2015-06-11

Terima kasih MalaysiaAirlines For The Token Of Love :)

Assalammualaikum!

Alhamdulillah, makin disayangi pulak rasanya oleh Malaysia Airlines sebab baru-baru ni aku dan Kak Anash (Tansree Coco) telah dihubungi oleh pihak Malaysia Airlines untuk diberikan penghargaan kerana sokongan yang tak terhingga kepada mereka. Hahaha rasa macam tak percaya pulak, tapi memang betul pun tetiap bulan aku naik MAS ke sana-kemari atas urusan kerja so kira logik la jugak kan.

Sebenarnya dah berbulan-bulan jugak la pihak MAS melalui wakilnya menghubungi aku melalui e-mel menyatakan hasrat untuk berjumpa dan menyerahkan apa yang dipanggil 'Token of Love' tu pada aku. Memandangkan aku ni pun jauh beribu batu, so nak cari tarikh yang sesuai tu agak payah jugak la. Bincang punya bincang akhirnya kami bersetuju untuk berjumpa pada 5 Jun 2015 di Ayer@8 Putrajaya! Sebenarnya nyaris cancel jugak la perjumpaan tu disebabkan pihak wakil MAS tu banyak yang bercuti pada 5 Jun sempena Hari Keputeraan Agong, tapi setelah ditimbal balik akhirnya perjumpaan tersebut terus dijalankan.

With Ms Diana and her crew members!
Punya eksaited bila tiba hari yang dinanti, walaupun pagi tu aku ada exam...aku keluar awal (gigih jawab exam cepat-cepat) dan terus blah ke Putrajaya. Sampai Putrajaya, Kak Coco dah tunggu, so kami pun sama-sama pi jumpa dengan crew yang telah sedia menunggu di Ayer@8. Memula tu macam biasa la, depa belanja makan sambil menunggu videographer diorang yang sesat. Alamak ada videographer bagai ke? Aku ingatkan just jumpa lepastu sembang-sembang dan bagi 'Token of Love' tu...tetibe debor!

Hahah kami diberitahu akan ada sedikit sesi temubual yang akan dirakamkan...demmm aku ni dah la camera shy! (KAHKAHKAH) dan tetibe kene interview-interview bagai! Memang tak sedia langsung dan gelabah la jugak.

Alhamdulillah sesi interview berjalan lancar walaupun Kak Coco yang banyak cakap, hiks. So diorang tanya la 3 words to describe MAS, apa perasaan lepas ni bila MAS dijenamakan semula dan tukar logo baru dan nama baru? Adakah akan tetap pilih MAS sebagai syarikat penerbangan selepas ni dan beberapa soalan basic yang lain.

So jujur aku cakap, aku memang membesar dengan jenama MAS which is Malaysia Airlines System dengan logo Wau Bulan. Dan ia dah jadi satu brand yang dikenali seluruh dunia dan ada sentimental value yang tersendiri. Paling suka bila staff semua friendly dan cakap "to all Malaysian, welcome home" tu.

The Token of Love from Malaysia Airlines
Model Kapalterbang MAS.
Apa yang aku dan Kak Coco dapat dalam Token of Love tu? Haaa paling aku suka adalah model Airbus yang kecik tu (pernah berangan nak beli satu sebelum ni tapi macam mahal sangat so tak beli-beli sampai sekarang) tetibe dapat free pulak hehehe, dapat jugak pemberat kertas, buku nota dan paling best adalah pendrive MAS! Heheh. Oh ya kami jugak dapat tambahan 5000 point untuk ENRICH points dan...

4 tiket menyaksikan India International Film Award 2015 (IIFA 2015) yang mana sape gile dengan Rhitik Roshan, Amir Kapoor etc tu memang akan melonjak kegembiraan la!!! Hahaha.
Memandangkan aku ni bukannye peminat filem Bolywood tapi still la nak pegi jugak. So pada 7 Jun 2015 berlangsungla IFFA2015 di Stadium Tertutup Bukit Jalil. Tu dia first time kot pegi majlis Award macam tu, kelihatan ribuan manusia berjenis hindustan membanjiri stadium!!! Rasa macam kat Bollywood pulak dah. Kekekeke.

Ok siap siap nak masuk stadium!
Posing wajib hahahha
Meriahnya stage dia!!!
Ucapan pembukaan tatau sape yang bagi tapi orang Malaysia la hehehe.
Malam tu memang enjoy je tengok majelis award dan persembahan mereka yang tak sah kalau bawak penari sekampung tu.

OK NAH SIKIT RAKAMAN YANG AKU SEMPAT BUAT, MEMORY PHONE PENUH PULAK! HAHAHA

Ok tu je nak cerita pasal Token of Love from Malaysia Airlines. Terima kasih sekali lagi di atas penghargaan tersebut. Lain kali jang lupakan kami lagi! Hiks.

WASSALAM.

13 comments:

  1. Bertuahnya Ren!!! Tahniah juga buat kak Anash...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Pojie

      Amboi panjangnya untunglaaaaa dia . ngeh ngeh

      Delete
  3. Kebetulan sangat. Semalam masa tgk video #fromlundangtonewcastle terus layan video Token of Love from Malaysia Airlines. Sebak sangat bile sampai tang2 sedih. Video yang sebelum ni derang buat masa Dec'14. Bekejar staff and crew MAS tunggu passenger sampai. Dramatic sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaraab

      haah saya pun mata masuk abuk bila tengok video tu huhuhu,

      Delete
  4. Tahniah !!!

    Beruntung ler orang cantik dan glamer kan !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ghaz

      Hahaha cantik ke? Glamer ke? lols thanks

      Delete
  5. WOW Bestnya...dapat pulak ke majlis istimewa dan berprestij ~ Indian Film Academy Award.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS