Posts

Tegang

Image
Semalam aku "kebosanan dan tegang" . Jalan...jalan dan jalan dari Seri Kembangan , ke Putrajaya dan terus ke Damansara Utama , tanpa matlamat...Kadang-kadang perjalanan yang panjang itu cukup untuk membuatkan aku tenang, sendirian memandu sambil mendengar lagu dan merayau-rayau...itu yang aku lakukan kalau tegang! Jadi jika aku hilang seketika, ketahuilah sesungguhnya aku sedang berada di mana-mana sahaja. Hari ini aku kembali menemui Encik Dato' dan Puan Datin tercinta. Terasa lama tidak pulang, dan kali ini aku pulang untuk meredakan ketegangan itu. Puas hati melihat mereka. Sesal kerana aku sering lupa untuk menyatakan rasa kasih kepada mereka. InsyaAllah, selagi hayat dikandung badan, bakti ku hanya untuk kalian!. Oitt - apakah yang sedang aku repekkan ini? (kalau dah tegang, cepat-cepatlah cari jalan untuk kendurkan). Oitt - I need a break ! Semoga cepatlah tiba minggu hadapan kerana kegembiraan semestinya sedang menanti... Oitt - Sekali lagi, jika aku hilang sek...

Hop-On Hop-Off Kuala Lumpur Part 3

Image
Tak habis-habis lagi aku nak menulis tentang Hop-On Hop-Off aku. Idea tengah datang berjimba-jimba jadi aku rasa this is the right time to expess all of my thoughts . Jika entry lepas aku ada menyatakan tentang kemuncak lawatan HOPON-HOPOFF aku ialah ke Taman Burung Kuala Lumpur , jadi inilah sedikit sebanyak cerita yang boleh dikongsikan selagi tangan boleh berdetak, selagi mata boleh melihat dan selagi mulut boleh berbicara. (Eh eh merepek meraban dah nih!) Ok, aku selitkan sedikit info mengenai Taman Burung Kuala Lumpur . Ia merupakan sebuah taman burung bertutup yang terbesar di dunia! ( the largest covered birds park ) dengan menempatkan lebih 3,000 ekor burung dari 200 spesies di dalam sebuah taman yang indah. Harga tiket adalah RM 15 untuk dewasa dan RM 12 untuk kanak-kanak ( based on local citizen price ). Sebaik sahaja melepasi pintu utama, fuh aku terkesima melihat burung-burung yang bebas berlari-lari anak di depan mata. Itu bukan burung gagak atau pipit yer! Ia ...

Hop-On Hop-Off Kuala Lumpur Part 2

Image
Lagi kisah Hop-On Hop-Off .....Sepanjang perjalanan, aku disajikan dengan pemandangan-pemandangan tipikal bandaraya Kuala Lumpur . Mungkin ramai yang sudah biasa melalui Bulatan Pahang, Chowkit Road, Bukit Bintang dan beberapa tempat popular di sekitar Kuala Lumpur . Tapi apa yang menarik bagi perjalanan hari itu adalah melihat jendela bandaraya dari sudut yang berbeza, dari satu sudut yang lebih tinggi dari biasanya. Menyelusuri pinggir Bukit Nanas sehingga ke puncaknya, dimana terletak menara tertinggi di Malaysia (cukup sekadar aku nyatakan ini) iaitu Menara Kuala Lumpur tersergam gah di puncak bukit ini. Lama juga aku tak ke situ. Banyak perubahan telah dilalui oleh menara ini. Terbayang pulak kisah silam, bersama teman-teman 'senipis kulit telur' ku mendaki B ukit Nenas , meredah denai dan laluan trekkingnya untuk ke puncak Menara Kuala Lumpur! Best! Sekadar menikmati pemandangan dari atas bas, seterusnya melalui Kompleks Kraf , di Jalan Conlay (serius aku tak ...

Hop-On Hop-Off Kuala Lumpur Part 1

Image
Cuti Hari Wilayah Persekutuan yang disambut tahun ini (1 Februari 2010) sememangnya berbeza dari tahun-tahun sebelum ni. Kalau tahun lepas, aku sambut cuti Hari Wilayah di Taman Alam Kuala Selangor , berpoya-poya dengan kelip-kelip Kampung Kuantan dan menerjah Red Eagle kat hutan paya bakau, tapi tahun ni memang sangat berbeza. Dah nama pun Hari Wilayah kan? So aku plan nak masuk bandar. Nak jengah Bandaraya Kuala Lumpur . Rasanya memang dah familiar benar dengan KL ni, rupa-rupanya banyak lagi tempat yang aku belum terjah!!!! Huhuhu aku ni orang kampung, so bile sesekali masuk bandar terus culture shock ! wakakaka. Edisi terjah Kuala Lumpur kali ni memang best. Dengan bertemankan Kaki Jalan , akhirnya rancangan untuk ber "Hop-On Hop-Off" tercapai juak! Pusing-pusing bandaraya naik bas tak beratap! Walaupon panas terik dengan sinaran sang mentari tapi memang best wooo. Feeling dia lain tau!. Bayangkan kalau ko naik bas tak berbumbung, lepas tu lepak atas ba...