Showing posts with label Butik Hotel. Show all posts
Showing posts with label Butik Hotel. Show all posts

2015-06-16

Boutel Dato' Koyah, Pulau Pinang : Pengalaman Klasik Untuk Masa Hadapan!

Assalammualaikum!!!

Ok ada masa sikit ni aku nak tulis review pasal Boutel Dato' Koyah, yang terletak di Dato' Koyah Street, Georgetown Pulau Pinang. Ini bukan entry berbayar ye. 
Boutel = Boutique Hotel

Ada sesiapa yang nakkan kelainan? Ada sesiapa yang teringin nak rasa duduk kat rumah yang ala-ala klasik 60-an 70-an? Ha kalau ada jom baca entry ni kejap. Sebenarnya aku saja nak share pasal atu Boutel yang aku dan geng pergi haritu di Pulau Pinang. Konsep Boutel Dato' Koyah ni agak unik ya, nak kata sekarang ni bersepah-sepah cafe hipster la, hotel hipster la, apa lagi nak hipster? Macam-macam hipster nyer~ tapi konsep boutel ni agak klasik. Masih mengekalkan ciri-ciri lama, zaman atau era 60 an-70 an. 

Jalan Dato' Koyah, Pulau Pinang. Sumber -Google.
Bagi sesiapa yang pernah rasa zaman tu mungkin ini dapat membangkitkan nostalgia lama. Maklumla sekarang ni susah jugak nak jumpa rumah-rumah lama yang macam ni. Kebanyakannya dah di renovate atau dah dirobohkan. Kalau ada pun mungkin di kawasan-kawasan luar bandar macam Batu Gajah, Temoh, Pendang, etc.(tetibe Pendang?) Hahaha.

Pintu masuk dilengkapi dengan kunci automatik.
Boutel Dato' Koyah dibangunkan di dalam bangunan tinggalan sejarah di Jalan dato' Koyah, Pulau Pinang. Bangunan setinggi tiga tingkat yang masih mengekalkan identiti klasik ini dijaga dan diubahsuai dengan rapi oleh pemilik boutel ini. Satu perkara yang aku dapat cakap tentang botel ini adalah "Klasik". 

Bila masuk je dalam bangunan ni, terus mengimbau zaman dulu-dulu, lebih lagi bila melihat perabot dan pekakas yang digunakan di dalam bilik dan setiap ruang. Setiap tingkat adalah berkonsepkan 'studio' dan setiap tingkat ada tema-tema yang tertentu, iaitu:-
  1. Chinese - Sing Pan (atau bilik pengantin dalam dialek Hokien)
  2. Melayu - Konsep Batik
  3. India - Kamasutra
Kami diberi peluang untuk menginap di bilik Melayu - dengan konsep batik. Masuk-masuk je dalam bilik dah nampak langsir dari kain batik, cadar dari kain batik dan pelbagai perhiasan lain yang berkonsep batik. Ruang bilik agak besar (berkonsep studio) di mana ter dapat dua katil bersaiz Queen dan ada ruangan menonton Tv dan peti ais juga disediakan. Bilik juga dilengkapi dengan sistem penghawa dingin.

Ruangan santai.
Katil 1.
Katil 2.
Pintu masuk.
Bergerak ke kawasan belakang pula terdapat sebuah pantry (untuk sesiapa yang ingin memasak air panas dan makanan ringan) dan terdapat sebuah bilik air yang unik. Bilik air berkonsep terbuka di mana dikelilingi tirai batik! Ha rasa macam mandi kat kampung-kampung kan? Kalau berkemban dengan kain batik lagi lengkap sambil nyanyi lagu Ikan Kaloi.

Ruangan pantri dan bilik air.
Jamban.
Shower area.
Harga sewaan untuk satu malam adalah seperti berikut.
Room rates: Boutel dato' Koyah.
So kalau ada sesiapa yang berminat nak mencuba, bolehlah terus ke sana. Jangan risau, boutel ini dilengkapi dengan sistem keselamatan yang tinggi. My personal experience, boutel ni sangat ok kalau nak rasa kelainan dan yang penting ianya walking distance dari bandar Gerorgetown. Semua dekat, nak ke Chowrasta pun dekat, nak jejak Street Art pon dekat ....semua dekat lah.

OK tu je nak tulis. Sebarang pertanyaan lanjut boleh Google sendiri atau tanya terus kat Admin Boutel Dato' Koyah di SINI.

WASSALAM.

POPULAR POSTS