Posts

Pulau Pinang Escapades (Part 3)

Image
Assalamualaikum... Alamak tak habis-habis lagi kisah percutian ke Pulau Pinang nih..layan je la yer. Sebenarnya dah lama aku menyimpan cita-cita nak menjelajah Taman Negara. Yang sebetulnya Taman Negara Pahang, rasanya sejak dari sekolah menengah lagi kot...tapi sampai sekarang tak kesampaian. Tak apalah, janji aku boleh pergi ke Taman Negara yang masih ramai belum menyedari kewujudannya. Salah satu tujuan asal ke Pulau Pinang adalah untuk menjejakkan kaki ke Taman Negara Pulau Pinang . Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hajat nak ke sana. Kami bertolak daripada tempat penginapan di Gurney lebih kurang jam 8.30 pagi. Sebelum memulakan aktiviti menjelajah di Taman Negara , kami pergi menjelajah ke gerai makan dulu untuk sarapan pagi. Alhamdulillah, nak cari kedai untuk sarapan pagi tak susah. Banyak gerai di tepi jalan di sepanjang perjalanan dari Gurney ke Teluk Bahang. Kami mengambil keputusan untuk singgah di sebuah gerai makan di Teluk Dalam berhampiran Hote...

Pulau Pinang Escapades (Part 2)

Image
Assalamualaikum... Bersambung lagi kisah aku ke Pulau Pinang . Sepertimana yang diceritakan di dalam entry sebelum ini, ada 2 orang lagi rakan yang akan join kami di Pulau Pinang. Selepas semua dah berkompol di hadapan Terminal Ferry Pulau Pinang , kami pon mengambil keputusan untuk bersarapan pagi. Segala-galanya diserahkan kepada Haidi sebab dia kelihatan seolah-olah tahu dimanakah tempat makan yang best . Hehehe rancangan awal nak pi makan kat Gurney , pusin punya pusin tak jumpa-jumpa, bila dah jumpa....kedai pulak tutup huhuhu. Akhirnya terus kami di bawa ke kedai yang kengkononnya sangat popular di Pulau Pinang iaitu kedai NASI KANDAR LINE CLEAR! Huhuhu pepagi dah makan nasik! PASRAH... Mula-mula masuk memang agak terkesima jugak la tengok kedai tu, ala-ala tepi lorong rumah setinggan jer, OK Fine tak hairanlah kalau sebelum ni kedai tu pernah kena rush dengan Jabatan Kesihatan (Info dari member opis sebelum ni). Tapi takper la sebab perut pon dah berkeroncong, jadi be...