Posts

Showing posts from June, 2025

Kisah Korban Tahun Ini: Alhamdulillah, Masih Diberi Rasa Untuk Berkongsi

Image
Tahun ini, semuanya berlaku tanpa perancangan yang rapi. Tiada siapa yang betul-betul menetapkan untuk mengambil bahagian dalam ibadah korban, tapi Allah gerakkan hati kami di saat-saat akhir. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. “My mon” kata, “Tak perlu besar-besaran. Kita buat kenduri kecil-kecilan saja lepas lembu disembelih. Jemput saudara-mara yang balik beraya dan beberapa jiran terdekat. Sekadar menjamu apa yang ada.” Aku angguk saja. Aku tahu itu yang buat hati ibu gembira, jamu orang makan. Ada sesuatu yang sangat tenang dalam melihat ibu tersenyum di dapur, walaupun tubuhnya tidak sekuat dulu. Dan ayah, meski langkahnya makin perlahan, masih tetap mahu turun padang, memerhati dari jauh, sekurang-kurangnya. Tahun ini, aku cuma mahu yang terbaik buat mereka berdua. Tiada impian besar pun, cuma satu harapan kecil: semoga Allah terus memelihara ayah dan ibu seperti mana mereka memelihara aku sejak kecil. Sejak aku belum tahu apa-apa tentang dunia, merekalah pelindung, guru, pe...

Poskad Terakhir Buat Seorang Sahabat

Image
Hari ni aku tulis bukan pasal tempat aku pergi. Tapi pasal orang yang selalu tunggu cerita aku balik. Kawan baik aku, sahabat yang aku kenal sejak lebih 30 tahun, dah pergi buat selamanya. Aku masih terdiam, masih rasa macam mimpi. Sebab dua minggu lepas, aku baru je jumpa dia. Baru balik dari Swiss, sempat kirim barang yang dia pesan, macam biasa. Dia senyum. Dia nampak happy. Tapi aku tak tahu… rupa-rupanya, dia tengah simpan sakit yang aku tak nampak langsung. Yang paling aku sedih, anak-anak dia masih kecik lagi. Dan aku tahu, dia sayang anak-anak dia lebih dari apa pun. Macam mana nak jelaskan pada mereka, mak yang diorang peluk hari-hari… dah tak ada? Dia adalah antara manusia yang sentiasa memberi aku semangat. Setiap kali aku travel, dia adalah orang pertama yang akan bertanya. “Kau kat mana sekarang?” “Ada kirim poskad untuk aku tak?” Dia suka poskad. Bukan sebab rupa atau gambar tempat tu, tapi sebab tu cara dia rasa dekat dengan aku. Dan aku memang tak pernah lupa. Dar...