2015-06-22

JOM Macau! (Part 1) : Senado Square, Statue of Guanyin Dan Ruins of St. Pauls.

Assalammualaikum!!!

Bulan-bulan puasa ni ada dah ke yang ponteng? Releks la baru 5 hari pose kot! Haish jangan buat malu kaum je ;p. Ok sebenarnya aku pun lemau jugak bulan-bulan remdan ni, maklumla berpuasa di perantauan (firstime kot berpuasa kat Sabah ni). Ekceli bukanla tak biasa berpuasa di perantauan, ada la jugak beberapa kali dulu...so perasaan pelik dan teruja tu takde la sangat.

Anyways, aku nak mulakan entry Macau pulak! Ya tuhannnn lama peram entry ni, sejak dari awal tahun dulu kot. Baru la ni berkesempatan nak update. So harap-harap korang terhibur membacanya ye!

JOM MACAU

Macau? kenapa Macau??? Antara persoalan yang muncul dalam kepala otak aku. Sebab ada tiket promo AA dan aku pun tak pernah pegi Macau! Jadi akhirnya setuju je lah untuk ke Macau. So mulalah cari, Macau tu kat negara mana eh? (Punyala dhoif masa tu tatau kan hiks) Apa yang ada kat Macau dan sebagainya. Dapat la serba sedikit gambaran tentang Macau ni.

Macau ke Macao? Sebenarnya mana-mana pun boleh. Ikut sukahati mak pak ko lah nak tulis macamana. Sebab tu terbentuknya #TeamMakkau! Tiket AA yang kami beli tu berharga RM 344 return KL-Macau-KL kira agak murah untuk harga penerbangan yang lebih 3 jam. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu Macau ni celah mana sebab tak sempat nak tengok peta. Maklumla masing-masing main petik je beli tiket sebab kemaruk sangat nak pegi jalan (kes tak ke mana-mana lagi tahun baru hari tu).
 
Berkampung kat McD sebab flight awal pagi.
So #TeamMakkau terdiri daripada aku, Hang Dhamin, Kak Coco dan MasMZ. Kami berempat je yang available on that date. Yang lain sibuk dah terbang sana-sini, ada yang ke Korea la, Jepun la.... memasing kan hahaha. Takpe la empat orang pun ok. Jadi kami berlepas ke Macau pada hari Ahad (1 Februari 2015) sempena cuti Hari Wilayah Persekutuan, so jimat sikit cuti kan. Sempat la jugak layan sunrise dari atas flight. 

Ahli jemaah #TeamMakkau
OK tatau ni gaya apa.
Flight kami tengah sedia nak berlepas.
Debor...bismillah....
Sunrise!!!
Bila nak sampai daaa....
Kami tiba di Aeroporto Internacional De Macau (Macau International Airport) dah dekat tengahari. Masa tu memang tak sangka yang Macau tengah sejuk!!! Sebab berdasarkan research (sangat la ko punya research) suhu di muka bumi Macau sekitar 19-21 darjah celcius sahaja. Tapi bila kami keluar je dari airport, mak aiiii sejuknya menggigil ke tulang weyh!! Macamana ni? Dah la bawak satu je sweater! Hahahah. Bertabah je masa tu.

Tunggu lugej.
Jom jalan ke luar...
So dari airport, kami nak kena ke bandar yang terletak di pulau lain Macau. Untuk pengetahuan, Macau ni terdiri daripada beberapa buah pulau dan tanah besar China. So untuk ke hotel kami bercadang untuk naik bas sahaja. So keluar je dari airport, jalan kaki dalam lima minit dah boleh jumpa stesen bas kat sebelah airport tu. Kat situ ada deretan pelbagai bas menanti. So baca tulisan kat depan bas tu destinasi ke mana dan naik je. Memandangkan hotel yang kami nak pegi tu berdekatan dengan Wynn Hotel, so kami naik je bas Wynn tu. 

Muka bangga dah sampai Macau Hahahahaha
Ni la stesen bas tu.
Gigih curik wifi.
Dapat jugak naik bas...
Untuk makluman jugak, beberapa hotel terkemuka kat Macau ni ada sediakan shuttle bus percuma dari airport ke hotel mereka. So tricknya kat sini, korang naik je mana-mana bas ni (sebab ianya free!!!) dan kalau bernasib baik dapat free wifi juga! So kami memang bernasib baik sebab bas Wynn ni ada free wifi...makanya masing-masing senyap melayan henpon hahahaha!

