THAILAND: Menghirup Coffee Panas di Arabica Cafe, Empire Tower, Bangkok
Dari hari pertama lagi dah pasang niat nak lepak sambil ngopi atas menara, tapi biasalah, rancangan tinggal rancangan. Hari last barulah jadi! Dari hotel, kami naik Grab terus ke Empire Tower. Sampai lobi, terus blur cari pintu masuk. Pusing-pusing, masih tak jumpa. Last-last, buka TikTok cari direction. Barulah nampak pintu lif dia yang tersorok, rare betul! Siapa pernah datang sini confirm paham vibe dia. Hahaha.
Lif naik smooth gila, rasa macam terapung dalam angin. Sampai tingkat 55, pintu terbuka, terus masuk Arabica Café. Cozy gila tempat dia, tenang je tergantung tinggi atas huru-hara Bangkok. Masuk je, bau kopi fresh menyapa, macam pelukan hangat yang menyamankan.
Aku terus ke tingkap, Umar ikut sekali. Depan mata, Mahanakhon Tower berdiri megah, rupa macam Lego glitching dalam game. Permukaan kaca dia kilat-kilat kena sinar matahari pagi, warna berubah ikut mood cerahnya langit.
Sampai kaunter, aku order hot latte dengan croissant. Memang kombo padu untuk sarapan santai. Umar pulak ambil americano je. "Perut memulas," katanya dengan muka kesian. Aku gelak je.
Barista letak minuman atas meja. Latte art on point, swirl dia kemas gila. Aku angkat cawan, hirup perlahan, biar rasa lemak berkrim tu melt dalam tekak. Umar pun teguk americano dia, lepas tu angguk puas hati. Sekali caffeine kick masuk, terus segar. Matahari makin meninggi, sinar dia menyimbah seluruh bandar.
Bawah sana, Bangkok dah mula sibuk. Kereta bersimpang-siur, bot panjang slow-slow meluncur atas Chao Phraya, bunyi kehidupan tak pernah henti. Tapi kat atas ni, aku, Umar, kopi, dan pemandangan skyline yang wow.
Mahanakhon Tower masih berdiri gagah, saksi bisu kepada sejuta kisah yang belum terungkap. Dan pagi ni, kami pun jadi sebahagian daripada satu cerita.
Menghirup nikmat, terapung tinggi atas segalanya.
WASSALAM.
![]() |
Arabica Cafe, Empire Tower Bangkok - Februari 2025 |
Agaknya bila melayan pemandangan di hadapan boleh ralit kan. Memang santai habis ni menikmati kopi sambil melayan perasaan. opsss
ReplyDeleteHahahah memang ralit duduk kat atas tu. Nasib baik tersedar dari lamunan.
ReplyDeleteseronok ya dapat berjalan di negara orang. hehehe. kite boleh dikatakan tak pernah pergi luar negara. HAHAHAHAHAHHAHAHA.
ReplyDeleteInsyaAllah akan sampai ke mana-mana suatu hari nanti ;p
DeleteCuya dah selamat terima sampul raya! Dah tulis entri kt sini
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/03/hadiah-top-komentar-kak-suria-amanda.html
Alhamdulillah dah selamat tiba ye. ;)
DeleteFuh ini coffee bukan sebarang coffee.. nak minum kena beratus meter dari paras laut hahahha..
ReplyDeleteHahahaha begitula, sekali sekala duduk di atas awan hahaha.
DeleteCafe ini ada juga di jakarta. Termasuk salah satu yg ramai dikunjungi. Saya sukaaa Americano mereka. Makan dengan butter croissant memang sedap 😍😍
ReplyDeleteTp pasti vibe nya akan beda kalau makan dari ketinggian begini 👍
Ya betul, pelbagai cara orang untuk dapatkan kelainan, salah satunya dengan membuka cafe di atas awan hahaha
Deletebanyak port coffee yg best kat bangkok..
ReplyDeleteYe sangat banyak kalau rajin explore.
Delete