Showing posts with label Lopburi. Show all posts
Showing posts with label Lopburi. Show all posts

2015-06-15

Misi Mencari Bunga Matahari: Dari Lopburi Ke Ayutthaya (Part 3)

Assalammualaikum!!!

Ok sedar tak sedar dah nak masuk Ramadhan dah korang!!!! Apa yang korang dah buat sepanjang setengah tahun ni? Yang tinggal pose tahun lepas tu dah ganti ke? Cepat weh lagi berapa hari je lagi weh! Hahahaha.

Ok jom sambung kisah di Thailand.

[ Sambungan daripada Part 2 ]

OK setelah selesai berguling-guling di ladang sunflowers, kami bergerak ke teksi stand untuk ke Ayutthaya. Kami menaiki teksi van dengan beberapa orang penunpang yang lain yang juga nak ke Ayutthaya. Tambang menaiki teksi van ke Ayutthaya adalah 72 Baht / orang (36o Baht untuk 5 orang). Perjalanan ke Ayutthaya dari Lopburi mengambil masa selama 1jam 30 minit (kalau tak jem).

Sampai di stesen teksi Ayutthaya, kami menaiki tuk tuk menuju ke Hotel yang kami dah tempah online. Nama hotel tu adalah Prakhun House (180 baht /malam/bilik/5orang) Haaaa gile tak murah hotel macam tu hahaha. Tambang tuk-tuk ke hotel adalah 150 baht / orang. Kami mintak pakcik tuk-tuk tu tunggu sekejap sebab kami nak sewa dia bawak pegi jalan-jalan kejap lagi. 150 baht tu kami sewa sehari ye sampai esok pagi!!! Hahaha.

Sampai je kat hotel, tuan hotel tu dah lambai-lambai kami depan hotel. Terkejut jugak tengok hotel tu sebab under renovation!!! Tuan hotel tu yang renovate sendiri, bertukang bagai. Tapi bahagian bilik semua dah ok dah, kami dibawa masuk melalui jalan belakang, hahaha lawak jugak tapi ok la.

Comel tak tuk tuk yang kami sewa? Hahaha
Hotel kami.

Haish selesa sangat dah ni.
Lepas letak beg dan buat apa yang patut kami turun semula dan naik tuk tuk untuk pusing-pusing Ayutthaya. Destinasi pertama kami adalah suruh pakcik tuk tuk bawak kami pergi makan. Ya ampun lapar giler kot masa tu, dan pakcik tu bawak kami ke sebuah restoran muslim. So apa lagi memasing makan tak ingat dunia la, murah dan halal, perfect! Hahahaha.

Haaa pileh nak makan apa.
Kemain memasing khusyuk.
OK aku order nasik goreng je, sebab lapar nasik! Hahaha nasib baik sedap. Campur Apple Smoothies dalam 13 ringgit ).
Ni la kedai tu, tepi jalan je.
Lepas makan, kami di bawa ke salah sebuah tempat bersejarah di Ayutthaya iaitu Wat Chaiwatthanaram. Tiket masuk ke kompleks wat ini adalah 50 baht/ entry. So dalam tu jalan-jalan cuci mata la, hari pun dah nak maghrib, so kami layan sunset je kat tepi sungai sebelah wat tu.

Pemandangan sepanjang jalan.
OK Beli tiket dulu 50 baht kat pondok ni.

Jom masuk.
Tazzabar weh!
Group photo!!! Haahahah macam-macam gaya!
Lawa tak hehehe.
Berseri-seri haih.
Gerbang.
Eh.
Hahaha layan je la!!!!
Patung tanpa kepala.
Hahahah layan lagi!
Layan sunset tepi sungai.
Emmmm kotor.
Nak naik bot bermudik-mudik di sungai pun boleh.
Jom balik!
Ok ni tatau monumen apa.
Lepas dah habis jalan-jalan kat Wat Chaiwatthanaram tu kami di bawa kat sbuah lagi watt entah kat mana, masa tu memang dah magrib la. Kami di bawa ke Wat Phu Kao Thong. Sampai je kawasan tu kemain seram , sebab hari dah gelap lepas tu tak ada orang pulak, kawasan tu sunyi. So kami macam tak berani la nak masuk (masuk free). So kami berlegar-legar je kat depan tu sambil tunggu pakcik tuk tuk pegi isi minyak tuk tuk dia. Cis dia pi tinggal kami kat situ dah la banyak nyamuk. Hahaha.

