku update lagi ye. Daaaa ;p

Sayupppp.
Ok bergambar.
Mempersembahkan.
Welcome to Waitaki District

WASSALAM.

10 comments:

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!