Posts

Projek Star Cruise - Libra : Jejak Mula

Image
Assalamualaikum!!! Mana nak mula ni? Ok mula dari pesanan BBM Bdk2@John ajak bermewah-mewah di atas kapal...kengkononnya ada special offer . Tiket harga RM 400++ jadi separuh harga (untuk Cabin pax )..mau tak pitam? OK ni episode jenjalan pertama sebagai pembuka tirai 2012!!! Sebenarnya aku idaklah pernah ngidam nak naik Star Cruise, sebab aku ni jenis 'pemabok' (Jangan pikir lain eh, aku ni mudah mabuk laut...tetibe teringat kisah ngeri kat Pantai Lovina, Bali ). Tapi Bila pikir balik, kapal Star Cruise tu bukan main besau, kalah deenasor dan mungkin tak mabok, lalu aku pon setuju la untuk join John . Kena pulak ajak MasMZ sekali sebab sepatutnya aku ada trip lain, so kansel trip asal dan join John berangan jadi orang kaya! Weeeheeee! . Untuk melengkapkan geng menganyam ketupat, maka Kak Coco yang sedang gigih dalam percutian ke Perlis pon kami heret bersama dalam komplot geng Jalan-Jalan Makan Angin ( John, Janggel, MasMZ, Anash - JJMA , ammaaaa ~) nih. Setel...

Jom Pi Sekolah!

Image
Assalamualaikum!!! [Mood lemau...hari pertama bekerja ] Hari ni bukan main awal aku gerak ke opis, kengkononnya nak mengelak jem la. Selalu sangat merempit dengan mak-bapak yang nak mengantar anak ke sekolah. Tapi pelik pulak sebab jalan raya hari ni tak jem!!! *Motif? Rupanya esok baru sesi persekolahan 2012 bermula. Ceh..kalau aku tau, tak payah la nak tergesa-gesa siap pergi opis awal pagi. So, sebab tak sabara-sabar merempit dengan bebudak sekolah, hari ni nak buat tribute ke sekolah la. Agak-agak sape tau ni sekolah siapa? [Sila rujuk gambar]  Hahaha... Sekolah St. Michael, Ipoh antara yang tertua di Badaraya Ipoh. Tu dia, pelbagai gaya kak Coco... "Agaknya mana kelas budak tu ye"..dialog Kak Coco dan Bdk2. Eh yang belakang tu MasMZ baru nak join ngumpat. Sempat pulak bloger-bloger travelholic ni pi terjah Sekolah St. Michael, kat Ipoh hari tu. Motifnya? Rindu pada ICAM le tew. [Sape Icam? Hahahahaaaa ]. Ye la kan, sempena jom ke sekol...

Pelayaran Bermula!!!(2012)

Assalamualaikum!!! Salam tahun baru 2012!!! Lembaran 2011 dah ditutup dan sekarang kena fokus kepada perancangan-perancangan yang berderet-deret tahun ni! "Yang pasti, Harun akan terus berkongsi cerita... entah kemana pulak jejak kaki Harun tahun ni. Cita-cita Harun nak menjelajah benua Asia akan diteruskan!" Doakan kesihatan aku sentiasa baik dan boleh terus meneroka bumi Allah dengan penuh keghairahan!!! SELAMAT TAHUN BARU 2012 !!! Psstt:  *sambil muka dihembus bayu laut di atas kapal* :) Oh indahnya lautan! .... nanti bila dah selamat tiba di daratan, aku kasi update kat sini ye! Psstt2: *semoga bertambah kenalan dan kekal ceria semuanya. Jauhi segala 'Kesentapan'. WASSALAM.