Tak lama kat situ, kami pi keluar jalan kaki tunggu tepi jalan. Takut nak tunggu depan kawasan watt tu sebab gelap dan banyak nyamuk. Bila pakcik tuk tuk sampai kami terus ajak dia pegi night market di bandar Ayutthaya. 

Terjah sini pulak.
Banyaknya ayam jantan!!!
Malam ni pulak ada semacam pesta apa ntah aku pun dah lupa, punya la ramai manusia kat kawasan night market tu, siap ada persembahan nyanyian la tarian la segala bagai. Kami pun  ronda-ronda je la sambil pikir nak makan apa. Jalan kaki je jumpa la banyak kedai-kedai tepi jalan tu. Akhirnya singgah jugak beli thai pancake. Dari kawasan night market ke hotel tak jauh dah, kami balik jalan kaki je.

Euuuuu serangga!
Tatau apa benda ni.

Kita makan Thai Pancake je la.
Sedap!!!!
OK layan bebudak nyanyi lagu Let it Go~
So malam tu sebab penat jalan kaki, kami semua tido awal. Esok dah nak balik Malaysia dah!

Esok paginya, pakcik tuk tuk dah tunggu kami kat depan hotel. Lepas sarapan megi dan roti (beli sendiri) kami pun bergerak meninggalkan Ayutthaya, dan balik ke Bangkok menaiki teksi van dengan tambang 60 baht / orang. Perjalanan dari Ayutthaya ke Bangkok pun tak lama sangat, lebih kurang sejam lebih sikit je. Kami turun ke Victory Monument di Bangkok dan naik train ke Airport!

Jom balik!!!
Satu kedai muslim kat foodcort airport Bangkok
Lunch kat kedai muslim kat Airport Bangkok. Pi kat foodcourt dia ada satu kedai muslim kat situ.
Pae, ketua deligasi!
Sekian Hiks.
Adoi penat jugak la mengusung anak gajah tapi yang penting misi utama kami nak jejak bunga matahari dah tercapai! Alhamdulillah, boleh balik Malaysia dengan senyuman dah!. Sekianlah percutian singkat kami di Bangkok. 4 hari je korang, so memang tak banyak la tempat boleh cover dan kami ni nak santai-santai je, so takde la rushing sangat.

So kesimpulannya:


OK JOM LAYAN VIDEO PENDEK NI HAHAHA SEDIH LA PULAK.

WASSALAM.

Misi Mencari Bunga Matahari: Berkeretapi Ke Lopburi (Part 2)

Assalammualaikum!!!

Kompius kejap, aku ni sebenarnya kerja kat Tawau ke kerja kat KL? Macam 2-3 hari je kat opis pastu kena balik KL buat kerja macam-macam hiks. Ta'apalah demi keriangan berganda, ku turutkan jua...SYMP. OK sambung balik kisah di Bangkok.


Selepas semalaman meronda-ronda pekan Bangkok, keesokan harinya kami ada misi lebih penting yakni menerjah kawasan ladang bunga matahari di Lopburi! Sebenarnya ada beberapa kawasan atau wilayah yang terkenal dengan penanaman bunga matahari antaranya Lopburi dan Saraburi.

Untuk ke Lopburi, kami akan menaiki keretapi dari Stesen Hua Lamphong, Bangkok. Train dijadualkan bertolak pada jam 7.00 pagi, jadi pepandailah korang bangun awal ye, dan sementelaah guesthouse yang kami duduk tu pun depan stesen keretapi je pun, so takde masalah la.

Hua Lamphong Train Station, Bangkok. (Gambar Ihsan Kak Coco)
OK ni dia tiket train 50 baht.
Tiket train tak boleh beli awal (advance) sebab konsepnya macam naik bas lompat, beli tiket pada hari nak bertolak. So pepagi tu kami terus ke stesen dan beli tiket di kaunter. Kaunter tiket senang je nak cari sebab memang ada tulis 'Lopburi' besar-besar depan kaunter tu. Harga tiket keretapi dari Bangkok ke Lopburi adalah 50 Baht / orang. 

Bila dah dapat tiket so kami pun pegi la ke platform tempat keretapi kami sedia menanti. Memula tu macam tak penuh la keretapi tu tapi makin lama makin ramai pulak. Konsepnya duduk ikut seat number yer. Tetibe teringat pulak masa naik train kat Nanning dulu hahahha skeri!.

Keadaan dalam train, selesa la jugak. Nasib baik bukan seat kayu, kalau tak kematu bontot.
Deme ni menunggu train nak kemana lah agaknya.