Jauh jugak dari airport tu menuju ke Hotel . Hotel yang kami booking terletak di kawasan Senado Square. Sebenarnya kami dah cuba cari hotel yang paling murah, tapi yang paling murah pun tetap mahal weh!!! Nanges ok kalau bercuti kat Macau ni, segala-galanya mahal! So masa dalam perjalanan tu kami lalu la kat jambatan panjang yang ala-ala Jambatan Pulau Pinang tu, dipanggil Friendship Bridge.

Keadaan jerebu ye, teruk jugak.
Dah nak sampai!
 Dalam 15 minit akhirnya kami sampai di Nadi Kota Macau. Dah ala-ala Las Vegas dah rupanya sebab bersepah Casino sana sini. Boleh dikatakan setiap hotel kat Macau ni ada Casino (tapi hotel-hotel besar je lah). Kami turun di hadapan Hotel Wynn, sempat lagi layan air pancut berirama. Sebenarnya dari Hotel Wynn nak ke Hotel yang kami book agak jauh! Siap sesat barat lagi mencarik arah Senado Square tu, nasib baik jalan kaki akhirnya jumpa la jugak. Jenuh masuk trowong bawah tanah la, melintas jalan sesak la.... punyalah ramai ummah kat Macau ni! Memasing nak berjudi la tu! 

Jumpa dah Casino.
Mencari arah...mujur faham.
Posing la kejap.
Tu la dia Friendship Bridge.
Akhirnya setelah berjalan lebih kurang setengah jam (sebab banyak berenti amik gambo) kami pun sampai kat area Senado Square! Alhamdulillah .... sampai la jugak. Dari Senado Square tu kena jalan masuk celah-celah lorong mana ntah untuk cari hotel kami. Akhirnya setelah bertanya sana-sini jumpa jugak la hotel tu. Town Well Hotel nama diberi, bukanmain buruk hotel tu, ibarat hotel kat flat area Flat Pekeliling dulu-dulu tapi harga punyalah mahal tahap nanges ok. Korang pi la Google sendiri, aku malas nak bagitau hahahha. 

Tak tau la berapa duit nak naik beca ni, tak tanya pulak.
Banyak bangunan lama kat sini.
Ramai tak orang?
Sampai Hotel, kami check in dan makan tengahari, dengan bekal beger McD yang dibawak dari Malaysia. Punyalah nikmat dapat makan, sebab tengah lapar. Sempat jugak la masak megi jugak, hahah sebab sangat lapar ye. Dah cukup makan dan rehat seminit dua, kami pun keluar semula.

Tudiaaaa...
Kita makan dulu!!!
Destinasi pertama kami adalah tempat yang paling jauh yakni nak ke Statue of Guanyin. Ha amende pulak Statue of Guanyin tu? 
NOTA: Statue of Guanyin merupakan patung Buddha yang dikenali sebagai dewi of Mercy. Sebuah patung / tugu yang dibina di tepi laut dengan ketinggian 65 kaki di atas bangunan berbentuk bunga Lotus.

Hiks.
Senado Square

Senado Square, orang ramai macam ulat taik!
Antara gerai yang ada kat Senado Square
Baju kat sini murah-murah.
Ha ko tengok la kalau dah cenggitu berator nak naik bas...arghhh tidak.
Meredah orang ramai!
Naik teksi je lah.
Puas la kami berjalan kaki untuk keluar dari Senado Square tu sebab ramai gila ummah manusia weh!! Maklumla hari minggu masing-masing tak sabar-sabar nak menghabiskan duit! So berlaga-laga bahu jugak la kami. Last-last kami ambik keputusan untuk naik teksi je ke Statue of Guanyin. Tambang teksi dari area Senado Square tu menuju ke sana adalah 24 HKD untuk satu teksi. Mahal jugak huhuhu.

Sampai jugak.
Ada renovation pulak dah....
Cak!
Selagi boleh.
So sebab dah naik teksi mahal, maka bergambar la korang puas-puas kat situ. Tapi sebenarnya kalau nak diikutkan, takda lah jauh sangat dari Senado Square tu nak ke Statue of Guanyin tu. Jadi masa balik kami jalan kaki je ke Senado Square semula walau pun mengah hahaha.

