Posts

Showing posts with the label Bangkok

THAILAND: Lagi Kisah Sunset Di Sungai Chao Phraya - Vivi The Coffe Place, Bangkok

Image
Aku duduk di Vivi The Coffee Place, sebuah kafe kecil yang tersembunyi di tepi Sungai Chao Phraya. Walaupun agak jauh dari jalan utama, tempat ini tetap menjadi pilihan bagi mereka yang mahu menikmati secawan kopi sambil menyaksikan keindahan Bangkok di waktu senja. Dinding putih dengan sentuhan biru lembut memberi suasana tenang, ditambah dengan kerusi-kerusi kayu yang menghadap sungai. Di hadapan aku, segelas latte ais sudah separuh habis. Aisnya mula mencair, tapi aku tak kisah. Angin petang bertiup lembut, membawa aroma kopi dan bayu sungai yang menyegarkan. Dari meja ini, aku dapat melihat pelbagai bot pelancong melintas, ada bot panjang kayu dengan bumbung tradisional, bot ekspres yang meluncur laju membawa pekerja pulang, dan bot makan malam yang berkelip-kelip dengan lampu romantik. Di meja sebelah, sekumpulan perempuan warganegara Tanah Besar masih setia menunggu. Aku perasan mereka dah di situ lebih lama daripada aku, mungkin menantikan saat yang sama, matahari terbenam di ka...

THAILAND: Merakam Sunset Di Pinggir Sungai Chao Phraya, Bangkok : Eagle Nest Bar

Image
Petang tu, aku, Eerie, dan Umar tak ada plan spesifik. Jalan punya jalan, tiba-tiba kami terjumpa satu kafe yang nampak chill: Cafe Eagle Nest. Dari luar nampak biasa je, tapi bila naik atas, fuh! View dia memang padu. Depan mata, Wat Arun tersergam indah, dengan sungai Chao Phraya mengalir tenang. "Weh, kita lepak sini sampai sunset!" Eerie terus buat keputusan tanpa bincang. Aku dengan Umar saling pandang, angguk setuju. Lagipun, tempat ni rare gila. Masalahnya, semua spot best dah hampir penuh. Jadi, siapa cepat, dia dapat! Kami gigih cari meja yang paling strategik sambil pesan minuman, janji boleh duduk lama. Kalau tak order, tak boleh lepak lama-lama, jadi masing-masing ambil minuman paling murah. Masa baru pukul 4 petang, matahari masih terik. Panas merembang, tapi angin sungai sesekali menyapa buat rasa nyaman sikit. Bot-bot lalu lalang di sungai, ada yang bawa pelancong, ada bot panjang yang penuh barang. Kadang-kadang ombak dari bot besar buat air sungai berkocak ga...

THAILAND: Maeklong Railway Station, Bangkok

Image
Sajalah pose depan keretapi kat Maeklong Railway Station ni. Alang-alang dah sampai, rugi kalau tak ambil gambar kan? Tapi kalau korang tanya, "Best tak naik keretapi dari Kuala Lumpur ke Bangkok?" Jawapan aku: BEST! Tapi... sekali je cukup.  Kenapa? Sebab perjalanan tu memang panjang gila! Dalam keretapi, apa je kita boleh buat selain makan, tidur, dan sembang? Itu pun kalau ada topik menarik. Kalau tak, ulang balik rutin tu sampai destinasi. Aku rasa pengalaman tu memang berharga, boleh tengok pemandangan sepanjang jalan, jumpa orang baru, dan rasa hidup santai tanpa terkejar-kejar. Tapi kalau nak ulang? Hmm... aku pass dulu.   Aku lebih suka drive sendiri. Kenapa? Sebab seronoknya lain macam bila kita bebas nak berhenti di mana-mana. Masa aku dan geng backpackers kayap buat road trip dulu, memang rasa macam explorer sejati. Tak terikat dengan jadual, boleh singgah tempat rare, dan layan random vibes. Kalau nak tahu cerita tu, korang boleh baca kat blog aku (hint: kisah...

Misi Mencari Bunga Matahari: Ke Bangkok Ke Kita? (Part 1)

Image
Assalammualaikum!!! Ahaaaaa, apa khabar semua. Kita bukak chapter baru pulak. Macamana nak mula eh? Kisah Bangkok yang dah lama giler pegi tapi tak update-update sebab memberi laluan kepada kisah di Australia dulu. Ok kali ni memandangkan kisah Aussie pun dah setel, baru boleh mula kisah Bangkok pulak! Ayuh! Bahagian 1: Semuanya Bermula di Sini. Sebenarnya ramai yang tanya pasal Bangkok dan macamana nak menjejak ladang bunga matahari ( sunflower ) kat sana. Tapi macam aku bagitahu kat atas tu, aku memang tak boleh skip tulis Aussie (sebab takut lupa) so aku habiskan dulu entry ikut turutan. Sekarang ni baru boleh teruskan pengalaman ke Bangkok dan melawat ladang bunga matahari. Kisahnya macaman boleh plan nak ke Bangkok ni bila aku dan #TeamSelatan berbincang di Senibung , Johor dulu. Biasa la, dulu aku memang selalu ada kerja kat Johor , dan kalau ke sana aku mesti nak jumpa dua orang ni yakni Pae (TravelYuk) dan Shahrule (MyStoryIsOnLifetime). Sembang pun...

TEASER: Berpusing-Pusing Sejenak Di Thailand

Image
Assalammualaikum!!! Ya ampun, sorry le sebab tak sempat nak habiskan entry Australia tu...(jeling kat laptop, jeling balik kat diri sendiri)... Tapi sementara tu korang layan la short teaser dari short trip aku dan kengkawan ke Bangkok-Lopburi-Ayutthaya minggu lepas! It was fun! Tunggu entry penuh tahun depan ye! Hiks. Pssst: Sorry tak sempat nak blogwalking bagai. Nanti aku buat marathon blogwalking kat blog mengkeme semua eh. ;( WASSALAM.

Bangkok Shutdown (Part 5) : Damnoen Saduak Floating Market

Image
Assalammualaikum!!!  Setelah memberi laluan kepada entry-entry Royal Belum , ok kali ni kena jugak habiskan entry Bangkok yang tinggal sipi-sipi je nak habis. Sorry sebab mengambil masa yang lama untuk update sebab memang agak busy sekarang ni dengan kerja-kerja hakiki.OK ayuh sambung cerita di Bangkok. [ Sambungan daripada Episode 4 ] Hari terkahir di Bangkok, dan sementara menunggu flight balik ke Malaysia di sebelah petang, kami meneruskan misi terakhir yakni menerjah floating market yang agak popular di Bangkok iaitu Damnoen Saduak Floating Market yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan daripada Sentral Bangkok.   Keadaan di Victory Monument Keadaan di Victory Monument.... Manusia bergelimpangan. Hari terakhir ni agak yakin dengan keadaan sekitar Bangkok , sebab tengok hari pertama Shutdown Bangkok macam selamat je kami nak berjalan-jalan. Setelah check out hostel dan tinggalkan barang di dalam store hostel, kami pun bergerak menu...