Selepas semalaman meronda-ronda pekan
Bangkok, keesokan harinya kami ada misi lebih penting yakni menerjah kawasan ladang bunga matahari di
Lopburi! Sebenarnya ada beberapa kawasan atau wilayah yang terkenal dengan penanaman bunga matahari antaranya
Lopburi dan
Saraburi.
Untuk ke
Lopburi, kami akan menaiki keretapi dari
Stesen Hua Lamphong, Bangkok. Train dijadualkan bertolak pada jam 7.00 pagi, jadi pepandailah korang bangun awal ye, dan sementelaah
guesthouse yang kami duduk tu pun depan stesen keretapi je pun,
so takde masalah la.
|
Hua Lamphong Train Station, Bangkok. (Gambar Ihsan Kak Coco) |
|
OK ni dia tiket train 50 baht. |
Tiket
train tak boleh beli awal (
advance) sebab konsepnya macam naik bas lompat, beli tiket pada hari nak bertolak.
So pepagi tu kami terus ke stesen dan beli tiket di kaunter. Kaunter tiket senang je nak cari sebab memang ada tulis
'Lopburi' besar-besar depan kaunter tu. Harga tiket keretapi dari
Bangkok ke
Lopburi adalah
50 Baht / orang.
Bila dah dapat tiket
so kami pun pegi la ke
platform tempat keretapi kami sedia menanti. Memula tu macam tak penuh la keretapi tu tapi makin lama makin ramai pulak. Konsepnya duduk ikut seat number yer. Tetibe teringat pulak masa naik train kat
Nanning dulu hahahha skeri!.
|
Keadaan dalam train, selesa la jugak. Nasib baik bukan seat kayu, kalau tak kematu bontot. |
|
Deme ni menunggu train nak kemana lah agaknya. |
Ok sepatutnya
train bertolak jam 7.30 pagi tapi entah kenapa ntah
train tu
delay sampai sejam!
So untuk menghabiskan masa, kami pon buat la apa yang patut, bergambar, tido, makan dan macam-macam lagi. Bila dah tiba masanya barulah keretapi bergerak.
Perjalanan dari
Bangkok ke
Lopburi mengambil masa lebih kurang 2 jam
so memasing layan perasaan la. Lawa jugak pemandangan sepanjang perjalanan tu, lalu kampung, belakang rumah orang, tepi sawah dan macam-macam lagi.
|
Sementara tunggu train bergerak....hiks |
|
Kemain memasing cover wajah mengantuk. |
|
Apalah yang dimenungkan oleh Sharule dan Kak Coco tu. |
|
Yang berdua ni layan jiwa sangat! |
|
OK sorang dah gone with the wind.... |
Dalam jam 10.00 pagi macam tu kami tiba di stesen keretapi
Lopburi. Akhirnya, sampai jugak.
So macamana nak ke ladang bunga matahari tu? Kat dalam
train station tu ada
information centre, so kami pegi tanya kat situ macamana cara paling mudah nak ke ladang bunga matahari. Kat kaunter tu pun siap dah letak gambar bunga matahari, agak-agak diorang tak paham, korang tunjuk je gambar bunga tu.
|
Sampai dah stesen Lopburi! |
|
Ni la Tourist information Centre kat dalam Lopburi Train Station tu. |
|
Keadaan dalam stesen keretapi . |
Memula tu, orang kat
information counter tu suruh kami jalan kaki ke sebuah hotel berdekatan dan dapatkan pakej di sana. Dan ada satu lagi cara adalah berjalan kaki ke
bus station di pekan
Lopburi dan naik bas ke sana,
which is lagi leceh kot sebab jauh dan kami memang malas jalan kaki hahahha (dasar!).
So last sekali kami minta orang kaunter tu talifon teksi dan tolong tanyakan boleh ke tak bawak kami ke ladang bunga matahari.
Orang kaunter tu tolong
call teksi (paduhal bukan teksi pun, ianya merupakan
pickup truck (adik beradik
Hilux la tapi ada bumbung kat belakang) dan pemandu setuju bawak kami (5 orang) ke dua buah ladang bunga matahari dengan harga
200 baht / seorang. Tak kisah la janji sampai.
|
Jom gerak!!! |
So kami pun naik la belakang lori tu, dah macam pendatang asing melawat bakal ladang untuk bekerja dah hehehe. Jauh jugak sebenarnya dari pekan
Lopburi nak ke mana-mana ladang tu. Dalam setengah jam perjalanan akhirnya kami sampai di ladang yang pertama! Tudiaa
eksaited punya pasal sebab nampak bunga matahari selautan! Cantik weh, tak sabar nak lari-lari celah bunga tu.
NOTA: Musim melawat ladang bunga matahari adalah pada November hingga Januari kerana masa itu bunga-bunga matahari tengah berkembang mekar! So nak ambil gambar pun lawa!. Selepas Januari, akan tiba musim menuai, so semua bunga matahari akan kena cantas. Jangan salah timing pulak ye! Rancang percutian anda dengan betul.
Ada juga beberapa buah bas dan kereta-kereta lain yang berhenti kat tepi-tepi jalan tu sama macam kami. Kami pun menghabiskan masa bergambar dan buat macam-macam aksi la kat situ sebelum berpindah ke ladang yang satu lagi. Kami minta pemandu lori tu bawak kami ke ladang yang banyak bunga.
So dia pun bawak kami kat satu lagi ladang ni, lagi banyak bunga mataharinya! Lagi seronok nak bergambar weh!! Hahahah.
|
Bunga matahari yang cantek! |
|
Ewah ewah... kemain! |
|
Posing la apa lagi! |
|
CAK!!! |
|
Group photo! |
|
Tengok le tu memasing berkeliaran tak tentu hala! Hahahaha |
|
Lompat jangan tak lompat! |
|
Jom ke next ladang! |
|
Meriah tak???? |
|
Mana satu orang mana satu bunga ntah! |
|
Tadaaaaa mission accomplished! |
|
Sabo je la pemandu lori kami tengok apa kami buat hahaha. |
OK dah puas berenang-renang di lautan bunga matahari kami pun bertolak balik ke pekan
Lopburi. Destinasi seterusnya adalah ke
Ayutthaya dan kami akan menaiki
train ke sana. Tapi
driver lori tu cadangkan supaya kami naik van ke
Ayutthaya lebih cepat dan direct je.
So kami setuju je sebab nak tunggu train lambat pulak tu yakni pukul 5 petang sedangkan masa tu baru pukul 2 petang.
So kami pun terus dibawa ke hentian teksi van untuk menuju ke
Ayutthaya.
Bersambung lagi....
WASSALAM.
hahahaahahah...tu munge ke orang??
ReplyDeletehihihiiii...hui lamanya peram?
ok la janji updet
Kak Anash
DeleteTu la persoalannya hahahah bunga ke orang.
Mestila peram baru best hahaha.
amboiii bunga2 matahari sgt. korang nyanyi lagu si maya tu tak masa berpeleseran di sini?
ReplyDeleteMasZube:
DeleteHahaha memang ada nyanyi lagu tu! Hahahaha
Tak tau nak cakap ... yang buat gambar nih berseri bunga mentari ker atau orang orang yang berposing !
ReplyDeleteHahahahhahahaa
Ghaz
DeleteTak payah pening kepala pikir, anggap je dua2 nya buat gambar cantik ...hiks