Jom la kita balik jalan kaki
Meriah sungguh.
Casino paling besar kat sini.
Bebudak main skateboard.
Dah sampai di Senado Square, kami meneruskan perjalanan ke Ruins of St. Pauls. Ha ni bangunan bersejarah yang popular kat Macau ni. Tapi dari jauh dah debor tengok ramai giler orang kat atas tangga tu. Ya ampunnnn diorang ni datang dari mana ntah! Memang dah macam ada perhimpunan hari merdeka dah kat situ. 

OK jom la ke Ruins of St. Paul
Ramainya ummah!!!
Jom la daki tangga tu.
Pandang belakang! Errkkk.
Cak!!!
Peace!
Mata-mata
Baca doa ke tu?
 Takpelah sebab dah sampai kan, maka kami pun pegi la join perhimpunan diorang tu, ambik la gambar kat atas tangga dengan pelbagai posing. Ish macam-macam perangai ada. Oh ya sepanjang perjalanan dari Senado Square ke Ruins of St Pauls ni ada macam-macam kedai souvenir, so boleh la singgah mana-mana kedai kalau nak beli buah tangan untuk di bawa pulang ke Malaysia.

OK nantilah aku sambung kisah di Ruins of St Pauls ni....kononnya nak tengok sunset kan. Heheh tunggu next entry ya!

WASSALAM.

25 comments:

  1. tak hajakkkkk pongggg! kah kah kah! wahhh gambar meletop!

    ReplyDelete
  2. Macau memang sentiasa sesak macam kat HK jugak...rasa rimas... rengsa... semua ada...

    ReplyDelete
  3. Sangat terhibur membacanya !!!!

    By the way, kena visa tak utk rakyat marhaen dari Malaya?

    ReplyDelete
  4. eh ok sgt tu hotel ko tuh...hotel aku dulu lagi hazab....harga mahal tak menahan...huhuhuhu selamat berpuasa di perantauan yer....untunglaaaa berbuka puasa awal sejam!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ

      Hahaha hotel korang lagi hazab eh? hahaha bertabahlah demi keriangan berganda!

      Delete
  5. Meriahnyaaaaa gambar-gambar dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pojie

      Tak de la meriah macam gambar awak! Haha

      Delete
  6. Berapa kali cak daaa...hahaha best tido hotel mahal? kekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chawana

      Hahahaha mestilah best! Mahal kot lalalala

      Delete
  7. Ramainyer orang!!! tazzabar nk tgok meal rakus korang!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pae

      Mana ada meal rakus! kami makan megi je la!

      Delete
  8. hahah itu MacD....tempat berkelana
    tanak buat lagi laaa..sakit badan weh!!!
    (PS, aritu masa trip 'sewerage' kat KLIA2..lalu kat MacD terus senyum sensorang mcm sewel..hahah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitew ha kenangan McD katanya! Lepas ni nak lepak fudkot pulak hahahaha

      Delete
  9. Meletop!Meletop angkat tangan! Wah spec kita dah sama dah, boleh lah bergambar Team Speck mata, tapi diriku rabun, jadi bergaya sajalah. Lenguh hari tu nak menapak dari masjid/surau dia ke st paul, teksi tak tahulah kenapa tak nak amik kita orang sedih~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radin

      Hahaha jom team spek rabun! Memang susah sikit nak dapat teksi kan. Kena tabah! Hahaha

      Delete
  10. Best best..
    Aku nak pegi Macau next year bulan 1, boleh la jadikan panduan entry2 kau ni.
    Hari tu aku pegi Manila pun banyak refer kat blog kau hehe..
    Cepat2 update naa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mya

      InsyaAllah doakan saya ada kekuatan mengapdet belog hahaha. Thanks sebab sudi baca dan rujuq

      Delete
  11. Sakan berposing! Skrg tiket macau mmg murah kn...

    ReplyDelete
  12. Sakan berposing! Skrg tiket macau mmg murah kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farikica

      Hahaha travel with style katanya hiks. Haah tiket Macau murah la jugak sejak kebelakangan ni. menggalakkan perjudian kot? Hahaha

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS