Kembara Selatan Australia: Its Finale!!!
 Assalammualaikum!!!       OK sementara tengah rajin ni baik aku update cepat-cepat hahaha. Sebelum tu nak ucapkan  TERIMA KASIH  kepada semua yang telah mengundi blog Janggeltrekker's Life  untuk kategori Best Travel Blog di MSMW haritu. Alhamdulillah  walaupun tak menang tapi sekurang-kurangnya aku tahu aku ada penyokong jugak hiks. Thanks a lot!     [ Sambungan dari Part 9  ]      Setelah sampai di Adelaide  pukul 3 pagi, apa lagi tido la sementara tunggu siang. Memang flat  habis la masa tu, alhamdulillah  bila dah dapat tido kat katil dan tilam empuk tambahan pulak cuaca sejuk huish memang lena habis la.     Pepagi tu kami breakfast di Subuh Cafe  (haha dapur rumah Abu  ni dia gelar Subuh Cafe ) dapat la makan cucur kodok dengan apa lagi makanan tah Abu  masak. Untuk pengetahuan, Abu ni chef tetap kat Subuh Cafe ye, bertuah sungguh bini dia tu hahaha.     Tudiaaaa Subuh Cafe bersama Chef nya.   Ok aktiviti untuk hari terakhir di  Adelaide  adalah meronda-ronda bandar sampai pe...