Ok sepatutnya train bertolak jam 7.30 pagi tapi entah kenapa ntah train tu delay sampai sejam! So untuk menghabiskan masa, kami pon buat la apa yang patut, bergambar, tido, makan dan macam-macam lagi. Bila dah tiba masanya barulah keretapi bergerak.

Perjalanan dari Bangkok ke Lopburi mengambil masa lebih kurang 2 jam so memasing layan perasaan la. Lawa jugak pemandangan sepanjang perjalanan tu, lalu kampung, belakang rumah orang, tepi sawah dan macam-macam lagi.
Sementara tunggu train bergerak....hiks
Kemain memasing cover wajah mengantuk.
Apalah yang dimenungkan oleh Sharule dan Kak Coco tu.
Yang berdua ni layan jiwa sangat!
OK sorang dah gone with the wind....
Dalam jam 10.00 pagi macam tu kami tiba di stesen keretapi Lopburi. Akhirnya, sampai jugak. So macamana nak ke ladang bunga matahari tu? Kat dalam train station tu ada information centre, so kami pegi tanya kat situ macamana cara paling mudah nak ke ladang bunga matahari. Kat kaunter tu pun siap dah letak gambar bunga matahari, agak-agak diorang tak paham, korang tunjuk je gambar bunga tu.

Sampai dah stesen Lopburi!
Ni la Tourist information Centre kat dalam Lopburi Train Station tu.
Keadaan dalam stesen keretapi .
Memula tu, orang kat information counter tu suruh kami jalan kaki ke sebuah hotel berdekatan dan dapatkan pakej di sana. Dan ada satu lagi cara adalah berjalan kaki ke bus station di pekan Lopburi dan naik bas ke sana, which is lagi leceh kot sebab jauh dan kami memang malas jalan kaki hahahha (dasar!). So last sekali kami minta orang kaunter tu talifon teksi dan tolong tanyakan boleh ke tak bawak kami ke ladang bunga matahari.

Orang kaunter tu tolong call teksi (paduhal bukan teksi pun, ianya merupakan pickup truck (adik beradik Hilux la tapi ada bumbung kat belakang) dan pemandu setuju bawak kami (5 orang) ke dua buah ladang bunga matahari dengan harga 200 baht / seorang. Tak kisah la janji sampai.

Jom gerak!!!
So kami pun naik la belakang lori tu, dah macam pendatang asing melawat bakal ladang untuk bekerja dah hehehe. Jauh jugak sebenarnya dari pekan Lopburi nak ke mana-mana ladang tu. Dalam setengah jam perjalanan akhirnya kami sampai di ladang yang pertama! Tudiaa eksaited punya pasal sebab nampak bunga matahari selautan! Cantik weh, tak sabar nak lari-lari celah bunga tu.
NOTA: Musim melawat ladang bunga matahari adalah pada November hingga Januari kerana masa itu bunga-bunga matahari tengah berkembang mekar! So nak ambil gambar pun lawa!. Selepas Januari, akan tiba musim menuai, so semua bunga matahari akan kena cantas. Jangan salah timing pulak ye! Rancang percutian anda dengan betul.
Ada juga beberapa buah bas dan kereta-kereta lain yang berhenti kat tepi-tepi jalan tu sama macam kami. Kami pun menghabiskan masa bergambar dan buat macam-macam aksi la kat situ sebelum berpindah ke ladang yang satu lagi. Kami minta pemandu lori tu bawak kami ke ladang yang banyak bunga. So dia pun bawak kami kat satu lagi ladang ni, lagi banyak bunga mataharinya! Lagi seronok nak bergambar weh!! Hahahah.

Bunga matahari yang cantek!
Ewah ewah... kemain!
Posing la apa lagi!
CAK!!!
Group photo!
Tengok le tu memasing berkeliaran tak tentu hala! Hahahaha
Lompat jangan tak lompat!
Jom ke next ladang!
Meriah tak????
Mana satu orang mana satu bunga ntah!
Tadaaaaa mission accomplished!
Sabo je la pemandu lori kami tengok apa kami buat hahaha.
OK dah puas berenang-renang di lautan bunga matahari kami pun bertolak balik ke pekan Lopburi. Destinasi seterusnya adalah ke Ayutthaya dan kami akan menaiki train ke sana. Tapi driver lori tu cadangkan supaya kami naik van ke Ayutthaya lebih cepat dan direct je. So kami setuju je sebab nak tunggu train lambat pulak tu yakni pukul 5 petang sedangkan masa tu baru pukul 2 petang. So kami pun terus dibawa ke hentian teksi van untuk menuju ke Ayutthaya.

Bersambung lagi....

WASSALAM.

POPULAR POSTS